CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Tak Logik Shooting Ikut SOP, Sabarlah Ujian Sikit Je Ni' - Nabila Huda

21-5-2020 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10812| Komen: 56

Description: Benarkan aktiviti penggambaran disambung selepas Aidilfitri dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Logik ke?
Benarkan aktiviti penggambaran disambung selepas Aidilfitri dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Logik ke?


Kredit foto: IG Abil


Itulah persoalan yang bermain di fikiran pelakon Nabila Huda berhubung isu ini yang diluahkan di Twitter.

Nabila yang mesra disapa sebagai Abil berpandangan berlakon cara norma baru adalah sukar dilaksanakan.


Kredit foto: Twitter

Mana tidaknya, bila masa nak pakai topeng hidung dan mulut selain memastikan penjarakan sosial dipatuhi terutama dalam babak yang memerlukan kontak fizikal seperti babak bergaduh.


Malah, Abil mempersoalkan juga risiko dijangkiti Covid-19, sekali gus membahayakan keluarga di rumah.

Menyebut soal sumber kewangan yang semakin merosot, Abil berpendapat masih pintu rezeki masih terbuka walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Kredit foto: IG Abil




"Kalau betul susah, tak pakai kereta, Tak ada iPhone, tak duduk kondo atau semi D. Tak ada semua tu.

"Itu baru susah. Ujian sikit je ni, bersabar lah sikit. Sikit je lagi Insyallah. Kena kuat," tulisnya. 

Dalam masa sama, Abil memohon maaf jika ada pihak terasa hati dengan apa yang disampaikannya itu.


Kredit foto: Twitter

Katanya, tiada beza antara artis dan kru belakang tabir. Masing-masing boleh membantu sesama sendiri dalam usaha mencari alternatif untuk menjana pendapatan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 21-5-2020 12:26 PM
RIP karyawan/pelakon2 semua..
covid ni akan kekal dlm masa yg lama..
pawagam pon bakal gulung tikar..

so pelakon2 smua mmg dh boleh start pikir utk cari job lain..
penyanyi mungkin boleh survive lagi...
Quote Acikgomen 21-5-2020 12:50 PM
Lain kali cc kat ritaroyani dgn bff haji kelempok sheols tuh
Quote JiEunTak 21-5-2020 01:07 PM
Realistic dia nih....
Quote sharlenetexas 21-5-2020 01:08 PM
Mekap sendiri tak yah guna MUA.
Quote Lailerthee 21-5-2020 01:27 PM
Skong! Mana logik ikut sop jarak 1m.
Quote Aunty_Acid 21-5-2020 01:31 PM
Org yg jd dj radio dan pembaca berita jgk yg masyuk.
Retis bole le tukar kerjaya jd dj radio atau pembaca berita pulak
Quote bondeh 21-5-2020 01:35 PM
Abil dgn Anju (artis2 kontroversi) selalu je bagi pendapat yg bagus tapi disebabkan mereka pernah terpalit cerita kurang enak, ada segelintir yg takleh terima dgn pandangan mereka nih.. ehhhh
Quote NekNgah 21-5-2020 02:08 PM
Setuju dengan Abil.
Quote mixed 21-5-2020 02:10 PM
setuju sgt

Quote didinfriends 21-5-2020 02:11 PM
Kalau betul susah, tak pakai kereta, Tak ada iPhone, tak duduk kondo atau semi D. Tak ada semua tu.

"Itu baru susah. Ujian sikit je ni, bersabar lah sikit. Sikit je lagi Insyallah. Kena kuat," tulisnya.


Amik setepek.
Quote eely_shana 21-5-2020 02:18 PM
Betul kata Abil.
Quote dudaberhias 21-5-2020 02:22 PM
cicicumel replied at 21-5-2020 12:26 PM
RIP karyawan/pelakon2 semua..
covid ni akan kekal dlm masa yg lama..
pawagam pon bakal gulung tika ...

Iols rasa dengan penyanyi2 bakal bungkus. Sebelum ni theyols ni la yang kerek sangat memanjang dok show off kat ig
Quote tembamgirl09 21-5-2020 02:27 PM
kesian diorang kan..harap2 kita cepat pulih dari wabak ni..
Quote LadyCarefree 21-5-2020 02:36 PM
Harap2 hapus terus industri seni sampah
Quote Nham22 21-5-2020 02:47 PM
Yg untung zizie... Rebecca... Kautt orang kayaa yg xde rupe.. Kahkahkah
Quote Acikgomen 21-5-2020 03:09 PM
dudaberhias replied at 21-5-2020 02:22 PM
Iols rasa dengan penyanyi2 bakal bungkus. Sebelum ni theyols ni la yang kerek sangat memanjang dok ...

Puak2 pelawak estrok yg tak lawak tu pun sama
Sekandang haaaa geng tuh aje
Fefeling kayangan masing2 puiiii
Quote MadameOnion 21-5-2020 03:20 PM
Abil pun sekarang meniaga banana cake..ramai kata sedap..kak oggy masih meniaga pes kari sbb nak settlekan hutang
Quote Anne.W 21-5-2020 04:11 PM
Klu jurumekap blh kerja.. Why tukang gunting rambut xblh.. Iye dok?
Quote Rachel_Green 21-5-2020 04:18 PM
setuju dgn abil..

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.145083 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top