Tenang, bersahaja respons Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap dakwaan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris. Menerusi Twitternya, Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo mendakwa Syed Saddiq telah direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Baju Oren lokap SPRM mesti disarungkan tanpa ragu-ragu," ujarnya. Syed Saddiq kemudian membuat ciapan balas terhadap dakwaan Papagomo itu dengan berseloroh; "Baju oren aku tak ada bro. Yang ada Oyen ni je seketul." Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki menafikan pihaknya menahan Syed Saddiq. Syed Saddiq sebelum ini menafikan wang di dalam peti besi di rumahnya yang hilang adalah milik Bersatu, sebaliknya ia adalah miliknya bersama ibu bapa untuk digunakan bagi membuat pengubahsuaian rumah. - CARI
|
ADVERTISEMENT