CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kahwin Dengan Lapan Lelaki Tua Sebelum Lesap Dengan Harta Benda

9-9-2020 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4322| Komen: 16

Wanita di India berkahwin dengan lapan lelaki tua dalam tempoh 10 tahun sebelum melarikan diri dengan wang dan barangan kemas mereka.

Menurut laporan Times of India, penipuan wanita itu terbongkar selepas dia mengahwini kontraktor pembinaan dari Ghaziabad, Uttar Pradesh.



Gambar hiasan

Difahamkan, Jugal Kishore kesepian selepas kematian isteri pada tahun lepas lebih-lebih lagi apabila anak lelakinya berpindah keluar.

Lelaki itu kemudian ternampak iklan agensi pencari jodoh, Khanna Vivah Kendra di sebuah akhbar yang menawarkan khidmat bagi mencari pasangan untuk warga emas dan janda.

Tertarik dengan tawaran itu, Kishore menghubungi pemilik agensi berkenaan, Manju Khanna sebelum diperkenalkan dengan wanita bernama Monica.


Wanita itu mendakwa berstatus janda dan selepas beberap aminggu berkenalan, mereka berkahwin pada Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, selepas dua bulan wanita itu lesap bersama wang dan barangan kemas milik lelaki terbabit bernilai 15 lakh Rupee (kira-kira RM8,491).


Gambar hiasan

Menyedari dirinya ditipu, Kishore menghubungi agensi berkenaan, namun pemiliknya menuduh lelaki itu membuat dakwaan palsu dan mengugut akan membuat laporan polis terhadapnya.

Satu laporan polis dibuat terhadap Monica dan siasatan mendapati wanita itu sudah menipu lapan lelaki tua menggunakan modus operandi sama. Malah, semua calon jodohnya sebelum ini juga ditetapkan agensi sama, Khanna Vivah Kendra.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mehoney 9-9-2020 11:37 AM
Easy money kah?haha
Quote Artemesiaa 9-9-2020 12:06 PM
Ramai je yang kena cara ni tapi ramai tak mahu buat lapuran sebab bimbang ditertawakan keluarga dan kenalan
Quote Scheherazade 9-9-2020 12:11 PM
Konon ala black widow tp lari je, x bunuh laki
Quote husna_amal 9-9-2020 12:30 PM
Perangai macam ni lebih teruk dari pelacur.
Quote TomyamPuteh 9-9-2020 12:34 PM
@dudaberhias mohon berhati2
Quote Decaffeinated 9-9-2020 01:54 PM
Sejak 10 tahun lalu, wanita dikenali dengan nama Monica itu juga dipercayai sudah berkahwin dengan lapan lelaki.

Laku nye ko dek.  Huntong lah sedap pun dapat. Andartu mampu jeles ja...
Quote Zack8hunter 9-9-2020 01:56 PM
bukan ke pengantin perempuan kene sediakan dowry time nak kawen? spttnya laki tu la yg untung
Quote nisako 9-9-2020 01:59 PM
wow macam ni org pun ade eh.................
Quote Maideen. 9-9-2020 02:02 PM
Walaupon they come in all shapes and sizes, hanya satu jer scammer yang memasokan RM42,000,000.00 dalam akaun mangsanya.

Awas lah.........muahahahahahaha
Quote Belibis 9-9-2020 02:14 PM
Zack8hunter replied at 9-9-2020 01:56 PM
bukan ke pengantin perempuan kene sediakan dowry time nak kawen? spttnya laki tu la yg untung

Dowri tu modal awal.
Dah jadi bini,kaut segala yang ada termasuk modal.
Quote NekNgah 9-9-2020 02:15 PM
Sikitnya ambik.  Apasal tak tunggu sampai tukar harta, rumah, tanah bagai?
Quote lavendernovella 9-9-2020 04:20 PM
Mesti lawa perempuan ni
Quote gadget 9-9-2020 04:49 PM
takdak gambar muka pompuan ni ke...aku dok imagine cantik mcm aswara rai
Quote jasmeen 9-9-2020 06:01 PM
rm 8000 je ko ambik dik??? wowwwww
Quote pxlbb 9-9-2020 09:57 PM
Bijak ko dek...{:smile
Quote Manjahati 9-9-2020 10:18 PM
Senangnya cari duit

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.054476 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top