CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tesco Mohon Maaf Tampal Notis Larang Warga Emas, Kanak-kanak Masuk

19-5-2020 01:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15036| Komen: 90

Description: Rangkaian pasar raya Tesco menerusi hantaran di Facebook memohon maaf berikutan tular notis larangan remaja dan warga emas daripada memasuki premisnya.
Kredit foto: FB/Street Map of Malaysia


Rangkaian pasar raya Tesco menerusi hantaran di Facebook memohon maaf berikutan tular notis larangan remaja dan warga emas daripada memasuki premisnya.

Menerusi hantaran itu, Tesco memohon maaf kepada semua pelanggan yang terguris dengan papan tanda had umur yang diletakkan secara salah di salah satu cawangannya. 


Kredit foto: FB

"Kami ingin memohon maaf berhubung notis had umur yang diletakkan secara salah di salah satu cawangan kami.

"Kami mahu semua pelanggan rasa dialu-alukan ke gedung kami dan kami mohon maaf jika insiden ini mengguris perasaan pelanggan.


"Seperti disarankan Kementerian Kesihatan (KKM), kami menggalakkan mereka yang paling terdedah (dengan risiko jangkitan Covid-19) terutama kanak-kanak dan warga emas supaya kekal selamat dan duduk di rumah ketika musim pandemik ini," tulisnya.


Kredit foto: FB

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila sebuah pasar raya berkenaan menampal notis yang melarang kanak-kanak berumur 16 tahun ke bawah dan dewasa berusia 65 tahun dan ke atas masuk ke premis. - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 19-5-2020 01:10 PM
ko guna 'tidak galakkan' mmg makin galak lah satu family 3 generasi masuk pasaraya padahal selama pkp boleh pulak sekor je kuar
Quote shernazz 19-5-2020 01:20 PM
Iols pegi hero tempoh hari siap ada yang bawak anak anak okeh...
Minum air soya depan hero...
Hampeh btol..hahahaa....
Quote annehuda 19-5-2020 01:24 PM
watpe nk mintak maap patutnye makbapak tu yg sedar diri takyah gigih sgt bawak anak-anak kecik kuar rumah
Quote delia3003 19-5-2020 01:25 PM
shernazz replied at 19-5-2020 01:20 PM
Iols pegi hero tempoh hari siap ada yang bawak anak anak okeh...
Minum air soya depan hero...
Ha ...


Beli juadah buka puasa yg ramai orang tu pun, ada yg heret anak2 kecik. Habis 1 family angkut. Iols kalau yg keluar laki bini beli juadah pun iols rengsa tengok. Tak boleh ke sorang tunggu dalam kereta? Setakat pilih kuih muih pun sibuk keluar berdua, mana tak ramai orang. Menyampah dgn org jenis selfish macam ni
Quote skinskin 19-5-2020 01:26 PM
Selagi kes baru blom sampai satu digit jgn longgarkan PKP ni
Quote shernazz 19-5-2020 01:27 PM
delia3003 replied at 19-5-2020 01:25 PM
Beli juadah buka puasa yg ramai orang tu pun, ada yg heret anak2 kecik. Habis 1 family angkut. I ...

Itu lah...
Kita paham budak budak boring dok umah..
Kalau bawak kuar tu..dok dlm kete aje la..
Mcm la tak dpt makan semua kalau tak keluar...berjaga jaga lah kita...
Iols gi pasaraya memang sorang je..anak anak tinggal kat umah..sebab dekat je..
Quote kucingitam 19-5-2020 01:28 PM
apsal nak minta maaf pula? betul pe apa yg tesco buat.

org nak selamatkan nyawa pun marah...
Quote pyropura 19-5-2020 01:28 PM
Aku heran napa dari awal gomen PN tak keluarkan larangan warga emas pegi kat tempat2 tumpuan ramai gitu.
Quote pyropura 19-5-2020 01:30 PM
delia3003 replied at 19-5-2020 01:25 PM
Beli juadah buka puasa yg ramai orang tu pun, ada yg heret anak2 kecik. Habis 1 family angkut. I ...

Berbondong2 3 generasi pilih kuih berbuka, last2 dapat karipap angin dan murtabak kuah air sirap hahaha
Quote judicata 19-5-2020 01:31 PM
why minta maaf? betul pe tindakan tu? orang tak sedar diri ja bawa mak bapak da tua and anak-anak kecik pergi kedai yang ramai orang.. tak ke risiko cenggitu?
Quote Tinot7 19-5-2020 01:35 PM
Kadang2 org2 tua kena soping sorang2. Kita tak boleh stop depa drp beli brg keperluan.
Quote R2D2 19-5-2020 01:41 PM
peliknya time PKP1, ketua keluarga shj yg keluar
OK ja semua keluarga bahagia
time PKPB mula la nak usung warga emas la, bayi la
tak cukup bahagia lagi ka?

Tesco letak notis pun ada yg hati senipis bawang terasa hati
Quote delia3003 19-5-2020 01:45 PM
Banyak supermarkets sekarang, buat express lane utk warga emas, tak perlu que panjang kat luar. Ntah ler, kalau warga emas sebatang kara tu memang tak boleh elak ler, kalau tak diorang sendiri keluar beli barang sape lagi. Ini kalau yg jenis konvensional, tak reti order online/ cari runner/prefer beli sendiri
Quote damsel_fiji 19-5-2020 01:47 PM
x payah mintak maaf la tesco, dgn ummah bodoh kepala batu x reti common sense ni..kena berkeras sikit
Quote Miss_LoveLeen 19-5-2020 01:48 PM
Ni dah dkat2 nak raya, ramai plak klua shopping. Yg konon nak sambut raya ala2 sbb x dpt blk kg, tkar pikiran gi beli baju raya, kasut raya, kuih raya, spender raya. Jgn lpas abih raya muncul kluster baru plak. Tu x kira lg yg x paham bahasa nk galak kunjung mengunjung raya pertama nnti
Quote nenekglamer 19-5-2020 01:49 PM
Ok la tu. Rakyat malaysia ramai yg bebal. Krg sakit nyusahkan semua org.
Quote prizadane 19-5-2020 01:50 PM
shernazz replied at 19-5-2020 01:27 PM
Itu lah...
Kita paham budak budak boring dok umah..
Kalau bawak kuar tu..dok dlm kete aje la..

yes, iols baru ahad hari tu bawa anak naik kereta pusing pusing. risau gak kalau polis tegur.. tapi memang strictly tak boleh turun. bawa la diorang pusing shah alam, damansara... drive thru mcd. itu pun anak iols dah happy sangat. aku cakap kat anak anak, tak boleh turun..nanti polis tangkap
Quote sarah82 19-5-2020 01:58 PM
Tesco buat benda betul.. Nak minta maaf kenapa..
Quote MariaClara 19-5-2020 02:12 PM
annehuda replied at 19-5-2020 01:24 PM
watpe nk mintak maap patutnye makbapak tu yg sedar diri takyah gigih sgt bawak anak-anak kecik kuar  ...

pada aku 16 tahun tu da besar dan bujang..ok jek

mcm aku ada anak bujang 16 tahun lelaki..dia tlg angkat brg..pergi berdua dgn dia..tp time ni masa yg da benarkan berdua..

mmg harapkan dia...dia duk dlm keta je..aku call turun bila da siap byr..sila angkat...umah kami tkt 4 tade lift..

yg tak patut tu bdk2 sek rendah...bwk pon bukan bole tlg apa...buat pening aje...lagi2 yg kecik 2 3 tahun bukan bole pkai mask pon...

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.062749 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top