CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Amboi Comelnya" – Netizen Puji Lelaki Ini Edar Pulut Kuning Sempena Majlis 'Sunat' Kucing

27-3-2019 10:28 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6537| Komen: 35|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Gelagat papa dan mama kucing memang menggelikan hati. Ada yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk berbelanja besar demi 'anak kucing' masing-masing.
Gelagat papa dan mama kucing memang menggelikan hati. Ada yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk berbelanja besar demi 'anak kucing' masing-masing. 

Terkini, seorang pemilik kucing Khairul Faizi Dalaiil, 32, menjadi tular di Twitter apabila sahabatnya memuat naik beberapa keping gambar sempena 'Majlis Kesyukuran Berkhatan' tiga ekor anak kucingnya.



Kredit foto: Twitter

Dalam gambar yang dimuat naik itu, kelihatan beberapa makanan khas seperti pulut, telur burung puyuh dan rendang yang dikatakan bakal diedarkan kepada rakan-rakannya sebagai tanda kesyukuran. 


Kredit foto: Twitter

Lebih menarik, paket makanan tersebut lengkap dengan pelekat khas yang mengumumkan 'Majlis Kesyukuran Berkhatan' disertai nama ketiga-tiga ekor kucing beliau yang dimandulkan iaitu Achilles, Atlas dan Arez.


Kredit foto: Malaymail

Gambar-gambar itu menarik tumpuan netizen yang memuji tindakan beliau memandulkan kucingnya. Beliau juga dipuji kerana sanggup berbelanja besar menganjurkan majlis berkhatan tersebut.

'Comel gila, kucing pun buat majlis makan pulut kuning' kata seorang netizen. 

'Alamak, jangan bagi kucing aku Nampak, nanti dia pun tuntut' kata seorang lagi.


Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter

Bagaimanapun, tidak semua netizen bersetuju dengan tindakan beliau. Ada yang mendakwa majlis itu satu bentuk pembaziran dan mengejek gelagat kucing, ada pula yang berkata memandulkan kucing adalah haram dalam Islam.

'Hukum memandulkan haiwan yang tidak dimakan ialah haram' kata seorang netizen.


Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter

Namun, ramai yang menyokong tindakan pemilik kucing ini sebagai satu usaha memastikan kesihatan kucing dan mengelakkan kucing membiak tanpa kawalan. Apa pula pendapat anda? - CARI
4

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siputsedut 27-3-2019 10:36 AM
Hukum memandulkan kucing tu x mau komen sbb aku pon cetek ilmu..tp bab bg makanan tu..aku rasa bagus lah..membazir apa nya kalau dah dia mampu sedekahkan makanan dkt org lain...sedapnyaaaaa pulut kuning...
Quote prettyuglybabe 27-3-2019 10:43 AM
alamak.. i dulu sunat anak-anak tak buat apa-apa..
nanti nak sedekah duit kat tabung surau la..
RM10 untuk sorang anak
Quote Sang_Pencinta 27-3-2019 10:47 AM
Sanggup ni edar pulut kuning

mama papa kucing memang penyayang

moga jadi trend bolehlah merasa pulut kuning selalu
Quote Artemesiaa 27-3-2019 11:40 AM
Jenis penyayang dah anggap kucing kesayangan macam keluarga sendiri lagi pun tak salah nak belanja kawan2 moga dimurahkan rezeki.
Quote intan_smsb 27-3-2019 11:43 AM
comel sangat

aku siap tag adik2 aku

kot2 diaorg nak buat mcm ni
Quote sharlenetexas 27-3-2019 12:34 PM
Yang kata mandul kucing tu haram, kau bela 2 ekor kucing jantan betina. Lepas tu tengok apa yg jadi. Tu belum lagi kucing jiran rogol kucing kau.
Quote pokaibanktokyo 27-3-2019 12:57 PM
Bodoh mandulkan kucing jantan
Quote abangadek 27-3-2019 01:20 PM
cat dia alahaiiii tersangatlah comei
Quote ikanmasin 27-3-2019 03:43 PM
tapi betul lah org yg sayangkan kucing ni lain dr yg kita tak pelihara
kucing ni..adik aku siap cakap2 dgn kucing dia..kucing dia menjawap pl tu
siap laga2 hidung..kucing pl jenis yg bulu tebal tu alahai geram tgk.tidur pun
pandai kejut adik aku..bgn pagi siap tunggu tu.
Quote mamapea 27-3-2019 04:03 PM
ikanmasin replied at 27-3-2019 03:43 PM
tapi betul lah org yg sayangkan kucing ni lain dr yg kita tak pelihara
kucing ni..adik aku siap cak ...

aku & family aku start bela kucing x sampai sbln...kucing tu hari2 dok dpn rumah...anak aku ambik bela dia...
pandai lak tu nak buang air masuk bilik air...dh mcm org ajar...
pagi2 nk subuh mesti dia kejut...dia akan jilat muka...
semenjak kehadiran kucing dlm rumah aku terus jd lbh ceria dgn gelagat kucing tu...
mmg nakal btl la...umur dlm 4 atau 5 bln...
Quote ikanmasin 27-3-2019 04:29 PM
mamapea replied at 27-3-2019 04:03 PM
aku & family aku start bela kucing x sampai sbln...kucing tu hari2 dok dpn rumah...anak aku ambik  ...

kdg2 rezeki tak diduga kan.aku sbb ada alergik so mmg tak bole
lah nak pelihara kucing..tgk adik2 aku seronok sungguhlah..senang
tgk diaorg jaga kucing..mmg jenis sng atur.seminggu sekali bagi lepas depan umah .
bagi cium2 rumput.kejap jer lah sambil dipantau adik aku..risau ooo kucing hilang
hdp tak tenteram adik aku ckp..hihii
Quote mamapea 27-3-2019 04:49 PM
ikanmasin replied at 27-3-2019 04:29 PM
kdg2 rezeki tak diduga kan.aku sbb ada alergik so mmg tak bole
lah nak pelihara kucing..tgk adik2 ...

suami aku sblm ni pun takut dgn kucing sbb kucing pernah gigit atau cakar dia...skrg berani btl...siap peluk2 & cium kucing...
pernah sekali kucing aku hilang 1 hari x jumpa...padahal baru bela 2 minggu...
punya cari keliling flat mcm org gila...dh jumpa rasa lega...mcm nak nangis pun ada
baru tau perasaan org bela kucing mcmana...
sblm ni kwn bela kucing siap nangis2 sbb kucing dia jatuh masuk rumah bwh...
tuan rumah seminggu sekali baru blk...tu yg beria2 nangis...bila dh bela sndr baru tau
perasaan tu mcmana...dh mcm anak sndr...
Quote ikanmasin 27-3-2019 05:03 PM
mamapea replied at 27-3-2019 04:49 PM
suami aku sblm ni pun takut dgn kucing sbb kucing pernah gigit atau cakar dia...skrg berani btl... ...

betul kan..adik2 aku lelaki tau mcm anak kucing tu diaorg bela.kalau nak g os hantar
kejap jer 2-3 ari.pagi hantar ptg tu melawat kejap punya la merajuk pujuk2 pun tak mau
tau.siap ckp kejap ja hantar ya nnt amik blk.makan pun takde selera..
Quote mamapea 27-3-2019 05:05 PM
ikanmasin replied at 27-3-2019 05:03 PM
betul kan..adik2 aku lelaki tau mcm anak kucing tu diaorg bela.kalau nak g os hantar
kejap jer 2- ...

aku rasa kucing aku pun mengamuk kot tinggal dia 2 hari...kitorg gi melaka...
balik je pasu pecah...baju dlm bakul berterabur...rumah tunggang langgang...
mesti protes tu
Quote ikanmasin 27-3-2019 05:08 PM
mamapea replied at 27-3-2019 05:05 PM
aku rasa kucing aku pun mengamuk kot tinggal dia 2 hari...kitorg gi melaka...
balik je pasu pecah ...

hahaha angin kus2 merajuk kalah dr tuan nya tu..
Quote mamapea 27-3-2019 05:11 PM
ikanmasin replied at 27-3-2019 05:08 PM
hahaha angin kus2 merajuk kalah dr tuan nya tu..

lg teruk dr anak2...manja bkn main...
best la bela kucing...xtau nk ckp perasaan tu mcmana...
mcm ada baby dlm rumah pun ada perasaan tu...
Quote ikanmasin 27-3-2019 05:15 PM
mamapea replied at 27-3-2019 05:11 PM
lg teruk dr anak2...manja bkn main...
best la bela kucing...xtau nk ckp perasaan tu mcmana...
mc ...

teruskan..im hepi for you..
Quote meisapoya 27-3-2019 06:41 PM
Dah kalau bela kucing tapi tak mampu nak bela bila dah membiak 4x setahun, better kasi je la... sian pulak bila terbiar, pastu lagi hanat kalau buang merata.
Quote missinpiece 27-3-2019 09:16 PM
Elokla mandulkan kucing jantan betina belaan masing2..
Yg jantan sampai masa nak mengawan mengeong bising2, panjat sana sini pancut kencing sana sini.
Yg betina sampai masa nak mengawan bising mengiau korek pintu nak keluar panjat sana sini.
Kalau terlepas siap la bercucu dalam 5-6 ekor sekali beranak. Tak sampai sebulan dua bersalin mak meow mula nak mengawan lagi kalau terlepas lagi akan keluar 5-6 ekor lagi. Kalau semua baka muka penyek bulu lebat kaki pendek selamat la disedekah kpd kawan2. Kalau rupa so so je..huhuhuahua nangesla melayan karenah 10-15 ekor sicomel dlm kawasan umah x berapa nak besar

Lihat semua komen(35)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-7-2022 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.088036 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top