CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nekad Langgar Isteri Akibat Masalah Keluarga Di Pasar Raya

20-5-2020 12:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5849| Komen: 21

Description: Pertengkaran yang tercetus akibat masalah keluarga mendorong lelaki berusia 45 tahun cuba melanggar isterinya berusia 52 tahun di kawasan tempat letak kereta di sebuah pasar raya.
Pertengkaran yang tercetus akibat masalah keluarga mendorong lelaki berusia 45 tahun cuba melanggar isterinya berusia 52 tahun di kawasan tempat letak kereta di sebuah pasar raya.

AWANI melaporkan, kejadian berlaku di Tandop, Alor Setar kira-kira jam 12.04 tengah malam tadi.



Gambar hiasan
Kredit foto: HuffPost UK

Mangsa bagaimanapun dilaporkan bernasib baik kerana anak mereka berada di tempat kejadian sempat menyelamatkannya daripada dilanggar suami.

Siasatan mendapati sebelum kejadian pasangan terbabit bertengkar di kawasan tempat letak kereta sebelum suspek naik angin dan nekad melanggar isterinya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin yang mengesahkan kejadian berkata, suspek cuba melanggar isterinya dari arah depan dengan Perodua Myvi dipandunya.


Kredit foto: AWANI


"Isterinya diselamatkan oleh anak yang berada di tempat kejadian. Sekiranya tidak diselamatkan pada ketika itu, mungkin kita ada kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan untuk melihat sudut-sudut yang sesuai untuk diambil tindakan terhadap suami," katanya.

Sebaik menerima laporan, polis menahan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sekngucing 20-5-2020 09:04 AM
muda 10 tahun kau...... mampu...
Quote sarah82 20-5-2020 09:26 AM
Area tesco ni.. Keluar dari tol alor setar selatan
Quote weezerfan 20-5-2020 09:57 AM
Mesti mat dadah matnketum mat shabu ni.
Quote Kurex 20-5-2020 10:03 AM
adakah biawak???
Quote Kak-Leen 20-5-2020 10:55 AM
Macam2 la pulak..
Gaduh apa la sampaikan nak langgar isteri tu agaknya?
Si suami muda 10 tahun dari isterinya.
Quote little_sis 20-5-2020 11:25 AM
takde la muda sgt suaminya.. tp mmg beza umur tu..
Quote tri-max 20-5-2020 11:54 AM
when u have the respect, nothing else matter ..
Quote emera 20-5-2020 11:56 AM
Daif farhan beza brp tahun dgn bini doktor fake dia tu?
Quote royaldanish 20-5-2020 11:59 AM
Keji nya perangai
Quote chandrahusin 20-5-2020 12:06 PM
yg smlm kena tendang
yg ni kena langgar
Quote zamnie 20-5-2020 12:09 PM
Makin lama makin teruk pangai laki mesia nih.. bulan posa pun xde rs hormat langsung
Quote Lailerthee 20-5-2020 12:16 PM
Payah kalau pasangan tak matang ni xreti sabar
Quote MsKathryn 20-5-2020 01:10 PM
Bulu dh matang habis tp perangai masih x matang
Quote polluxsstar 20-5-2020 01:56 PM
Senak pulak aku bc berita sejak dua menjak ni.
Quote aliazulaikha 20-5-2020 07:10 PM
Suami ape mcm ni
Quote mizkajura 20-5-2020 08:08 PM
Dayus. Sila g mampos.
Aku speku ni mesti bini yg sedia makan minum. Silap2 kawin ngan janda kaya.
Quote Anne.W 20-5-2020 08:57 PM
Mmg pemandu myvi ni ade syndrom gila ke.. Hm
Quote Jitu 20-5-2020 09:21 PM
laki dia mental atau panas baran ni
Quote diss69 21-5-2020 09:24 AM
Memang panas baran betul ni.... Bukan muda lagi..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.054962 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top