CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kompaun Ibu Bapa Bawa Anak Keluar Masa PKPB - Gerakan

19-5-2020 04:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2963| Komen: 8

Kecewa melihat kehadiran kanak-kanak di pusat beli-belah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mencadangkan agar ibu bapa dikenakan kompaun.


Menerusi satu kenyataan hari ini, presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai kecewa dengan tindakan segelintir ibu bapa yang tidak menghiraukan risiko bakal dihadapi anak mereka biarpun dalam tempoh PKPB.


Kredit foto: IG Dr Dominic

“Maka adalah lebih baik pihak kerajaan mempertimbangkan undang-undang untuk mengetatkan pertambahan kluster kanak-kanak. Contohnya dengan mengenakan notis peringatan dan kompaun terhadap ibu bapa yang ingkar”

“Tindakan ini wajar dilaksanakan segera kerana ibu bapa serta anak-anak mereka membanjiri pusat membeli-belah sejak kebelakangan ini," katanya yang berharap kerajaan mempertimbangkan solusi berkesan bagi mengurangkan pertambahan kluster dalam kalangan kanak-kanak.




Sementara itu, Harian Metro melaporkan tiada prosedur operasi standard (SOP) yang melarang ibu bapa membawa anak ke pusat beli-belah buat masa ini.

Bagaimanapun, perkara itu masih dalam perbincangan dengan mengambil kira beberapa implikasi.

"Kalau mereka dihalang bawa anak ke pusat beli-belah, boleh dikenakan kompaun jika tetap membawanya selain di mana mereka hendak tinggalkan kanak-kanak itu jika hendak ke pusat beli-belah.

"Kalau bawa kena saman, kalau kunci dalam rumah mungkin berlaku sesuatu dan kalau tinggal dalam kereta takut kes kematian.

"Jadi banyak perkara, kita pertimbangkan beberapa isu. Buat masa ini kita minta KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dengan MKN (Majlis Keselamatan Negara) berbincang semula lebih lanjut," kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazida 19-5-2020 05:47 PM
Boleh bawak tp duk diam diam dlm kereta. Yg xde kereta tu tak usahla berangkut naik public transport bagai. Cukup ko bawak ukuran bahu dgn labuh ank kau je.
Quote Cassieopeia 19-5-2020 06:38 PM
setuju!!! td aku g tesco ioi beli brg sejam stgh dh blk tak tolak baris nk msk kedai tu. tgk2 slumber je mak pak bwk anak2 kecik siap berstroller bagai
Quote salmon-suki 19-5-2020 06:57 PM
Setuju je..xkan laa nak pilih baju raya pun nak berangkut satu family?skrg ni new norm,kena biasakan diri.

Selagi xde assurance y covid ni hilang,selagi tu kena hidup dlm rules new norm ni..y bawak baby tu mmg plainly stupid..kurus pahala pose ai duk marah2 ni. Alahaiiiii~
Quote RatuDunia94 20-5-2020 12:39 AM
salmon-suki: Setuju je..xkan laa nak pilih baju raya pun nak berangkut satu family?skrg ni new norm,kena biasakan diri. Selagi xde assurance y covid ni hilang,sela ...


Berangkut bawa anak beli baju raya bukan boleh fitting pon sekarang. Semua kena main agak2 ikut ukuran je.. dh x boleh fitting2 mcm dulu lg..
Quote sarahmirza 20-5-2020 11:58 PM
Cassieopeia replied at 19-5-2020 06:38 PM
setuju!!! td aku g tesco ioi beli brg sejam stgh dh blk tak tolak baris nk msk kedai tu. tgk2 slumbe ...

So far tak pernah jumpa lagi parents bawa anak kecik keluar masa beli barang. Kalau ada, pasti akan dapat pandangan semacam dari i yang buat dia (parents) serba salah. Hahahaha
Quote iminidin 21-5-2020 12:00 AM
Renyah bawak budak. Sejenis suka membelek segala barang2. Sentuh mcm2.

Kesian mmg la kesian.. Terkurung dlm rumah selama ni. Better ko sabar skrg.. Dr ko kna sabar melihat dia menderita di katil hospital..

Quote monsterwife 21-5-2020 04:23 AM
Diharap siketiak lecak please take note ye
Quote acikhan 21-5-2020 06:26 AM
Semalam Haku g kedai terpaksa tinggal ank2 kat umah 3 org, pg 2 kedai mcm running man dah Haku rasa sampai org belakang n cashier Tanya kenapa Haku kelam kabut sgt, haku nk cpt coz tinggal ank2 kat umah nie... Dari start pg, dlm keta dlm kedai sambil pilih brg otak pikir ank2 je sambil berdoa dah sampai umah lega dpt jumpa ank2...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.042122 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top