PAS berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana membuka kertas siasatan terhadap Siti Kassim berhubung kenyataannya yang disifatkan menyentuh sensitiviti agama, baru-baru ini.
Memetik Harakah Daily, Ketua Penerangannya, Kamaruzaman Mohamad berkata, pihaknya yakin PDRM akan melakukan siasatan seadilnya terhadap kelancangan peguam dan aktivis berkenaan mengeluarkan kenyataan yang mampu mengancam keharmonian kaum. "PAS berharap perkara yang mengancam kesucian dan kedudukan Islam sebagaimana dijamin oleh perlembagaan perlulah ditangani dengan pantas dan berkesan. Sebagai anggota masyarakat prihatin, tiada ruang kompromi sepatutnya diberikan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan keadaan tidak harmoni dalam negara. "Semoga kesucian agama Islam terus terpelihara dengan lahirnya ramai generasi al-Quran yang baik melalui institusi tahfiz al-Quran. Dan semoga keharmonian kaum yang diamalkan masyarakat Malaysia terus berkekalan dengan berpandukan perlembagaan negara," katanya. - CARI
|
dodolgemok: Bukan ke diberitahu haritu kenyataan acik kassim diputar oleh blog2 murahan babitrooper utk menghentam acik kassim? Semoga beliau beroleh kemenangan b ...
dodolgemok replied at 19-6-2020 08:04 AM
Bukan ke diberitahu haritu kenyataan acik kassim diputar oleh blog2 murahan babitrooper utk menghent ...
ADVERTISEMENT