CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Mat Dan Dihalang Solat Jumaat

20-7-2020 10:39 AM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 22701| Komen: 189|Original author: Oleh: kp5x

Description: Baru-baru ini, selebriti warga Britain yang fasih berbahasa Terengganu, Mat Dan telah memuat naik satu hantaran video di laman Instagramnya mengatakan, dia tidak dibenarkan untuk solat Jumaat di masji ...

Kredit foto : Instagram Mat Dan

Baru-baru ini, selebriti warga Britain yang fasih berbahasa Terengganu, Mat Dan telah memuat naik satu hantaran video di laman Instagramnya mengatakan, dia tidak dibenarkan untuk solat Jumaat di masjid berdekatan dengan rumahnya di Bukit Antarabangsa.

Beliau menzahirkan rasa sedih kerana sudah mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, namun tetap tidak dibenarkan masuk oleh  anggota Rela bertugas kerana dia bukan warganegara.

"Pukul 12 saya tunggu, pergi solat Jumaat di masjid dekat rumah saya di Bukit Antarabangsa dan 'abang Rela' kita tak bagi masuk. Bukan sebab penuh ke, tak ikut SOP ke. Semua ada ni, face mask ada, sejadah ada, sanitiser pun ada...sebab bukan warganegara," begitu luahan Mat Dan.

Katanya lagi, layanan berbeza diterima ketika di Mekah yang tidak mengira warna kulit, bangsa dan lain-lain.


Mungkin terdapat kekeliruan pemahaman oleh Mat Dan dan penerangan daripada anggota Rela yang bertugas mengenai peraturan kenapa warganegara tidak dibenarkan solat Jumaat di negara ini. 

Ianya bukanlah sejenis diskrimasi, tetapi larangan dikuatkuasakan kerana pertambahan kes Covid-19 di kalangan bukan warganegara yang dilihat membimbangkan.

Mat Dan telah menetap di malaysia sejak 2009 selepas melakukan pengembaraan ke Pulau Kapas. Pada 2018, dia telah mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) dan telah memeluk Islam serta menggunakan nama Kareef Daniel Abdullah. - CARI



1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • eyansss

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote badaksumbu 19-7-2020 12:09 PM
“Terima kasih kepada abang Rela dan minta pandangan masyarakat. Saya faham kita kena utama rakyat Malaysia. Tapi come on lah. Saya ikut SOP,” katanya.


bkn sbb utamakan warganegara la tp sbb trend kes covid sebelum 4 kluster terbaru ni mmg datang dpd warga asing. kang kata bodoh, marah.

ramai sungguh yg tak faham ye.

yang tak faham apa pentingnya sop, knp itu tak blh ini tak boleh la yg patut kena kurung mcm pkp dulu, menyusahkankan org puak2 yang mcm ni.
Quote noor2 19-7-2020 12:14 PM
X payahla nk komplen .....dah arahan kerajaan kenalah ikut ...X kan sebab ko selebriti orang kenal kena bias pada pendatang asing lain pulak. ....
Quote Kurex 19-7-2020 12:17 PM
Lek la dan.. aku pun tak dapat solat lagi
Quote aHoi83 19-7-2020 12:36 PM
Ada lagi yg tak paham
Quote Normabaru 19-7-2020 12:58 PM
Menyampah jenis nk lynn vip ni.. Dpt taraf pr cpt pon still xbsyukur.. Dh la nobody kt uk tu
Quote bondeh 19-7-2020 12:59 PM
Menyampah betul dgn puak2 yg pertikaikan SOP itu tak boleh ini tak boleh. Dengar jelah arahan. RELA tuh ikut arahan buat kerja. Ini melibatkan kesihatan masyarakat seluruh semesta alam.
Quote damsel_fiji 19-7-2020 12:59 PM
ikut jelah bodoh..x nak ikut berambus ke tanah kelahiran ko kat UK tu
Quote jazaa100 19-7-2020 01:05 PM
Edited by jazaa100 at 19-7-2020 01:08 PM
badaksumbu replied at 19-7-2020 12:09 PM
bkn sbb utamakan warganegara la tp sbb trend kes covid sebelum 4 kluster terbaru ni mmg datang d ...


Kan.....

Abg Rela tu jln kan kerja je....dah byk kes covid di bawak dari warga asing.....

Memang patut skrg ni msia utamakn warganegara dulu....kata kempen beli lah brgan Msia, jadi utamakn warganegara msia dulu kli nk kami beli barangan Msia.....

Mat Dan klu asyik nk compare dgn ereb,...kau blh pegi dok ereb....kau dtg sini ckp loghat trengganu je, mcm mcm kelebihan kau dpt....sedangkn org terengganu lahir lahir je dah dgr mak pak ckp ganu, dok serupa gitu jugak....
Quote jazaa100 19-7-2020 01:07 PM
Normabaru replied at 19-7-2020 12:58 PM
Menyampah jenis nk lynn vip ni.. Dpt taraf pr cpt pon still xbsyukur.. Dh la nobody kt uk tu

Kannn.....

Pandai ckp ganu je, org melayu dah kagum.....org melayu kecik kecik pandai ckp omputeh....omputeh tak kagum punnnggg.....
Quote Scheherazade 19-7-2020 01:07 PM
Nak buat mcmana. Dah virus ni pun bkn virus biasa. Ikut je la sop yg ada.
Quote damsel_fiji 19-7-2020 01:11 PM
jazaa100 replied at 19-7-2020 01:07 PM
Kannn.....

Pandai ckp ganu je, org melayu dah kagum.....org melayu kecik kecik pandai ckp omput ...

salah melayu la cepat sgt terkagum..pdhl nobody jah mamat ni kat UK sana..dtg malaysia terus disanjung2 gituhh
Quote batmana 19-7-2020 01:11 PM
dia tk paham bahasa agknye

Quote darkness 19-7-2020 01:15 PM
Seriously...otak mana
Quote BicaraHatiku 19-7-2020 01:27 PM
Kayangan jugak ke Mat Dang...rakyat Msia pun byk x masih x dpt solat.Mentang2 dah status mini selebriti ni asyik mengomel je kan..so feeling entitled.  
Quote Supersirap 19-7-2020 01:48 PM
Harap bersabar ya, yang penting SOP perlu diamalkan selalu
Quote Normabaru 19-7-2020 01:56 PM
jazaa100 replied at 19-7-2020 01:07 PM
Kannn.....

Pandai ckp ganu je, org melayu dah kagum.....org melayu kecik kecik pandai ckp omput ...

Khennsss

Dtg sini sehelai sepinggang tup2 dpt jd duta vm2020 peringkat neg tganu.. Pdhl bkn reti ape pun.. Sume yg dia bt tu for himself.. Rhyss tu lg sekor. Nasib gumuk. Klu x jd wakil gk tu.. Bangsa kita mudah ter impress dgn org luar. Jati diri kurang. Kayu jati je byk
Quote mejaputih 19-7-2020 02:07 PM
Ikut je arahan matdang oiii..kalau tak suka sila balik ke UK..ntah2 kat sana sng kena covid org2 mcm kamu susah nk follow arahan...sori mod ipes2..iols x suka org yg byk komplen benda yg baik ni..
Quote torres9 19-7-2020 02:25 PM
Sepatutnya bagi je la dah dapat pr kot.. bukannya warga asing jual kat pasar bercampur kebersihan tak jaga, sop takde.. Mualaf pulak tu
Quote muraicomey 19-7-2020 02:30 PM
Kagum dengan dia, mualaf tapi bersungguh nak ke masjid. Nampak keikhlasan peluk islam.

Lihat semua komen(189)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.368937 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top