Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula semalam, 4 Mei 2020, pengangkutan awam seperti transit aliran massa (MRT) dan transit aliran ringan (LRT) telah kembali beroperasi dengan syarat, penyedia perkhidmatan serta pengguna diwajibkan mematuhi garis panduan ditetapkan kerajaan, antaranya termasuklah penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri.
Akaun Twitter rasmi @MyRapidKL telah memuat naik beberapa gambar keadaan stesen berkenaan.
Kredit foto: @MyRapidKL
Menurut RapidKL lagi, penumpang mulai ramai bermula jam 8 pagi, namun keadaan masih terkawal.
Tinjauan mendapati, rata-rata orang ramai menjadi penumpang yang bertanggungjawab dan beratur mengikut jarak sosial selamat serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Malah, dapat dilihat penumpang mengamalkan pemakaian penutup hidung dan mulut ketika berada di tempat awam.
Selagi penawar COVID-19 belum ditemui, orang ramai dinasihatkan untuk membiasakan diri dan mempraktikkan norma baru dalam kehidupan dan cara kerja bagi memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat terus dibendung.
Ini adalah amat penting sekali agar semua usaha yang telah dijalankan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 selama ini tidak sia-sia. - CARI
|