CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tiada Siapa Berani Dekat - Pak Cik Tua Hidup Daif Lebih Setahun Di Parking PPR

5-5-2020 10:13 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6133| Komen: 12|Original author: Oleh: natrahn


Ujian atau musibah yang berlaku ke atas orang lain, sebenarnya ujian kepada diri kita juga. 

Bagaimanakah cara kita melihat ujian yang menimpa orang lain? Adakah dengan hanya memandang dengan simpati atau menghulurkan bantuan kepada mereka?

Menerusi laman Twitter, Nina telah berkongsi kisah seorang lelaki tua yang menjadikan tempat meletak kenderaan di kawasan rumahnya di Blok A, PPR Raya Permai, Sungai Besi, Selangor sejak setahun lalu sebagai tempat tinggal.


Kredit foto: Twitter Nina


Sehingga kini, tiada bantuan atau tindakan daripada pihak atasan kepada lelaki tersebut walaupun persatuan penduduk kawasan perumahannya telah membuat aduan berkaitan.




Jadi, Ina memohon warga maya mengulang kicau kisah ini agar ia segera mendapat perhatian pihak berwajib.


Kredit foto: Twitter Nina

Warga maya mencadangkan agar Nina mendapatkan pertolongan daripada Ustaz Ebit Liew dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Anuar Musa.

Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan pelbagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." 

(Surah At-Taghaabun 64 : 11)

Setakat artikel ini ditulis, masih tiada perkembangan terkini mengenai bantuan untuk lelaki tersebut. Terima kasih pada Nina yang prihatin.

Semoga cepatlah bantuan tiba untuk lelaki tua ini. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antidote 5-5-2020 10:39 AM
Sian nya pakcik ni. Mcm mna sahur, berbuka, mkn ke tak tu
Quote cewekbopot 5-5-2020 10:53 AM
mungkin di hari2 lain pun dia berpuasa....
Quote naina 5-5-2020 11:15 AM
macam kena halau ahli keluarga je,atau pon musibah bsnes down, atau pon kifarah,atau pon..emm uolss sambunglah sndri.
Quote Sazida 5-5-2020 11:28 AM
Baru harini sibuk nk tolong lepas byk kes tlg org viral? Setahun pakcik tu kt situ, skrg bru rasa xtakut?
Quote Tinot7 5-5-2020 11:42 AM
Semoga ada yg bantu dia
Quote mily 5-5-2020 12:22 PM
Cuba tanya...selidik..jgn main anggap je..
Kita x tahu permasalahan org lain..

Takut jd mcm kes yg mcm hr tu je...yg rumah keliling sampah tu..
Quote meow_tompok 5-5-2020 01:59 PM
selalunya pengerusi persatuan penduduk & staff building management amik tindakan approach pakcik ni tgk apa yg perlu
Quote Cassieopeia 5-5-2020 05:01 PM
setaun dh gini, Allah kesiannya dia.. penduduk tu buat aduan dp siapa utk dpt bantuan? takkan xde yg nk bantu? adun, jkm, erm moga mudah urusan pakcik ni..
Quote Artemesiaa 6-5-2020 12:16 PM
Dah lama dalam keadaan macam tu pihak pengurusan bangunan tak siasat atau bantu dia dapat tempat penginapan yang lebih selesa dan sesuai ke
Quote Supersirap 6-5-2020 05:16 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote jazaa100 8-5-2020 03:34 PM
naina replied at 5-5-2020 11:15 AM
macam kena halau ahli keluarga je,atau pon musibah bsnes down, atau pon kifarah,atau pon..emm uolss  ...

Rumah dah letak nama ank...pastu ank dah kwin...menantu tak suka bapak dok sekali......

Mana lg nk pegi?......
Quote Qumpy 9-5-2020 10:31 AM
Aduhhh kesiannya

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.035278 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top