Rentetan kekecewaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berhubung kegiatan penjualan filem-filem tempatan yang dicetak rompak di
platform e-dagang, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak akan
teragak-agak untuk menyekat laman yang menjual produk cetak
rompak. Menurut Astro Awani, pihak SKMM memaklumkan tindakan itu akan
dilaksanakan selepas mendapat makluman dari Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Nadzri menjelaskan pihaknya akan memberi tumpuan kepada pihak e-dagang dan juga mereka yang menjual filem cetak rompak di platform terbabit.
"Berdasarkan laporan yang kami terima, beberapa filem tempatan antaranya Keluarga Iskandar The Movie dikesan telah dijual tanpa kebenaran penerbit di platform Shopee." Bagaimanapun, setelah dihubungi oleh pihak Awani, pihak Shopee terus menurunkan iklan tersebut. Warganet turut memberikan pandangan mereka dan lebih mengejutkan bukan sahaja filem, malahan bahan permainan elektronik dan anime turut dijual di dalam cakera keras dan pastinya dengan harga lebih murah. |
RatuDunia94: Shoppe ni mmg x filter ke seller jual apa? Even kalau nak jual bayi kat shoppe pun boleh gamaknya..
dua_chzy replied at 5-8-2020 12:07 AM
Ubat gugur janin pun hada. Dadah ja belum nampak lagik. Kat Mudah pun serupa Shoppee. Ai pernah ...
T541 replied at 10-8-2020 12:31 PM
KOrang dah tengok ke KITM ni?
ADVERTISEMENT