CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ruhainies Takut Orang Tuduh Menunjuk Hulur Sumbangan

4-5-2020 10:49 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 7676| Komen: 25|Original author: Oleh: top5complete

Prihatin dengan nasib orang ramai yang terjejas akibat wabak Covid-19, pelakon popular Ruhainies berbaik hati membuat sumbangan peribadi kepada suadara-mara dan peminatnya.


Foto: Instagram Ruhainies

Melalui mStar Online, Ruhainies mendedahkan yang dia pada awalnya enggan berkongsi perihal kerja amalnya itu kerana ada sebab tersendiri untuk tidak menghebahkan sumbangan yang diberikan.

"Saya sebenarnya tak mahu bercerita mengenai bantuan yang diberi sebab takut orang salah anggap dan fikir kita hanya nak menunjuk-nunjuk, jadi saya rasa lebih baik bagi secara diam-diam.

"Awalnya saya terima banyak Whatsapp dari kawan-kawan dan peminat di instagram yang bercerita mengenai kesempitan hidup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, bila saya semak memang mereka memerlukan," katanya.


Jelas Ruhainies, dia mendahulukan keluarganya terlebih dahulu sebelum menyalurkan sumbangan kepada peminat yang setia menyokongnya dari dulu.


Foto: Instagram Ruhainies

"Sambil duduk rumah pun saya boleh bantu, antaranya buat review perniagaan peminat di Instagram secara percuma, sekurang-kurangnya dapat membantu menjana pendapatan mereka.

"Saya mahu turun padang menghantar bantuan kepada peminat tapi risiko ada, jadi saya memilih untuk buat pindahan (transfer) wang sahaja," katanya lagi.

Semoga amalan murni Ruhainies ini dapat membantu mereka yang memerlukan. Jangan pula ada yang mengambil kesempatan berlakon menjadi susah. - CARI

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 4-5-2020 11:12 AM
Baguslah kemut
Quote jerukkedondong 4-5-2020 11:21 AM
contohilah kemut..wlu dikecam tayang bf london muka tampal emoji..belakon kayu tp sesungguhnya kemut berhati soci dan molia
Kemut nda perlukan bantuan..malah kemut senyap2 bg bantuan..ko hadee
Quote KIM.K 4-5-2020 12:04 PM
Kemut ni still budak yang baik. Gosip yang dia cipta takde yang kotor2 cuma cringe jelah dgn jenama kemut ntah hapa2
But at least storyline merve sangat takde unsur liar
Quote slyfynx 4-5-2020 12:09 PM
Saya sebenarnya tak mahu bercerita mengenai bantuan yang diberi sebab takut orang salah anggap dan fikir kita hanya nak menunjuk-nunjuk, jadi saya rasa lebih baik bagi secara diam-diam.


So yg bg tau semua rg ni pasal pe?
Nak suh puji ke sbb dah netizen pui artis lain?
Ke cemane ni?
Quote miss_strangers 4-5-2020 12:14 PM
Kenapa dia digelar kemut? Sbb  Cara senyuman KE acaner?
Quote ashilalat 4-5-2020 12:17 PM
Saya sebenarnya tak mahu bercerita mengenai bantuan yang diberi sebab takut orang salah anggap dan fikir kita hanya nak menunjuk-nunjuk, jadi saya rasa lebih baik bagi secara diam-diam.

Tapi saya lah yg bercerita dengan semua orang mengenai bantuan yanf diberi.
Quote kiah_mai_pulak 4-5-2020 12:31 PM
kesssaaaaaahhhhhhhh
Quote TerataiMelur02 4-5-2020 12:44 PM
Kalau takut d tuduh menunjuk sepatutnya jawab je la "no komen..." . benda simple je kot
Quote mieymiey 4-5-2020 12:52 PM
Kang kemut tak cerita, orang tak tau la
Quote Kurex 4-5-2020 12:54 PM
Fakiyu kemut....... Fakiyu!!!!
Quote Megikari 4-5-2020 12:54 PM
Maafkanlah dia.. Dia tak sengaja tu terhebahkan kat orang lain. Almaklum la retis, tinggi mana je la pun iq dia. At least dia tak bawak krew sana sini tunjuk derma dia bersama ayat2 sedih. Hehehehe...
Quote Acikgomen 4-5-2020 12:55 PM
Bagus nye rohanis derma dendiam tak citer kat orang
Sssyyyyyy citer sini abis sini ke caner neh
Quote c===8 4-5-2020 01:08 PM
ni baru betul melayu bodoh seperti adik jakel tu cakap



saya tanak cerita nanti org kata saya riak tapi saya tetap cerita jugak

kita pun boleh jadi bodoh dgn stetmen dia tu
Quote diss69 4-5-2020 03:15 PM
Baguslah.. Buat benda yg baik patut dipuji..
Quote addved 4-5-2020 03:31 PM
Dah keep it to your self la. Tapi sebab nak orang puji so you have to BRAG it to the world?
Quote limaubali007 4-5-2020 03:33 PM
Orang tak heran lah dik non...ain't nobody give a damn.. . Nak buat baik pon dok fikir apa orang kata,buat apa?.. Nak please sapa sebenarnya?.. Haihh..
Quote sok_suci 4-5-2020 03:45 PM
Otak kemut jd biol eh sejak PKP.
Xnk org tahu ko buat baik..tp ko bukak mulut kemut membicarakan kbaikan ko... Whore?
Quote nefnefnef 4-5-2020 04:12 PM
ashilalat replied at 4-5-2020 12:17 PM
Saya sebenarnya tak mahu bercerita mengenai bantuan yang diberi sebab takut orang salah anggap dan f ...

Bingo. Iols pun rasa yg sama. Tanak tunjuk bersedekah then apahal buat statement gini?
Quote Robitadotcom 4-5-2020 04:25 PM
miss_strangers replied at 4-5-2020 12:14 PM
Kenapa dia digelar kemut? Sbb  Cara senyuman KE acaner?

haha baru nak tanya benda sama..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.040600 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top