CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Parah Dibelasah Rakan Sekolah Kerana Enggan Sertai Geng Kongsi Gelap

27-3-2019 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2406| Komen: 5

Description: Seorang remaja berusia 16 tahun dibelasah dan ditinggalkan di ladang sawit selepas enggan menyertai kongsi gelap Geng 265 dan 21, Jumaat lalu.
Seorang remaja berusia 16 tahun dibelasah dan ditinggalkan di ladang sawit selepas enggan menyertai kongsi gelap Geng 265 dan 21, Jumaat lalu.

Susulan itu, tiga remaja lelaki ditahan bagi membantu siasatan, lapor Sinar Harian.



Kredit foto: Sinar Harian

Menurut laporan, ketika kejadian jam 3.50 petang itu, mangsa sedang menunggu rakannya di Jalan Sutera Tanjung 8/3, Taman Ungku Tun Aminah (Tuta), Johor Bahru, sebelum didatangi sekumpulan lelaki.

"Siasatan awal mendapati, tujuh suspek terbabit merupakan kenalan sekolahnya.

"Mangsa dibawa menaiki kereta bersama mereka sebelum diugut dengan pisau.

"Setibanya di satu lokasi, mangsa dipukul kerana menolak tawaran untuk menyertai kumpulan terbabit dan ditinggalkan di ladang sawit di Senai," kata Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow.


Kejadian itu menyebabkan mangsa parah di kepala dan patah jari di kedua-dua tangannya.

Tambah Tok Beng Yeow, sepasukan anggota dikerahkan untuk mengesan suspek yang disyaki terbabit dengan kejadian itu sebelum menahan tiga lelaki dalam lingkungan usia 16 hingga 18 tahun di tiga lokasi berasingan sekitar Skudai dan Kulai.

Polis masih berusaha mengesan saki baki suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan mendatangkan kecederaan. - CARI
2

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • edmorita79

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 27-3-2019 12:11 PM
makin parah tahap keselamatan sekolah2 di malaysia nih
Quote TravellingBear 27-3-2019 12:17 PM
Kat sekolah johor yg ada byk anak2 ahli kongsi gelap, polis mmg hari2 berkampung depan sekolah. Utk kawal keadaan je...
Quote pokaibanktokyo 27-3-2019 12:51 PM
Gigih nak suruh orang lain kongsi dubur masing masing dalam gelap  macam mereka gak
Quote batmana 27-3-2019 04:13 PM
nape geng kongsi gelap suke nombor2 bagai?
dorg ahli kelab matematik ke ape?
Quote clueless_gamer 3-4-2019 06:55 AM
belah2 sana kongsi mmg banyak

jangan kasi chance, shoot to kill je kalau jumpa

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.040521 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top