CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PKPB: Kedai Pajak Gadai Diserbu, Kerajaan Digesa Kaji Semula Kemiskinan Negara

5-5-2020 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18513| Komen: 182

Kerajaan digesa menggunakan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) untuk mengukur semula kemiskinan dan ketidakseimbangan dalam masyarakat.

Perkara itu disarankan Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris yang menyifatkan ramai lagi golongan terlepas pandang.



Kredit foto: FB

Katanya, golongan miskin bandar juga perlu dijadikan focus group memandangkan kualiti hidup mereka lebih mudah terjejas.

Tegasnya, jika tiada tindakan daripada kerajaan seperti meningkatkan taraf isi rumah B40 ke arah masyarakat kelas menengah, jurang pendapatan antara rakyat akan meningkat.

"Tiada gunanya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat dan berkembang pesat, tetapi jurang pendapatan antara rakyat semakin meluas hingga menyebabkan ada yang ketinggalan," tulisnya di Facebook.


Loading FB Post...


Beliau berkata demikian selepas hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyaksikan kedai pajak gadai di beberapa lokasi sekitar bandar diserbu orang ramai.

“Ramai di kalangan mereka menggadaikan barangan kemas kerana simpanan sudah kurang disebabkan tidak dapat bekerja untuk tempoh yang lama, khususnya golongan bergaji hari. Malah, ada yang diberhentikan kerja,” katanya dalam kenyataan kepada media yang dipetik dari MalaysiaGazette.

Tambahnya, Bank Negara Malaysia (BNM) juga mendapati rakyat cenderung berbelanja lebih kerana kos sara hidup semakin tinggi membuatkan 75 peratus daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan sebanyak RM1,000. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 4-5-2020 06:37 PM
Shopping raya..  
Quote nuno 4-5-2020 06:41 PM
Gadai suami/isteri ke tuh?hihi
Tokey u kasi angkat ini orang saya kepala sudah stress
Ini duduk rumah asik main game/tido
Ini duduk rumah masak pun malas/tiktok
Quote damsel_fiji 4-5-2020 06:42 PM
oklah ada emas boleh digadai..yg xde apa2 tu camna lah agaknya
Quote sarah82 4-5-2020 07:08 PM
Hari ni emas harg MYR207.20 per gram.

Aku bersangka baik.. Depa gadai utk kegunaan menampung kehidupan harian.. Bukan bershopping raya..
Quote dudaberhias 4-5-2020 07:44 PM
kesian pada mereka yang kena gadai emas... tapi at the same time kalau bagi meols... meols akan jual jugak sebab time ni emas tengah naik mencanak2... lepas covid ni obviously la akan turun balik...
Quote Tinot7 4-5-2020 07:56 PM
Semoga dipermudahkan urusan.
Quote sh00 4-5-2020 08:02 PM
Siang tadi pegi bank, sebelah pajak gadai..beratur panjang..lagi panjang drpd barisan kat bank..boleh masuk sorang je, tu yg jadi panjang. Pkl 3 dah tutup, jenuh berketuk2 tadi mana yg sampai lambat
Quote R2D2 4-5-2020 08:20 PM
emas Zhulian utk apa sebenarnya
Quote missus_meow 4-5-2020 08:32 PM
kalo xde lg emas yg boleh dipajak, ape nasib yg terlibat ...
Quote sarah82 4-5-2020 08:49 PM
dudaberhias replied at 4-5-2020 07:44 PM
kesian pada mereka yang kena gadai emas... tapi at the same time kalau bagi meols... meols akan jual ...

Patut beli skrg atau tgg covid-19 ok dulu? Iols ingat nak beli gold bar/coin buat simpanan
Quote namieamuro 4-5-2020 08:52 PM
sarah82 replied at 4-5-2020 08:49 PM
Patut beli skrg atau tgg covid-19 ok dulu? Iols ingat nak beli gold bar/coin buat simpanan

bru nk tnye soalan ni.uols sll beli kt mne
Quote dudaberhias 4-5-2020 08:54 PM
sarah82 replied at 4-5-2020 08:49 PM
Patut beli skrg atau tgg covid-19 ok dulu? Iols ingat nak beli gold bar/coin buat simpanan

dah Terlambat nak beli uolsss... Harga naik gila2, tunggu lepas pandemik dia turun balik baru beli. Time ni baik uols beli saham aston martin yang tengah turun tu. Kalau naik nanti 5x keuntungan
Quote sarah82 4-5-2020 08:54 PM
namieamuro replied at 4-5-2020 08:52 PM
bru nk tnye soalan ni.uols sll beli kt mne

Iols x pernah beli emas.. Sebab tak minat.. Tapi sejak covid-19 ni mmg iols terfikir nak beli emas..yg 1 gm tu.. Beli sikit2 setiap bulan..
Quote dudaberhias 4-5-2020 08:55 PM
namieamuro replied at 4-5-2020 08:52 PM
bru nk tnye soalan ni.uols sll beli kt mne

Kalau tak nak simpan physical gold boleh beli dari broker emas online @dino ada share haritu apa nama dia entah.
Quote sarah82 4-5-2020 08:56 PM
Ni aku check harga pajak emas kat ar rahnu

https://www.arrahnu.my/

Kalau ada forumer sini nak pajak emas sebab mslh kewangan.. Better check harga kat website aku share dulu.
Quote namieamuro 4-5-2020 08:56 PM
sarah82 replied at 4-5-2020 08:54 PM
Iols x pernah beli emas.. Sebab tak minat.. Tapi sejak covid-19 ni mmg iols terfikir nak beli emas ...

i beli yg 1gm tu la..tp sejak rega naik tak beli2 lg..nk tau gak waktu ni sesuai atau x nk membeli emas..
Quote sarah82 4-5-2020 08:57 PM
dudaberhias replied at 4-5-2020 08:54 PM
dah Terlambat nak beli uolsss... Harga naik gila2, tunggu lepas pandemik dia turun balik baru beli ...

Iols x tau bab saham.. Kira simpan dulu la duit.. Nampaknya kena simpan cash dlm rumah juga.
Quote namieamuro 4-5-2020 08:57 PM
dudaberhias replied at 4-5-2020 08:55 PM
Kalau tak nak simpan physical gold boleh beli dari broker emas online @dino ada share haritu apa n ...

kne calling2 @dino ni..hrp bole share kt sini
Quote sarah82 4-5-2020 09:00 PM
namieamuro replied at 4-5-2020 08:56 PM
i beli yg 1gm tu la..tp sejak rega naik tak beli2 lg..nk tau gak waktu ni sesuai atau x nk membeli ...

Ni baru nak menyimpan.. Huhuhu.. Harga pun dah naik 200++ skrg

Lihat semua komen(182)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.055067 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top