CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Produk dUCk Laku Keras Dalam Masa 30 Minit, Eh Bukan Netizen Boikot Ke?

5-5-2020 09:41 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 18388| Komen: 108|Original author: Oleh: natrahn

Description: Akhir-akhir ini, terdapat kempen dalam media sosial oleh segelintir pihak supaya memboikot barangan keluaran sesuatu jenama yang melibatkan beberapa isu sensitif seperti agama dan perkauman ataupun si ...


Akhir-akhir ini, terdapat kempen dalam media sosial oleh segelintir pihak supaya memboikot barangan keluaran sesuatu jenama yang melibatkan beberapa isu sensitif seperti agama dan perkauman ataupun sikap peribadi pengeluar barang tersebut.

Selain isu boikot produk Jakel, netizen juga bersepakat kononnya mahu memboikot produk keluaran Vivy Yusof kerana ada beberapa kontroversi membabitkab usahawan itu yang didakwa memperlekehkan nasib B40 hinggalah dituduh meniru idea rekaan tudung.

Namun ia ternyata cakap kosong! 

Jenama dUCk baru saja meraikan ulang tahun keenam dan mereka telah mengeluarkan enam produk istimewa edisi terhad buat pelanggannya. Produk keluaran terbaru dari jenama dUCK itu katanya telah habis dijual dalam masa 30 minit sahaja. Eh tak jadi boikot ke?




Malah, difahamkan pelanggan berlumba-lumba untuk mendapatkan produk ini sehinggakan laman sesawang Fashion Valet mengalami kesesakan.



Menerusi Instastory, Vivy berkongsi kegembiraan para pelanggan yang berjaya mendapatkan produk istimewa ini.


Kredit foto: IG

Istilah boikot daripada netizen sebenarnya tidak memberi apa-apa impak pun kepada sesebuah perniagaan. Melihat kepada fenomena ini, ternyata kuasa membeli bukanlah terletak pada netizen. 

Mungkin hal sama akan berlaku pada Jakel. Rezeki masing-masing, siapalah kita untuk menentukannya. - CARI
2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 5-5-2020 10:18 AM
gi oversea pakai topi duck sebesar alam..malu oii
kalau known brand tu takpela jgk, dah semua org kenal
Quote Ina8895 5-5-2020 10:20 AM
Netizen memang buduh
Quote Anne.W 5-5-2020 10:26 AM
Well klu stock cuma 10unit.  Pastu fake buyer bli.. Mmg la out of stock
Quote Megikari 5-5-2020 10:35 AM
Maka gigih la bbnu, umat m40 dan bottom t20 berebut2 beli utk tayang kat ig masing2. Korang rasa orang yg betul2 kaya nak ke pakai brand duck? Jangan kira artis la, sbb diorg mmg dpt free
Quote annehuda 5-5-2020 10:39 AM
Stok terhad. Kalau jual 10, yg beli 10,mmg la sold out
Quote Cyempaka 5-5-2020 10:40 AM
serius ke tak segan pakai tudung tulis duck duck duck duck duck duck gitu..
Quote sarah82 5-5-2020 11:00 AM
Semua org tau.. Trick lama..ada 10 saja.. Dan kwn2 saja beli.. Tu yg sold out
Quote Tinot7 5-5-2020 11:10 AM
Sold out cepat sbb mmg barang sikit.
Quote biozipstar 5-5-2020 11:19 AM
kawan aku peminat duck tapi x update pulak pembelian ni... haha... nampak sgt mmg stok sikit kot
Quote KIM.K 5-5-2020 11:30 AM
Buat 5 set pastu kawtim suh ps belikan
Esok pagi sold out

Katakan ada pereka ghana yang buat jenama ROAR pastu duk pakai print tu merata tv
Quote MadameOnion 5-5-2020 11:33 AM
pprt sangat pakai duck
Quote saladin780 5-5-2020 11:41 AM
trick basi hasil didikan zizan semang kan..nk bg nmpk produk ko laku..
Quote naina 5-5-2020 11:43 AM
after all of this..masih lagi nak mmbeli duckiest..segan lerr
mcm jakel. klu masuk dikatakan budus..sbb jilat ludah yg mereka dah hina tuu
Quote KekDurian 5-5-2020 11:49 AM
Hahaha..takat stok skit pastu sold out, pebenda weyhh.. dahla tudung ngn print mcm wrapper balut burger je rupa.. lawak2..
Quote JDT 5-5-2020 11:54 AM
KekDurian replied at 5-5-2020 11:49 AM
Hahaha..takat stok skit pastu sold out, pebenda weyhh.. dahla tudung ngn print mcm wrapper balut bur ...

Aah ya...macam gift wrappings juga.
Quote adeqo 5-5-2020 12:06 PM
sapa penah shopping kat fv.. mmg kita tak tau ea bape lg stock tinggal?

klau kat shoppee kat ade kann selalu..
Quote any42 5-5-2020 12:06 PM
KekDurian replied at 5-5-2020 11:49 AM
Hahaha..takat stok skit pastu sold out, pebenda weyhh.. dahla tudung ngn print mcm wrapper balut bur ...

eh i pun tfikir sama nmpk mcm wrapper. ok lettew pembeli punya la burgermbira dpt balut kepala dgn duck
Quote coco 5-5-2020 12:13 PM
gi vietnam je... tak yah berebut.
Quote lil_honey 5-5-2020 12:25 PM
duck ni patut stop kan dulu pengeluaran. dah jadi tak esklusif barang2 dia..
dah la masa first tgk product ni mcm gucci je.

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.202483 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top