CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Masih Terkawal - RapidKL Kongsi Gambar Hari Pertama PKPB

5-5-2020 11:18 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6842| Komen: 27|Original author: Oleh: natrahn


Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula semalam, 4 Mei 2020, pengangkutan awam seperti transit aliran massa (MRT) dan transit aliran ringan (LRT) telah kembali beroperasi dengan syarat, penyedia perkhidmatan serta pengguna diwajibkan mematuhi garis panduan ditetapkan kerajaan, antaranya termasuklah penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri.

Akaun Twitter rasmi @MyRapidKL telah memuat naik beberapa gambar keadaan stesen berkenaan.


Kredit foto: @MyRapidKL

Menurut RapidKL lagi, penumpang mulai ramai bermula jam 8 pagi, namun keadaan masih terkawal. 


Kredit foto: @MyRapidKL

Tinjauan mendapati, rata-rata orang ramai menjadi penumpang yang bertanggungjawab dan beratur mengikut jarak sosial selamat serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Malah, dapat dilihat penumpang mengamalkan pemakaian penutup hidung dan mulut ketika berada di tempat awam.

Selagi penawar COVID-19 belum ditemui, orang ramai dinasihatkan untuk membiasakan diri dan mempraktikkan norma baru dalam kehidupan dan cara kerja bagi memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat terus dibendung. 

Ini adalah amat penting sekali agar semua usaha yang telah dijalankan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 selama ini tidak sia-sia. - CARI
2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 5-5-2020 11:38 AM
Video yg meme puaka kongsi semlm tu yg lama rupanya... Aku mcm pelik.. Takkan ramai gila mcm tu
Quote Artemesiaa 5-5-2020 11:43 AM
Syabas hari pertama ia berjalan dengan jayanya moga hari ini dah hari2 seterusnya pun macam tu juga
Quote Tinot7 5-5-2020 11:49 AM
Okies, wiken ni iols nak cuba naik lrt.. ngehehe
Quote AbukRokok 5-5-2020 11:53 AM

da mcm robot... bila nk sampai tu yg belakang2

ni blum full swing lg...jalan raya peak hour pun masih hijau lg
Quote kucim 5-5-2020 11:58 AM
sarah82 replied at 5-5-2020 11:38 AM
Video yg meme puaka kongsi semlm tu yg lama rupanya... Aku mcm pelik.. Takkan ramai gila mcm tu

Berdedai2 hmpir 300 ekor nak serbu kenanga whosale mall..giler nk cr baju raya
Quote MsKathryn 5-5-2020 12:29 PM
Tu baru first day...  harap2 pasni pn mcm tu gak
Quote sarah82 5-5-2020 12:30 PM
kucim replied at 5-5-2020 11:58 AM
Berdedai2 hmpir 300 ekor nak serbu kenanga whosale mall..giler nk cr baju raya

Tu katanya pekerja kenanga
Quote monreyes 5-5-2020 12:31 PM
kat tiang tgh2 gerabak tu xde line merah...
ada jugak yg berdiri situ...
Quote Megikari 5-5-2020 12:45 PM
Macam pelik + kelakar pulak tengok malaysians tiba2 sopan santun beratur elok2 bila nak naik lrt. Lepas habis virus ni  harap dikekalkan la ye disiplin sebegini
Quote RatuDunia94 5-5-2020 01:08 PM
Ini baru 30-40 peratus je yg nail LRT. Sbb masih ramai yg belum mula kerja. Ada yg WFH..
Quote dubuk 5-5-2020 01:20 PM
pulang lah berhari rayaaaaaaaaaaaa
Quote lurve82 5-5-2020 01:24 PM
sungguh displin rakyat Malaysia bile tgk gmbr2 ni...bagus lah...teruskan...
Quote krustykrab 5-5-2020 01:36 PM
kucim replied at 5-5-2020 11:58 AM
Berdedai2 hmpir 300 ekor nak serbu kenanga whosale mall..giler nk cr baju raya

Katanya bukan customer tp staff nk clocked in...
Quote krustykrab 5-5-2020 01:37 PM
monreyes replied at 5-5-2020 12:31 PM
kat tiang tgh2 gerabak tu xde line merah...
ada jugak yg berdiri situ...

Kalau nk ikut sgt jarak ni... Mampuih la org nk gi keje...yg penakut sgt tu mohon duk rumah sajalah
Quote insulin 5-5-2020 01:42 PM
Aku doakan yang baik2 untuk semua Malaysian citizen yang dah start kerja minggu. Semoga terlindung dari ancaman virus covid19.
Quote AbukRokok 5-5-2020 02:00 PM
krustykrab replied at 5-5-2020 01:37 PM
Kalau nk ikut sgt jarak ni... Mampuih la org nk gi keje...yg penakut sgt tu mohon duk rumah sajala ...

yg takut tu berenti kerja je
skrg pg kerja adalah perjuangan
anda meneeee atau anda tewas


Quote Anne.W 5-5-2020 03:17 PM
Gambar tular lrt sesak yang dorg ckp palsu tu i perasan ade a few pki mask.. maybe pic b4 pkp kot
Quote ghirardelli 5-5-2020 03:18 PM
Tinot7 replied at 5-5-2020 11:49 AM
Okies, wiken ni iols nak cuba naik lrt.. ngehehe

station mana? waktu?

heeeeeeee
Quote darkness 5-5-2020 03:54 PM
Salah satu sebabnya pendatang2 asing dah balik negara dorang...sesetengah tempat pula perintah berkurung. Cuba kalau pendatang ni sama2 naik. Dahlah adab xda...suka menghimpit perempuan..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.061702 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top