CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Buat Sendiri Suji Badam 4 Bahan, Patutlah Uqasha Senrose Tak Menang Tangan!

20-5-2020 10:48 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10566| Komen: 24|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Berapa hari sahaja lagi Ramadan bakal meninggalkan kita. Bagaimana dengan persiapan raya pula? Anda dah 'bereskan' semuanya?



Berapa hari sahaja lagi Ramadan bakal meninggalkan kita. Bagaimana dengan persiapan raya pula? Anda dah 'bereskan' semuanya?

Walaupun tidak akan semeriah tahun-tahun lepas dek kerana pandemik Covid-19, namun diharapkan ianya tidak mematahkan semangat anda sekeluarga untuk beraya.

Jadi, untuk menaikkan semangat beraya, jom kita buat biskut raya paling senang dibuat iaitu Biskut Suji Badam yang hanya menggunakan empat bahan sahaja seperti dikongsikan Majalah Rasa ini.


Kredit foto: FB


Sudahlah cara membuatnya senang, rasanya yang rapuh dan cair di dalam mulut juga membuatkan terasa asyik kala mengunyahnya. Apatah lagi dengan gandingan serbuk badam bersama minyak sapi, memang gerenti sedap!

Jom kita tengok resipi asal oleh pengguna Facebook, Maria Bentalib.


Bahan bahan:
1kg tepung gandum
300g gula halus
400g minyak sapi
100g serbuk badam

Kredit foto: FB

Cara membuatnya juga mudah. Ikuti sahaja langkah seperti dibawah.


1) Pukul gula dengan minyak sapi terlebih dahulu.


Kredit foto: FB

2) Kemudian, masukkan tepung gandum dan serbuk badam. Uli hingga menjadi doh, rehatkan.


Kredit foto: FB

3) Gentelkan bulat-bulat kecil. Letakkan dalam loyang dan bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama 30 minit.


Kredit foto: FB

Kredit foto: FB

Inilah hasilnya, mudah dan menjimatkan. Boleh buat berulang kali sebab pasti menjadi. Eh! Ini biskut yang sama Uqasha Senrose buat kan? - CARI 
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 20-5-2020 11:02 AM
Beli kat econsave je lagi laaaa murah. RM12 je sebalang. Buatan drpd ein cookies. Sedap pun sedap.
Quote Orix 20-5-2020 11:08 AM
Dlu iols suka gila biskut suji yg jual kt Leno n butter cookies kat Ayamas. Butter cookies tu kira suji la kan ? Ke lain ?
Quote whadda 20-5-2020 11:28 AM
penyabar btol la sape yg buat biskut raya ni.. iol takde kesabaran nak uli satu2
Quote kucingitam 20-5-2020 11:31 AM
suji tu apa dia sebenarnya.. dan kenapa dipanggil suji...

sungguh dr kecik aku dok pikir pasal benda ni..
Quote Jorja 20-5-2020 11:32 AM
Hati2 siapa suka makan badam nanti cepat gems
Quote mamatz19 20-5-2020 11:32 AM
sedap ni .. kuih dulu2 zaman kecik ni.
Quote Nes3in1 20-5-2020 12:18 PM
Raya wajib kena ada tart nenas. {:run
Quote Hannan15 20-5-2020 12:41 PM
kucingitam replied at 20-5-2020 11:31 AM
suji tu apa dia sebenarnya.. dan kenapa dipanggil suji...

sungguh dr kecik aku dok pikir pasal be ...

Bukan kea biskut suji diberi nama sbb ada tepung suji dlm bahan2, tp yg resepi ni takde pulak
Quote MsKathryn 20-5-2020 01:20 PM
Sedap biskut suji ni..
Quote kucingitam 20-5-2020 03:54 PM
Hannan15 replied at 20-5-2020 12:41 PM
Bukan kea biskut suji diberi nama sbb ada tepung suji dlm bahan2, tp yg resepi ni takde pulak

tah..aku tak tau..itu yg jadi persoalan...suji tu diperbuat dr apa

Quote RatuDunia94 20-5-2020 03:55 PM
whadda: penyabar btol la sape yg buat biskut raya ni.. iol takde kesabaran nak uli satu2


Kannn.. iols suka jugak buat biskut raya ni.. tp kerajinan tu setiasa x datang2.. balik kerja dh penat.. hujung minggu sibuk benda lain plak.. eh iols tunjuk je la senang..
Quote airmineral 20-5-2020 07:14 PM
xyah pakai tepung suji ekk
xminat sgt kuih tepung2 semata ni huhu
Quote lwyl 20-5-2020 08:04 PM
Suji ialah semolina.
Quote Bihungoreng 20-5-2020 08:53 PM
I sorang je ke xreti makan kuih raya.. kalu g beraya i mesti makan kerepek kalu tuan rumah sedia kerepek atau kekacang.. or else memang terpaksa la makan tapi stakat 1 biji 2 jelah hihii
Quote aleesyasofia 20-5-2020 09:36 PM
iolss bt biskut raya yg sng2 jer.. bru siapkan bskut mazola.. nk cuba yg lain plak.. bskut suji ni sama jer dgn biskut arab kan..
Quote Tinot7 31-5-2020 09:09 AM
iols tgk gambor terakhir tu mcm biskut kacang je
Quote aliazulaikha 1-6-2020 07:51 AM
Favourite kuih raya ni
Quote puanbintang 15-6-2020 03:29 PM
nyummy...favourite sunguh biskut suji ni
Quote siputpepel 30-7-2020 10:22 AM
Tengok macam senang. Tapi taktau lah kalau tangan takde seni membaking ni kalau buat jadi ke tak

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.057075 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top