CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Lebih Baik Nurul Izzah Sertai UMNO - Rahmad Isahak

26-3-2019 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2528| Komen: 12

Description: Bekas ahli DAP yang juga aktivis politik, Rahmad Isahak menyarankan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar untuk menyertai UMNO sekiranya tidak mahu bersekongkol dengan 'bekas diktator' di ba ...
Bekas ahli DAP yang juga aktivis politik, Rahmad Isahak menyarankan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar untuk menyertai UMNO sekiranya tidak mahu bersekongkol dengan 'bekas diktator' di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).


Memetik Utusan, Rahmad mendakwa Nurul Izzah kini dilihat sebagai liabiliti kepada PH.


Foto: The Straits Times

Malah, kenyataan dikeluarkannya dalam wawancara bersama media di Singapura, Straits Times membuat dirinya diserang pemimpin dan penyokong PH

“Umum menghormati sikap beliau yang tidak mementingkan soal politik kekeluargaan sebagai keutamaan tetapi sebaliknya meletakkan soal tanggungjawab seorang wakil rakyat sebagai perkara pokok.

“Tetapi itu tidak membawa sebarang makna jika masih terus ‘bersikap selamat’ bersama kerajaan PH yang kononnya dipimpin oleh seorang bekas diktator yang banyak merosakkan negara dan keluargannya,” katanya kepada pemberita seperti dipetik dari Utusan.


Jadi, adalah lebih baik Nurul Izzah bersama parti terbesar orang melayu seperti UMNO yang mana tindakan itu disifatkan Rahmad lebih berprinsip memandangkan Nurul Izzah masih lagi seorang wakil rakyat. 

Terdahulu, ketika ditemu bual Straits Times, Nurul Izzah menggambarkan perkembangan politik negara 'sangat mencabar dan huru-hara'.

Beliau juga menyifatkan bekerjasama dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah sesuatu yang mudah.

"Bekerjasama dengan bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan bukan saja kepada hidup kami, tapi juga sistem (pentadbiran negara). Ia bukan sesuatu yang mudah," kata Nurul Izzah seperti dipetik daripada MalaysiaKini.  - CARI
3

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
6

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lkick2113 26-3-2019 11:51 AM
Bang non ke yg suruh anak dia buat macam ni @dess402 ?
Quote Orgkgdukobesi 26-3-2019 12:28 PM
Dah tercapai matlamat dia terjun ke arena politik utk kluarkan apak dari hotel sg buluh .
Nek jijah kipas bila lagi?
Quote dess402 26-3-2019 02:32 PM
Edited by dess402 at 26-3-2019 02:55 PM
lkick2113 replied at 26-3-2019 11:51 AM
Bang non ke yg suruh anak dia buat macam ni @dess402 ?


sejujurnya ini baru saja permulaan  .  sebenarnya dgn meninggalkan umno i ,  a merugikan orang2 melayu kerna disini  didalam UMNO sudah termaktub segala hasrat dan intipati perjuangan hidup matinya bangsa ini  .  Inilah  wadah yg bercerita tentang keperluan perlunya bangsaya ini bersatu .  Umpama nya aur dan tebing .  kemakmuran negara dan kesinabungan melayu tidak boleh dipisah ..  kerana umpamanya irama dan lagu tak boleh dipisah .  tanpa irama rosaklah lagu  .  Inilah harapan datok nenek kita semenjak merdeka .  Agar anak bangsa tidak lagi dijajah .  Apa yg perlu adalah pdngisian .  Walau dayung sudah ditangan  ..  tapi haluan tetap perlu ditentukan  .  Pesan nenek moyang  ,  lidi sebatang mudah dipatahkan tetapi bukan segenggam  .  Baliklah pada nawaitu asal  ..  tiada lagi tanah yg mampu kita gapai melainkan tanah yg sekangkang ini .  Bak kata orang ,  biarlah hujan emas di negeri orang  ..  hujan batu dinegeri srndiri .  Kerana disinilah tertumpah nya darah bakti kita semua .

sekian ..  terima kaseh .
Wsslam .
Quote zjen 26-3-2019 03:20 PM
heharap tubuh parti baru,  parti anak muda,    pemuda dari semua parti juga turut join

anak muda jangan diperkuda oleh ahli tua semua parti
Quote zjen 26-3-2019 03:33 PM
iols masih tak minat dgn UMNO,  selain budaya samseng masih ada ... kang plak nak bersekongkol dgn PAS......     kalu berkuasa semula barangkali ramai budak samseng akan naik taraf menjadi penganas jihad atas bimbingan yg secara tidak langsung

so pilihan pertama iols ...  'calon bebas UMNO'  yg perangai ok dan pendidikan tinggi

pilihan ke dua ...  kalu anak muda spt Nurul tubuh parti baru ...   Insyallah
Quote botol_tritan 26-3-2019 03:58 PM
zjen replied at 26-3-2019 03:33 PM
iols masih tak minat dgn UMNO,  selain budaya samseng masih ada ... kang plak nak bersekongkol dgn P ...

Yes, i agree sgt dgn u. I pun dah menyampah tgk budaya samseng dlm UMNO tu. lepas diorg kalah, i harap semua 'tikus' yg merosakkan umno selama ni keluar UMNO, n tinggalkan yg btl2 berjuang utk melayu je. tapi tetap ada si nazri teksi n lokman gemuk samseng tu lg.

even sekarang ni pun xtahu nak sokong parti mana, sbb semua xleh blah. tu sbb i suka je Najib troll kerajaan selalu, biarkan diorg x senang duduk n x suka2 je buat decision bodoh.

harap ada parti baru lepas ni, or semua si 'tak guna' dlm UMNO tinggalkan parti, bagi yg clean je tinggal for next PRU.


Quote zjen 26-3-2019 05:21 PM
Edited by zjen at 26-3-2019 05:24 PM
botol_tritan replied at 26-3-2019 03:58 PM
Yes, i agree sgt dgn u. I pun dah menyampah tgk budaya samseng dlm UMNO tu. lepas diorg kalah, i h ...

iols sebagai warga Selangor ...  kerajaan negeri iols masih x caya nak tukar balik BN,  wlpon weols tahu kerajaan mesti sentiasa tukar utk mengurangkan kes rasuah dan salah guna kuasa,  tapi kerajaan negeri weols masih xde the best second choice utk di tukar,   BN,  no

tapi kalu PH ...  calon DUN dari DAP dan PPDM iols pon genti takan pangkah,  kalu ada calon bebas yg baik,  iols akan kasi chan ... kalu xde yg elok,  iols buang rosak je,  atau dok rumah goyang kaki toksa gi undi,  apa salah nye,  padahal weols undi pon bukan undi utk weols jadi kaya,  undi kasi org lain yg jadi kaya

kesimpulan nye ...  undi hanya utk calon yg menang tu jadi berkuasa ...  bukan undi utk weols sendiri berkuasa,  sebalik nye lepas undi weols kene bayar SST atau cukai utk 'bela' org yg weols undi tu

Quote dess402 26-3-2019 09:00 PM
zjen replied at 26-3-2019 03:20 PM
heharap tubuh parti baru,  parti anak muda,    pemuda dari semua parti juga turut join

anak muda ...

Salam  ..   

tapi tolong jangan  ..  jangan tubuh lagi parti baru org2 melayu   sekarang pun melayu dah berpecah kpd 5 parti politik .  
Dgn umno , pas ,  ppbm ,  pkr dan amanah
   Suara melayu makin mengecil .  Dan parti ini pulak saling bertelagah sesama sendiri menyebabkan suara melayu tidak lagi bersifat dominan sedangkan kaum lain mereka jelas padu didalam dap dan juga pkr  .  Sebenarnya jika ini tidak ditangani dgn baik ..  melayu bakal rugi  .  .
Quote TOPwind 26-3-2019 09:18 PM
JIKA DIA MASUK um-no dan terus naik keatas pasti kena titik sbb um-no tak suka orang pandai2 dan jujur- jika ada orang jujur dlm um-no mcam mana nak songlap duit.
Quote zjen 27-3-2019 04:29 PM
Edited by zjen at 27-3-2019 04:38 PM
dess402 replied at 26-3-2019 09:00 PM
Salam  ..   

tapi tolong jangan  ..  jangan tubuh lagi parti baru org2 melayu   sekarang pun m ...

berbeza pandangan tak bermaksud 'berpecah'  ...  contoh nye kalu uols minat pancing tapi iols tak minat,  tak ikut,  takan plak ckp iols nak pecah atau bermusuh dgn uols

dan kalu bersatu bukan menuju arah kejayaan,  apa erti nye ?     iols mmg takan sehaluan dgn PAS ...   tak rela tgk budaya Melayu tukar jadi budaya lebai,  so disgusting

bagi iols lebai dah bukan bangsa Melayu,  deols cuma muka masih Melayu tapi otak dah di racuni budaya Arab

politik xde beza dgn bisnes,   biasa nye org dah cukup modal akan buka kedai sendiri,  kalu customer ramai akan teruskan,  tak ramai tutup jelah,  pi kompeni org lain keje makan gaji semula

apa tujuan nye iols focus kat politik,  pasal nak tgk bangsa kita hidup lebih bahagia dan makin byk kejayaan yg di capai ...  so iols genti takan sehaluan dgn PAS,  deols lebih focus perjuangan utk akhirat

iols juga takan sehaluan dgn org politik yg sikap cam samseng,   kang ni weols juga kene pikir 'maruah ketuanan Melayu'  ....   cam si atok kang kat dunia asik bermusuh dgn negara lain,  siapa yg malu ?    orang asing akan ckp weols dr bumi barbarian

cuba uols tgk politik Amerika juga byk parti,  tapi depa boleh jadi maju,   tak ketinggalan juga Korea, Jepun, Jerman  ...  so kesimpulan nye berbeza pandangan tak bermaksud pecah,  cuma jgn yg samseng masuk,  deols susah nak bincang elok,  asik gaduh je  ...   dan juga tak mau lebai,  kecuali uols nak bumi Melayu ni tukar menjadi bumi Taliban



Quote dess402 27-3-2019 06:55 PM
zjen replied at 27-3-2019 04:29 PM
berbeza pandangan tak bermaksud 'berpecah'  ...  contoh nye kalu uols minat pancing tapi iols tak  ...

senenarnya aku malas nak komen pasal posting hang jelas tidak ada pegangan agama .  Cuma aku nak sentuh part bandingan dgn US yg hang  buat .  pertamanya US tidak sama dgn kita kerana tamaddunnya dah bermula beratus tahun dulu  .  Jadi prosesnya sekarang antara kita dan depa tidak sama .  Dan keduanya aku katakan tidak sama mereka dgn kita kerana majoriti depa sekarang bukan pribumi .  Depa pendatang yg datang dari seluruh pelusuk eropah ,  termasuk mexico sebagainya  .  Jadi tidak timbul soal ketuanan seperti apa yg ada di negara lain khususnya asia .  Begitu juga bila hang sebut jepun ,  korea  .  Mereka hanya satu bangsa yg mungkin punya berbagai dialeg
Yg tak samanya kerana kita disini selain melayu yg membentuk mungkin 50%  populasinya tetapi kita juga ada cina ,  india dan berbagai bangsa lagi  .   Jadi pecahan kita bukan sekadar pendapat tetapi juga pasal bangsa yg dah tentu dek sebab berlainan agama  .  
Quote am2020 21-6-2019 05:03 PM
dr join umno atau pas..baik join dap...dr duk dlm pkr tu.x habis2 kes memburit...geli dengau....

Lihat semua komen(12)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-5-2022 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.101225 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top