Tindakan sekumpulan wanita mencetuskan panik di kalangan pengunjung apabila sengaja menunjukkan kebolehan menari mereka di atas jambatan kaca di China. Jelas kelihatan riak cemas di wajah pengunjung dalam satu rakaman yang menunjukkan keadaan jambatan setinggi 120 meter di Hangzhou, Zhejiang itu bergegar kuat akibat perbuatan mereka.
Kedengaran juga seorang pengawal keselamatan menjerit meminta kumpulan terdiri daripada wanita pertengahan usia terbabit menghentikan tindakan bodoh mereka. "Berhenti menari! Nanti jambatan ini runtuh!" jerit seorang pengawal keselamatan yang cemas dengan keadaan itu. Menurut laporan Daily Mail, penari terbabit dipercayai sedang menari untuk aplikasi Douyin yang sama seperti Tik Tok. Difahamkan, kejadian itu dirakam seorang pengunjung yang kemudian dimuat naik ke media sosial sebelum tular dan mencetuskan kemarahan netizen.
Orang ramai menyifatkan kumpulan berkenaan sebagai tidak bertamadun kerana membahayakan nyawa pengunjung lain, sekali gus menggesa supaya mereka dilarang daripada memasuki mana-mana lokasi tarikan pelancong. - CARI
|
adm7: Dah tua pun bodoh
ADVERTISEMENT