View: 2723|Reply: 16
|
[Dunia]
Scammer datang in all shapes and sizes: Perdaya duda untuk kaya
[Copy link]
|
|
Perdaya duda untuk kaya
MyMetroGlobal
Gambar hiasan matawang negara di mana kisah ini terjadi. FOTO AFP
Agensi
New Delhi: Seorang wanita di India mengambil jalan mudah untuk mengumpul kekayaan dengan cara berkahwin dengan lelaki tua.
Modus operandinya adalah tinggal bersama dengan suami untuk tempoh tertentu sebelum melarikan diri bersama wang dan barangan berharga milik mangsa.
Sejak 10 tahun lalu, wanita dikenali dengan nama Monica itu juga dipercayai sudah berkahwin dengan lapan lelaki.
Bagaimanapun, helahnya terbongkar selepas melarikan diri dari rumah suami yang dikahwini pada Ogos tahun lalu.
Gulf News yang memetik laporan media tempatan melaporkan pada kejadian terbaharu itu, mangsa kontraktor pembinaan di Uttar Pradesh.
Difahamkan, lelaki yang berstatus duda itu berasa kesepian selepas kematian isterinya.
Dia kemudian terlihat iklan agensi pencari jodoh, Khanna Vivah Kendra di sebuah akhbar.
Agensi berkenaan menawarkan khidmat mencari pasangan untuk warga emas dan ibu tunggal.
Tertarik dengan iklan berkenaan, lelaki terbabit menghubungi agensi itu sebelum diperkenalkan dengan Monica.
Ketika itu, wanita itu mendakwa dirinya berstatus janda.
Selepas berkenalan, lelaki itu melamar Monica dan mereka mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun, selepas beberapa bulan, Monica secara tiba-tiba melarikan diri dari rumahnya.
Pemeriksaan lanjut mendapati wanita itu turut mengambil barangan peribadi milik lelaki itu bernilai 15 lakh Rupee (kira-kira RM8,491).
Menyedari dirinya tertipu, lelaki terbabit menghubungi agensi berkenaan.
Namun, pemilik agensi itu mendakwa individu berkenaan cuba membuat dakwaan palsu.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 September 2020 @ 7:10 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je yang kena cara ni tapi ramai tak mahu buat lapuran sebab bimbang ditertawakan keluarga dan kenalan |
|
|
|
|
|
|
|
Konon ala black widow tp lari je, x bunuh laki |
|
|
|
|
|
|
|
Perangai macam ni lebih teruk dari pelacur. |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak 10 tahun lalu, wanita dikenali dengan nama Monica itu juga dipercayai sudah berkahwin dengan lapan lelaki.
Laku nye ko dek. Huntong lah sedap pun dapat. Andartu mampu jeles ja...
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke pengantin perempuan kene sediakan dowry time nak kawen? spttnya laki tu la yg untung |
|
|
|
|
|
|
|
wow macam ni org pun ade eh................. |
|
|
|
|
|
|
|
Zack8hunter replied at 9-9-2020 01:56 PM
bukan ke pengantin perempuan kene sediakan dowry time nak kawen? spttnya laki tu la yg untung
Dowri tu modal awal.
Dah jadi bini,kaut segala yang ada termasuk modal. |
|
|
|
|
|
|
|
Sikitnya ambik. Apasal tak tunggu sampai tukar harta, rumah, tanah bagai? |
|
|
|
|
|
|
|
takdak gambar muka pompuan ni ke...aku dok imagine cantik mcm aswara rai
|
|
|
|
|
|
|
|
rm 8000 je ko ambik dik??? wowwwww |
|
|
|
|
|
|
| |
|