CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Setiausaha Politik Khalid Samad Nafi Terima Habuan

19-5-2020 09:40 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3595| Komen: 8|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Bekas Setiausaha Politik Khalid Abdul Samad, Azli Yusof menafikan beliau mengeluarkan arahan pembangunan (DO) palsu kepada sepasang suami isteri yang didakwa menipu seorang arkitek untuk mendapatkan k ...
Azli Yusof

Kredit foto: Facebook

Bekas Setiausaha Politik Khalid Abdul Samad, Azli Yusof menafikan beliau mengeluarkan arahan pembangunan (DO) palsu kepada sepasang suami isteri yang didakwa menipu seorang arkitek untuk mendapatkan kelulusan projek di Kuala Lumpur.

Beliau yang juga Ketua Parti Amanah Negara Shah Alam, arkitek terbabit membuat aduan kepada polis setelah mendapati DO yang diterima adalah palsu.

Azli memberitahu, broker juga mendakwa bahawa beliau terlibat kerana memberi dokumen tersebut.

"Saya telah menafikan dakwaan itu kerana saya sangat memahami bahawa DO hanya boleh dikeluarkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus kepada pihak arkitek atau konsultan.

"Tidak pernah DO rasmi diberikan kepada mana-mana pegawai menteri untuk diserahkan kepada pihak pemohon," katanya seperti dilaporkan Malaysia Dateline.


Kelmarin, Khalid mengesahkan Azli reman bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.


Azli bersama Khalid Samad
Kredit foto: Facebook

Azli turut menafikan beliau mengambil habuan dari perkhidmatan yang diberikan oleh broker kepada arkitek tersebut.

Malah, Azli mendakwa broker telah menyamar sebagai dirinya dalam aplikasi WhatsApp ketika berkomunikasi dengan arkitek bagi meyakinkan mereka seolah-olah DO itu sahih.

"Saya telah memberikan keterangan kepada pihak siasatan jenayah mengikut apa yang telah terjadi dan menafikan terlibat dengan pemalsuan dokumen, perbincangan dengan arkitek dan penerimaan apa-apa habuan dari urusan mereka," jelasnya.

Semoga kebenaran akan terbongkar apabila kes ini dibicarakan di mahkamah kelak. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 19-5-2020 10:59 AM
Betul ke ni?
Quote dizekni 19-5-2020 11:01 AM
Takpe, serah kepada siasatan lanjut

kita tak macam puak ph, baru dituduh di mahkamah dah gelar perompak la penyamun la
Quote ally9970 19-5-2020 11:22 AM
You are guilty until proven otherwise...
Quote lipans 19-5-2020 11:31 AM
dia kan ahli majlis dbkl
Quote putericahaya999 19-5-2020 01:14 PM
Lucu ya Bab menyamar tu
Quote Tinot7 20-5-2020 04:08 AM
camne tau palsu?
Quote akusukaq 20-5-2020 09:18 AM
Kalu berlaku dikalangan mentri  PN mesti cacai
ph dah melolong lolong tuduh makan  rasuah , takut babi haram bagai
Quote GigaMom 26-5-2020 09:10 AM
Gigih kau nak selfi dgn khalid pembela rohingya pati penceroboh
Pdhal khalid kata x kenal pun kau ni

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.207496 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top