CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Ingatkan Shila Amzah Tadi,"-Pelajar Malaysia Berjaya Pukau Ramai Dengan Persembahan Busking Di Korea

26-3-2019 11:49 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4632| Komen: 11|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Seperti yang berlaku di beberapa buah negara Asia, genre KPop kini turut menjadi kegilaan di Malaysia terutamanya di kalangan anak muda. Tidak hairanlah ramai yang boleh menyanyi lagu-lagu dalam bahas ...
Seperti yang berlaku di beberapa buah negara Asia, genre KPop kini turut menjadi kegilaan di Malaysia terutamanya di kalangan anak muda. Tidak hairanlah ramai yang boleh menyanyi lagu-lagu dalam bahasa itu dengan fasih sekali. Malahan , ada juga yang turut mempelajari Bahasa Korea hanya melalui lagu-lagu dan dramanya.



Kredit foto: Instagram
Impak KPop boleh dilihat lebih mendalam lagi di kalangan pelajar Malaysia yang menuntut di Korea Selatan. Baru-baru ini, seorang pelajar kita di sana memukau ramai dalam satu persembahan busking kerana kefasihannya menguasai bahasa tersebut.



Dalam satu video yang kini tular di Twitter, seorang pelajar di sana bernama @venompenguin  berkongsi persembahan rakannya mendendangkan sebuah lagu yang memukau penonton, termasuk rakyat Korea Selatan sendiri.

Menurut maklumat, dipercayai persembahan itu dibuat di sebuah jalan dinamakan Sinchon Street, dan gadis itu mendendangkan lagu berjudul Some yang dipopularkan oleh kumpulan Bolbbalgan4. Katanya ramai rakyat Korea terkejut dengan kepetahan rakannya berbahasa Korea dengan fasih.

Susulan tularnya video tersebut, ramai netizen yang memuji keyakinan gadis itu membuat persembahan di tempat awam.


Kredit foto: Twitter
"Keyakinan yang memukau, saya ingat Shila Amzah tadi," kata seorang netizen. 

Seorang lagi berkata lagu ini memang susah dibawakan dan pelajar itu berjaya menyampaikannya dengan baik.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang memberikan komen jujur mengatakan suara gadis tersebut biasa-biasa sahaja dan persembahannya agak tersekat-sekat.


Kredit foto: Twitter
Apa yang pasti, keberanian gadis itu untuk membuat persembahan di tempat awam dalam bahasa asing sememangnya layak mendapat pujian. Syabas! -CARI
3

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Babanana 26-3-2019 11:58 AM
I puji sebab berani. Sedap tak sedap tu meols bukan pakar dia.
Quote Sang_Pencinta 26-3-2019 12:16 PM
Puji sebab dia yakin jer
Quote Artemesiaa 26-3-2019 12:25 PM
Boleh tahan sebab ada keberanian selalu tengok asal Korea je buat persembahan jalanan seperti tu nak2 area Hongdae
Quote ikanmasin 26-3-2019 02:54 PM
yg penting keyakinan dia nak nyanyi tu.begetar2 suara.hehehe
Quote lee_sakura 26-3-2019 04:37 PM
tahniah dik kerana berani dan berkeyakinan tinggi
Quote whadda 26-3-2019 04:58 PM
bagus la berani.. tapi samput akak dengar
Quote aleesyasofia 26-3-2019 08:10 PM
iols dgr idok ler sdp mne.. tp, xpe.. boleh asah lg bakat tue..
Quote rehanna 27-3-2019 08:28 AM
sejuk la kot suara ketaq2...

biasa ja dengaq no xfactor
Quote bezita60 27-3-2019 04:52 PM
Keyakinan tu luar biasa untuk suara yg tidak sedap seperti itu.
Quote clueless_gamer 3-4-2019 07:51 AM
baguslah.. for starter boleh bertapak kt sana nanti kalau ada rezki
Quote am2020 21-6-2019 04:55 PM
x sedap pon..buat malu jer..ke perasan nyanyi sedap

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.051153 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top