CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar 16 Tahun Campak Bayi Baru Lahir Atas Bumbung

19-7-2020 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3605| Komen: 3|Original author: R2D2

Description: Seorang bayi lelaki yang masih hidup dan bertali pusat ditemukan berlumuran darah di bumbung sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Seri Dermawan, Bercham, Ipoh.
Seorang bayi lelaki yang masih hidup dan bertali pusat ditemukan berlumuran darah di bumbung sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Seri Dermawan, Bercham, Ipoh.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, bayi tersebut dicampak oleh seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dari tingkap biliknya, berketinggian sembilan meter yang terletak di tingkat dua.

"Seorang saksi yang juga jiran suspek mendengar bunyi kuat seperti benda terjatuh di bahagian bumbung rumahnya dan kemudian menemukan bayi berkenaan sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya yang menerima panggilan daripada orang awam pada jam 12.35 tengah hari.

Gambar Hiasan
Harian Metro melaporkan, hasil pemeriksaan mendapati terdpat kesan tompokan darah pada jeriji tingkap serta cadar di bilik suspek yang masih belum ke sekolah kerana baru berpindah sebulan ke rumah tersebut dari Batu Caves, Selangor.


Bayi berkenaan kini dalam keadaan kritikal dan cedera pada bahagian kepala.

Dia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal, Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh.

"Suspek dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan lanjut. Keterangan lanjut belum diterima kerana remaja itu dalam keadaan lemah akibat mengalami pendarahan selepas melahirkan bayi berkenaan."

Ibu bapa dan dua adik suspek tidak mengetahui tentang kehamilan remaja tersebut. Sebelum kejadian suspek tidak menunjukkan petanda mahu melahirkan anak sebaliknya baru sahaja memberitahu datang haid. -CARI
1

Bagus
8

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 19-7-2020 07:24 AM
Dah ada
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1208162&mobile=2
Quote FanTasyCreaTioN 19-7-2020 08:00 AM
Thread dah ada :

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1208162

Quote FanTasyCreaTioN 19-7-2020 08:13 AM
nazzse replied at 19-7-2020 07:24 AM
Dah ada
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1208162&mobile=2
Jika ternampak atau tahu ada 2 Thread yang sama ...

Boleh tekan Report supaya tak terlepas pandang camni..

Terimakasih yer...

Boleh baca sini kalau nak faham dan nak nymbang pasal ni...

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1143136&page=56#pid71256648

Terimakasih juga kat @R2D2 yang buat Report







Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.044191 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top