CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siapa Top 5 Paling 'High Fashion' Majalah Blu Inc? Jom Semak

5-5-2020 09:57 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 31463| Komen: 212|Original author: Oleh: Cari-Azza



Penutupan syarikat penerbitan Blu Inc yang menghasilkan majalah ikonik fesyen sejak 2004 mengejutkan ramai pihak. 

Sementelah lagi bagi selebriti yang pernah bekerjasama dengan majalah Glam dan EH!, ianya begitu terkesan di hati mereka. Manakan tidak, sebelum ledakan media sosial, majalah sebeginilah yang menjadi tatapan generasi ketika itu.

Dan setiap artis yang pernah menjadi penghias muka depan majalah (cover) gah ini diakui sebagai pelaris. Populariti mereka juga bukan calang-calang kerana 'covergirl' bukan sekadar perlu cantik, tetapi ada cerita yang boleh dijaja.

Oleh itu, penulis telah melayari laman Instagram beberapa artis dan meletakkan nombor pada hasil karya penghias muka depan ini. Ia dinilai berdasarkan tatarias, konsep 'cover' dan juga impak mereka terhadap industri itu sendiri. Jom kita mulakan.



No.13 - Nampak 'simple' dengan hanya tajuk mengenai Vivy sahaja, tetapi agak menampakkan leher Vivy yang panjang - IG

NO.12 - Siapa kata generasi majalah tidak berani bergaya? Buktinya, Nabila Huda & Sazzy Falak digayakan dengan rambut mengerbang tapi memang sangat menarik - IG

No.11 - Menjelang era milinium, Sarimah Ibrahim kelihatan sangat jelita untuk 'cover' Eh! - IG

No.10 - Ianya memang Yuna, gaya Indie yang sangat ikonik - IG

No.9 - Antara artis berhijab yang sentiasa menjadi pilihan sebagai 'covergirl', banyak bermain dengan reaksi wajah kerana saiz Elfira yang kecil molek - IG

No.8 - Memang untuk Diana Danielle tidak perlu berlebihan gaya kerana dia sememangnya sudah cantik - IG

No.7 - Sesuai dengan taraf sosialite, gaya bersama jenama mewah ini sangat dekat dengan Marion Caunter - IG

No.6 Dari ikal mengurai hingga ke hijabi, Neelofa juga antara pelaris muka depan majalah - IG

No.5 - Cover ini juga memaknakan 'multitask' Fazura sebagai anak seni. Jadi bukan calang-calang artis untuk konsep sebegini ya - IG

No.4 - Sebenarnya ada banyak cover Nora Danish, tapi yang ini menampilkan auranya sebagai wanita elegan, ala-ala seniwati - IG

No.3 - Tiada siapa mampu menyangkal gaya  peragawati Scha Al-Yahya yang menghidupkan pelbagai watak dan hanya supermodel yang boleh membuat mimik sebegitu di cover tanpa orang membenci ya - IG

No.2 - Kelebihan Zahirah Mac Wilson ialah pakej jelita dan tinggi ala supermodelnya. Jadi, setiap covernya memang terletak cantik sama ada solo ataupun berkumpulan

no.1 - cover paling meletup kerana Fasha Sandha yang nampak sangat 'outstanding', malahan seiras JLo, kata peminatnya.

Sebenarnya, ada lagi beberapa selebriti yang hasil karyanya sangat menarik dan 'high fashion' tetapi tidak diletakkan di Instagram mereka seperti Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Lisa Surihani dan lain-lain. Apapun, selepas ketiadaan majalah sebegini, akan ada lagikah hasil karya 'high fashion' untuk kita tatap lagi selepas ini? - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adeqo 5-5-2020 10:13 AM
kenapa blu inc tutup ya?

nak tau gak fact nye..

kira mmg pkp ni terkesan sgt ke ngan bisnes dorg?
Quote Anne.W 5-5-2020 10:22 AM
Suka sgt suh pose 1eye. Elokla melingkop
Quote umbut 5-5-2020 10:26 AM
Yg cover sarimah tu tgh cangkung ke
Quote fadz84 5-5-2020 10:32 AM
I paling suka cover Glam ZZ yang ni..
Webp.net-resizeimage.jpg

Fazura plak byk sbb gambar-gambar dan fashion dia meletop kalau jadi covergirl..

fazuraglam.jpg

fazuraglam2.jpg

fazuraeh.jpg

ehfazura2.jpg

fazuraeh3.jpg

ehfazura.jpg

Tokti plak cover Glam yg ni nampak classy sgt...

glamsiti.jpg


Quote kiah_mai_pulak 5-5-2020 10:35 AM
muka scha tu huduh sgt make up, mcm baru lepas baik dari kena simbah acid..
Quote fadz84 5-5-2020 10:35 AM
adeqo replied at 5-5-2020 10:13 AM
kenapa blu inc tutup ya?

nak tau gak fact nye..

No of circulation x mampu tampung production cost dorg kot...
Quote kiah_mai_pulak 5-5-2020 10:36 AM
adeqo replied at 5-5-2020 10:13 AM
kenapa blu inc tutup ya?

nak tau gak fact nye..

sbb dh tak relevan dh kot physical magazine.. drpd tanggung rugi, baik tutup terus
Quote kiah_mai_pulak 5-5-2020 10:38 AM
jahkulop dari zaman berambut menyeksi, smpai ke zaman serkup karam singh walia raut muka tetapplahhhhh keTUAan.... xda manis langsung...
Quote aikee04 5-5-2020 10:39 AM
still fazura...
Quote lovelytouch 5-5-2020 10:50 AM
Org Malaysia x suka membaca bak kata Wirda Adnan. Dia kata lagi magz ni sepatutnya tak mati sbb dia benda yang fun
Quote fadz84 5-5-2020 11:03 AM
aikee04 replied at 5-5-2020 10:39 AM
still fazura...

Kann.. on point sgt style Fazura Kalau jd covergirl. Tmbh ngn org yg sedia cantik..
Quote adeqo 5-5-2020 11:10 AM
kiah_mai_pulak replied at 5-5-2020 10:36 AM
sbb dh tak relevan dh kot physical magazine.. drpd tanggung rugi, baik tutup terus

kira mmg total tutup la eak?
ke dorg masih ada digital magazine lagi..

tak sangka plak bole mcm ni bisnes nya.. tp ye la sape je lagi beli magazine2 mcm ni.. rakyat kita da la suka benda free..

artis malaysia pun skrg senang utk di iv n utk dilihat kat mana2 platform socmed.  hal kerja or personal life dorg pun kkdg  kte da tau based on ig n utube dorg... free jekkk  
Quote Kancilkering 5-5-2020 11:11 AM
agak agak berapa cost cover shot mag ni...teringat movie devil wears prada....nampak so glamorous....
Quote Abot 5-5-2020 11:13 AM
paling hodoh skali cover hajah {:cryrun
Quote KIM.K 5-5-2020 11:13 AM
Lawa sungguh DD tu effortless beauty

Cover2 fasha pun memang nampak hi class masa zaman kegemilangan
Quote biozipstar 5-5-2020 11:14 AM
zaman majalah EH, setiap 2 minggu aku beli. tapi sebelum EH stop, style penulisan dorang dah berubah mcm x bestlah. hehe.... kalau GLAM aku x pernah baca sbb aku xde masa nak beli majalah ini sbb aku dah stop suka mana2 artis; yelah dah kertu...
Quote adeqo 5-5-2020 11:17 AM
fadz84 replied at 5-5-2020 10:35 AM
No of circulation x mampu tampung production cost dorg kot...

hmmm yelaa.. agak sayang la sbenarnya..

tp tulaa da xde rakyat malaysia nak beli.. so better katup..
Quote lonely_classic 5-5-2020 11:23 AM
Blu inc punya culture pun memang lebih kurang macam movie the Devil Wears Prada.  Kind of toxic environment
Quote awex^returns 5-5-2020 11:24 AM
kiah_mai_pulak replied at 5-5-2020 10:38 AM
jahkulop dari zaman berambut menyeksi, smpai ke zaman serkup karam singh walia raut muka tetapplahhh ...

oh terima kasih kerana sependapat ngan iols
dah lama iols nak cakap muka dia nampak ketuaan
iols ingat iols sorang berpandangan begitu

tapi pemuja dia kata dia ikon fesyen


Lihat semua komen(212)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.260462 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top