CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gelandangan Selongkar Timbunan Sampah Cari Topeng Takut Disaman

3-8-2020 04:37 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5998| Komen: 25|Original author: Oleh: LilRose

"Pakcik nak cari topeng, kalau tak pakai nanti kena saman."

Di kala sesetengah pihak memandang enteng soal pemakaian topeng muka walaupun boleh didenda RM1,000, seorang gelandangan sanggup mendapatkan topeng muka walaupun terpaksa menyelongkar timbunan sampah.



Kredit foto: Twitter

Menerusi perkongsian Khalid di Twitter, gambar itu dirakam di Pasar Besar Ampangan, Seremban.

Ekoran itu, dia memohon jasa baik sesiapa untuk memaklumkan kepadanya jika terjumpa lelaki berkenaan.

"Siapa nak cari dia, kalau jumpa tolong bagi DM. Nanti aku transfer balik RM50 (untuk dia la bukan korang!) kalau korang jumpa," tulisnya.


Kredit foto: Twitter


Situasi pakcik ini mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan warga maya.

Tidak kurang juga yang musykil dengan tindakan pakcik itu dan membuat spekulasi bahawa dia mungkin mengumpul topeng terpakai untuk dijual semula.


Kredit foto: Twitter

Malah, Khalid juga meminta orang ramai supaya tidak mudah menghukum dan marah-marah terhadap mana-mana individu yang tidak memakai topeng muka ketika berada di kawasan awam kerana mereka mungkin tidak mampu untuk memilikinya. - CARI
3

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • yeos

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nuninanoona 3-8-2020 04:50 PM
kesian..sekarang ni bukan setakat makanan je kena hulur kat gelandangan tapi topeng pun penting..ingat ye muka kita ni bernilai RM1000 sejak 1-8-2020..
Quote MadameOnion 3-8-2020 04:51 PM
Inilah masa wakil rakyat nak tolong pengundi2 kawasan depa..gelandangan ni hari tu ramai jugak yg kerajaan dah tolong dptkan keja..end up depa kembali jadi gelandangan..nak salahkan sapa pulak?
Quote Normabaru 3-8-2020 04:53 PM
Oii..  ko bg gambar buntut pastu acah dermawan cendawan... Demi secebis clout,rt dan likes
Quote matbad 3-8-2020 04:55 PM
Yg gelandangan pun tau xpakai kena saman..yg ada rumah,ada tv,ada fon canggih tak reti nak pakai dah mengapaaaaa
Quote Normabaru 3-8-2020 04:56 PM
nuninanoona: kesian..sekarang ni bukan setakat makanan je kena hulur kat gelandangan tapi topeng pun penting..ingat ye muka kita ni bernilai RM1000 sejak 1-8-2020. ...


Nak tanya satu je.. Masa pkp hr tu pakcik ni kat mana?bkn semua gelandangan dh dimasukkan dlm pusat latihan kemahiran dan diberi kerja ke?
Siap makan tempat tinggal etc tp klu dah lari..
Agak2 govt nk bantu macam mana lagi?
Quote anony-mous 3-8-2020 05:06 PM
Normabaru replied at 3-8-2020 04:56 PM
Nak tanya satu je.. Masa pkp hr tu pakcik ni kat mana?bkn semua gelandangan dh dimasukkan dlm pu ...

Klau dah malas tu mmg susah sikit. Lgpon gelandangan biasanya x ada dekat tempat sesak kan? Gelandangan pegi soping mall kah? Gi jalan2 pantai kah?
Quote domestobot 3-8-2020 05:09 PM
nanti ditanya kenapa nak guna mask bukan boleh jawab pun. entah2 sesaja nak keluar tengok keadaan kotaraya je, bukan kerja pun gigih nak cari mask camtu sekali.
Quote Normabaru 3-8-2020 05:09 PM
Edited by Normabaru at 3-8-2020 05:11 PM
anony-mous replied at 3-8-2020 05:06 PM
Klau dah malas tu mmg susah sikit. Lgpon gelandangan biasanya x ada dekat tempat sesak kan? Geland ...


Dia kat pasar besar ampangan tu bkn tmpt awam / sesak ke.. Adudu
Quote anony-mous 3-8-2020 05:35 PM
Normabaru replied at 3-8-2020 05:09 PM
Dia kat pasar besar ampangan tu bkn tmpt awam / sesak ke.. Adudu

Kenapa dia dekat situ? Apa dia buat dekat situ? Keje ke?
Quote Normabaru 3-8-2020 05:36 PM
anony-mous replied at 3-8-2020 05:35 PM
Kenapa dia dekat situ? Apa dia buat dekat situ? Keje ke?

Tanya la tt dik non.. Tny kaka buek apo.
Quote MontanaHannah 3-8-2020 05:43 PM
pakai purdah lagi mantap.



benda mcm mask pada kita ni apa sgt

tp padayg benar-benar miskin mmg xmampu.

Quote Rogue98 3-8-2020 06:54 PM
Harap pihak polis bertimbangrasa lah sikit bila nak saman orang tu. Duit nak makan pun xde sebab nak kena beli mask. Mana mask percuma yg kerajaan nak bagi tu?
Quote ~boolean 3-8-2020 07:29 PM
geladangan pun tahu pakai mask, jauh lagi bijak dari sesetengah malaun kat malaysia yang berdegil tak nak pakai..
Quote najib888 3-8-2020 07:36 PM
Ye ye je gelandangan tu cari facemask... Ntah2, snap gambar pastu saja cipta caption sendiri konon2 "Pakcik tgh cari pelitup muka" Demi nak dapatkan secebis dua like..

Quote Kurex 3-8-2020 07:42 PM
Demi sesuap likes ke
Quote TravellingBear 3-8-2020 07:48 PM
apoooo mintak no acc gelandangan.... rm8 annual fee pon dia tak mampu bayar last2 jadik negatif acc macam kat thread rakyat termiskin di dunia tu
Quote matchstick 3-8-2020 08:21 PM
Normabaru: Nak tanya satu je.. Masa pkp hr tu pakcik ni kat mana?bkn semua gelandangan dh dimasukkan dlm pusat latihan kemahiran dan diberi kerja ke? Siap makan  ...


I ingt gelandangan kt klang valley je yg masuk pusat latihan itu hari..diorg kutip seluruh Malaysia ke yg kuarantin ramai2 masuk tv ritu?
Quote Itzy 4-8-2020 12:50 AM
Sesiapa yg jumpa orang susah tu tolong la sedekah rm10 rm20, tak miskin pun kalau sekali sekala kau hulur derma. Percayalah insha Allah rezeki kau akan berlipat ganda lepas beri sedekah. Niat dengan ikhlas bukan sedekah kerana nak dapat rezeki{:run
Quote Perawankota 4-8-2020 02:37 AM
matchstick replied at 3-8-2020 08:21 PM
I ingt gelandangan kt klang valley je yg masuk pusat latihan itu hari..diorg kutip seluruh Malay ...

Masing2 dah balik tmpt asal dorg melepak.. Yg kat Sentul ni, tgk dah start balik tido kt tempat lama dorg, kat tepi2 kedai.. Pendek kata, mmg ada gelandangan yg mmg malas nk bekerja.. Lagi rela tido tepi2 kedai

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.092855 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top