Kedengaran seperti lucu, tetapi ia adalah realiti masyarakat kita hari ini. Yang dilarang itulah yang dilakukan segelintir umat Islam walaupun menyedari ianya satu kesalahan. Sementelah bulan Ramadan yang sepatutnya menjadi medan kekuatan iman untuk menahan lapar, dahaga dan keinginan di siang hari disalahguna terutamanya pasangan suami isteri yang masih 'berdarah panas'. Persoalan yang sering timbul adalah apa yang harus dilakukan apabila telah 'bersama' ketika azan subuh berkumandang. Inilah yang dikupas seorang Amil Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Faisal Rahim Menurut Faisal lagi, trend membimbangkan ini mungkin disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga tujuh minggu yang membuatkan pasangan suami isteri muda ini terjebak melakukan kesalahan. Dan untuk info, kebanyakannya berlaku selepas sahur hingga terlajak ke waktu subuh. Untuk itu, Faisal turut memberikan beberapa tip kepada pasangan yang telah terlajak ini menyelesaikan kaffarah mereka iaitu perlu berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Jika tidak mampu, mereka perlu memberi makan kepada 60 orang miskin. Jika tidak mampu menyelesaikannya sendiri, boleh membayar kepada Majlis Agama dengan kadar RM600 bagi satu kesalahan. Justeru, banyak persoalan lain turut dilontarkan warganet mengenai isu kaffarah ini. Malah, ada yang turut berjenaka mengenai 'bersama' hingga ke waktu imsak ini. |
crazybeach: tak cukup ke bersedapan sampai berapa round lepas dah berbuka tu? dengan terkejar kejar nak prepare sahur lagi? ke memang guna produk ni aampai subuh ...
crazybeach: tak cukup ke bersedapan sampai berapa round lepas dah berbuka tu? dengan terkejar kejar nak prepare sahur lagi? ke memang guna produk ni aampai subuh ...
ellez replied at 5-5-2020 06:56 PM
Ermmm..awal2 puasa ritu pun hampir terjebak jugak..sebbaik lah sempat mandi kami berdua..dah 4am lbh ...
RatuDunia94 replied at 5-5-2020 02:28 PM
Tp memang lah.. bila berpuasa siang hari tu ras nafsu bergelor sangat.. tp bila malam entah mcm xde ...
ADVERTISEMENT