CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Raya Ni Perempuan Je Buat Semua Kerja, Lelaki Pemalas! Betul Ke?

19-5-2020 10:10 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8961| Komen: 25|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Walaupun tahun ini Aidilfitri disambut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun ianya tetap tidak menghalang setiap individu bernostalgia mengenai keseronokan raya tahun sebelu ...



Walaupun tahun ini Aidilfitri disambut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun ianya tetap tidak menghalang setiap individu bernostalgia mengenai keseronokan raya tahun sebelumnya. 

Antara yang diingati adalah kemeriahan keluarga besar untuk menyambut hari pertama Syawal seperti dilakar oleh pelukis ini.

Namun, disebalik mengimbas kembali keseronokan itu, ada juga warganet yang mempersoalkan peranan lelaki dalam gambar tersebut yang seolah-olah hanya tahu rehat dan tidur sahaja sedangkan yang sibuk mengemas, memasak dan sebagainya adalah kaum hawa.


Kredit foto: Twitter


Soalan pendek itu disambut dengan pelbagai pandangan daripada warganet. Bagi mereka, yang terlukis di dalam gambar itu hanyalah satu kisah disebalik 1001 cerita lain sebelumnya. 

Jika wanita nampak sibuk menguruskan persiapan raya, lelaki yang sedang tidur itu pula sebenarnya telah melakukan kerja-kerja berat yang tidak boleh dilakukan oleh kaum perempuan, misalnya mengacau dodol.


Kredit foto :  Twitter

Gambar hiasan
Kredit foto: Blog

Disebalik nostalgia zaman kanak-kanak yang pernah merasai nikmat seperti dalam gambar agak sukar memahami mengapa lelaki yang sedang tidur itu dijadikan masalah. 

Adakah kerana mereka dikelilingi lelaki pemalas hingga semua dipukul sama rata?


Kredit foto : Twitter

Kredit foto : FB

Dalam masa sama, ada juga warganet berpendapat ia tidak seharusnya dijadikan isu kerana setiap ahli keluarga tidak kira lelaki atau perempuan mempunyai peranan masing-masing. Jadi, usah bertelagah dalam hal sebegini.


Kredit foto : Twitter

Walau apapun pendapat masing-masing, ternyata Raya PKP kali ini memberi peluang untuk kita bersederhana dan muhasabah diri. Tiada salahnya untuk menerima pendapat orang lain jika ia memberi kebaikan kepada semua pihak. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iminidin 19-5-2020 10:22 AM
Hehehe..
Pasal kartun pun nak gadoh..

Quote Kurex 19-5-2020 10:22 AM
Aku benci bila orang nak banding2kan jantina.. lepas tu post status "pompuan ni kalau merajuk, lelaki boleh mengalah"... Sangat pprt
Quote ally9970 19-5-2020 10:46 AM
Yg start komen dan komplen psl gambar ni lelaki ke pompuan?
Quote sarah82 19-5-2020 11:08 AM
Boring la dgn benda sama yg berulang2
Quote salmon-suki 19-5-2020 11:12 AM
Pd ai,ada certain things pmpuan boleh buat,n ada sesetgh benda laki boleh buat..kalau family ai,pasang langsir,vacuum rumah,beli brg2 dapur,mesin rumput semua adik laki/abg ai y buat..

Pmpuan masak atau tugas2 biasa lah..y penting ada kerjasama..gituuuu..kdg2 y laki pun masak jgk,nak2 kalau time kita malas..hihihi~ give and take gitu haaa..

Nak balik kg..uwaaaaaaaaaaaaaaaa~{:cryrun
Quote RatuDunia94 19-5-2020 11:20 AM
Masing2 ada peranan.. yang tak tahu peranan tu ketuk je kepala... tp budak2 remaja skrg iols perasan baik lelaki atau perempuan sama je duk henpon berjahit kat tangan. X nak tolong buat kerja2 rumah.
Quote tagas 19-5-2020 11:47 AM
kan da bagi hantaran ribu riban

kena la buat tu semua tugasan

sekadar pemandangan

jgn hencap plz  
Quote becir 19-5-2020 12:15 PM
Sorang kawan i pernah bergaduh ngan parents dia petang raya pasal kes camnila..adik beradik perempuan semua dikerah buat keje yg adik lelaki dia duduk melepak..bergaduh kaw2 katanya terus petang tu jugak dia drive balik kl, cancel terus raya...this coming raya ahad ni sure dia bersyukur dapat duduk releks kat rumah...lol
Quote Covid19 19-5-2020 12:20 PM
Not in my family..
I boleh guling guling lagi atas katil di pagi raya..tunggu makanan siap.... hrmmm now risau pula nak kahwin ..mesti dah tak boleh guling guling di rumah mertua
Quote husna_amal 19-5-2020 12:22 PM
Malas dan rajin ni terpulang pada sikap individu berkenaan, takde bezanya lelaki atau perempuan.
Quote fishcracker 19-5-2020 12:49 PM
Buat tu buat,tapi lengah2....
Quote mayaHD 19-5-2020 12:51 PM
buat bodo
Quote taji2906 19-5-2020 03:36 PM
netizen punya otak kadang2 x boleh pakai. benda kecik, lukisan kartun je pun? mesti sapa komplen tu bangga dia dpt cetus isu kann..
Quote ina_na 19-5-2020 03:58 PM
Aku dl buat semua.. Sbb aku anak sulung.. Nk harapkan adik2 aku mmg x la.. Skrg masing2 dah berfamily.. Beraya rumah pasangan masing2.. Pandai 2 la bwk diri.. Cuma lps aku kawin kalo blk kg laki aku mcm relax je.. Sbb dia pun mak bapak dah x de.. Jd start beraya minggu ke dua.. P rumah adik beradik dia je.. Rumah pusaka dia adik bongsu dia duk.. Jd dia la kemas rumah tu.. Kami blk check in hotel.. Tp kakak ipar yg no 2 tu suka msk rendang maman.. Sedapnye.. Tahun ni x merasa la rendang maman dia tu..
Quote Lailerthee 19-5-2020 08:45 PM
Sokong. Lagi2 dpt mentua yg kg.com. Menantu pumpan rehat kejap je da jd umpatan anak laki xkeje harap makan duit bini xnak pulak dye ganyang
Quote jibbits 19-5-2020 10:05 PM
Syukurla not in my family
Semua ada kerja masing masing
Yg mana ringan atau mmg keje pempuan so pempuan buat
Yg mana patut laki buat maka laki la buat
Contohnya kacau rendang ayam ekor atas kuali sahla laki yg buat
Kemas umah pun laki la yg buat
Pempuan bg arahan je  
Quote unguaurora 19-5-2020 10:36 PM
Kurex replied at 19-5-2020 10:22 AM
Aku benci bila orang nak banding2kan jantina.. lepas tu post status "pompuan ni kalau merajuk, lelak ...

Uols kategori jantina mana? Iols is konfius..hihihi. maybe xde jantina = (jantan + betina)
Quote Kurex 19-5-2020 10:39 PM
unguaurora replied at 19-5-2020 10:36 PM
Uols kategori jantina mana? Iols is konfius..hihihi. maybe xde jantina = (jantan + betina)

Semestinya iols lelaki... Disumpah nenek kebayan bila malam menjelma, bertukar jadi pompuan solehah
Quote Nham22 19-5-2020 10:47 PM
Iolss rumah parent kecik ja.. Takde ape sgtt nak buatt.. Iolss tgk kalau rumah kat kg mmg banyak kerje... Sbb dah menjadi tradisi depa untuk sambut raya sungguh2x...dgn masak mcm2 juadah... Then family berkumpul mcm2 nak kene masak menu... We all semue dok kl... Pagi raya ja baru dtg umah parent... Parent xkasi dtg awal serabut2 dengan budak2 kecik.. Sbb depa ade darah tinggi...hahahaha

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.049041 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top