CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siasatan Dana Yayasan Akal Budi: Zahid Dipanggil SPRM Buat Kali Ketiga

10-10-2018 12:37 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2038| Komen: 8

Description: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan hari ini.


Memetik laporan Malaysiakini, seawal jam 8 pagi tadi, puluhan media tempatan dan antarabangsa berada di perkarangan ibu pejabat SPRM bagi membuat liputan kes membabitkan beliau.

Kredit Foto: Malaysiakini

Sekitar jam 9.20 pagi, bekas Timbalan Perdana Menteri itu kelihatan berbaju batik berwarna hijau, tiba di ibu pejabat SPRM itu menaiki kenderaan Land Cruiser berwarna putih.

Ini merupakan kali ketiga beliau dipanggil untuk memberi keterangan selepas dipanggil pada 2 dan 3 Julai lalu.

Beliau dipanggil berhubung siasatan terhadap dana Yayasan Akal Budi milik keluarganya yang ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti amal.


Turut dipanggil untuk memberi keterangan bagi siasatan berhubung dakwaan sama ialah anak Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan abang tirinya, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.

Semalam, Timbalan Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahkan pihaknya memanggil Zahid untuk diambil keterangan tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut.

Sumber yang rapat dengan siasatan, memberitahu Malaysiakini semalam bahawa penyiasat SPRM hanya mahu menyoal Zahid hari ini sebagai sebahagian daripada proses siasatan mereka.- CARI
22

Bagus
15

Marah
11

Terkejut
10

Sedih
16

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 9-10-2018 03:23 PM
...…………………………..
Quote zaziot 9-10-2018 03:27 PM
perasannnnn
Quote dizekni 9-10-2018 03:33 PM
DS Zahid pun sedar sangat yang PHundet bukan boleh tongkat langit pun

layankan aje

Quote MarryPottet 9-10-2018 03:58 PM
mungkin dia tengah nak berjimat sebab income dah susut. takut nnt organizer akan claim segala perbelanjaan utk macai dedak spt upah, logistik, meal & tiset dari dia
Quote Andyscenes 9-10-2018 04:28 PM
Sape nak berhimpun utk kau hanat
Quote chicozinn 9-10-2018 04:53 PM
ko sape jawa???eeuuuwwww sangat!!!
Quote monsterwife 9-10-2018 05:41 PM
Sape nak pg?x kuasa akak tapi mngkn hantu gigi lah kot
Quote Lolalala 9-10-2018 05:43 PM
Dia sediakan payung sebelum hujan.. dah tau x de org nak datang atau berapa org je yg ado..tu bg statement selamat. X de org nnt, x la malu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.493379 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top