CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amelia Henderson Bidas Lelaki Yang Bandingkannya Dengan Wany Hasrita

4-5-2020 10:18 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 26922| Komen: 126|Original author: Oleh: Cari-Azza



Amelia Henderson antara pelakon yang agak 'daring'. Tetapi, dia juga tidak kisah dengan kecaman warganet terhadap penampilannya. 

Namun, apabila ada lelaki di laman sosial yang membandingkannya dengan penyanyi Wany Hasrita, dia mula bersuara.

Manakan tidak, pengguna Twitter itu menjadikan gambar kedua-dua selebriti tersebut sebagai perbandingan antara "Apa yang lelaki suka" dengan "Apa yang lelaki mahukan" seolah-olah menyatakan lelaki menyukai wanita seksi sepertinya, tetapi apa yang lelaki mahukan adalah wanita bersopan seperti Wany.

Hal ini membuatkan Amelia meletakkan kata-kata hikmah bahawa lelaki yang berfikiran seperti ini tidak akan mendapat apa-apa pun.


Kredit foto: Twitter


Bagi Amelia, lelaki sebegini yang kononnya bercakap mewakili lelaki lain adalah pengecut. Bagaimana lelaki itu boleh menentukan wanita mana yang harus dipilih oleh lelaki?


Kredit foto: Twitter

Luahan Amelia mendapat sokongan warganet lain yang berpendapat lelaki tersebut hanya menggunakan nafsu sahaja dalam berkata-kata.


Kredit foto: Twitter
Kredit foto: IG

Lebih teruk apabila lelaki itu tidak berani menonjolkan dirinya yang sebenar dan akhirnya menyahaktifkan akaun tersebut kerana tidak tahan serangan bertubi-tubi.


Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter

Kredit foto: IG

Nampaknya, tindakan Amelia telah membuatkan 'pemangsa' ini berundur. Tanpa sebarang kata-kata kesat atau menaikkan nama dan gambarnya, pelakon jelita kacukan India-Scotland ini mampu membuatkan lelaki itu malu sendiri. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aijinmisaki 4-5-2020 10:25 AM
Oh no lelaki yang acacah nak perempuan berlitup kepam ni memang aku pangkah.
Selalu spesis lelaki macam tu buruk tak laku so of course la nothing
Quote dudaberhias 4-5-2020 10:30 AM
lelaki yang acah2 nak wanita ayu terakhir dan sopan santun serta tutup litup... itulah jantan keparat yang kehulu kehilir dm ramai perempuan... last2 jadi biawak...

bye2 son
Quote belilies 4-5-2020 10:33 AM
Tak mustahil laki camtu layan porno dlm gelap. Kengkonon suka pompuan tudung litup.
Quote minguk 4-5-2020 10:41 AM
burn                           
Quote epal21 4-5-2020 10:53 AM
Terkejut iols nak dibanding amelia dgn wani ni. Macam tak sama level aje. Setiap perempuan seksi mahu pun tidak,ada market tersendiri. Gitewww pendapat iols.
Quote nazzse 4-5-2020 10:54 AM
eh suka hati ko nak tentukan penampilan perempuan. Ko sapa??
Memang layak ta dapat mana-mana perempuan jantan macam ni
Quote kucim 4-5-2020 10:56 AM
Kebanyakan spesis jantan suka yg berlitup ni la gatal dgn ramai pmpuan...baik jd diri sendiri je amelia...i like u the way u are girl...tak mekap pun dah lawa kebbooomm
Quote rospinki 4-5-2020 11:00 AM
bodohnya laki tu
level lembam pekat
mcm dia tu patutnya expectation vs reality dibanding dgn oink oink baru cun
Quote electricopop 4-5-2020 11:01 AM
Saje nak attention la tu mamat tu... amik kau kene se das!!!
Quote Telolet 4-5-2020 11:12 AM
lol padan muka. lelaki macam ni hipokrit.
Quote RatuDunia94 4-5-2020 11:13 AM
Wany Hasrita Award Winning Singer celah mana????
Quote kiah_mai_pulak 4-5-2020 11:23 AM
RatuDunia94 replied at 4-5-2020 11:13 AM
Wany Hasrita Award Winning Singer celah mana????

BINTANG POPULAR AWARD. jadi lah deknonnn... waaaaalaaauuuuuuupunnnnnnnnnn
Quote haruslah 4-5-2020 11:26 AM
hahahah jantan camtu biasa hipokrit jer
depan kemain halim
belakang......................cer cek HP tgkkk

btw i suka AH ni
comey la
tgk dia dalam citer dgn redza rosli tu
the way dia bercakap tu............
Quote Incanto 4-5-2020 11:31 AM
terbaik  lah AH

balas dgn class
Quote kaseh80 4-5-2020 11:40 AM
I would say I prefer AH

Dari wany who??????
Quote kiah_mai_pulak 4-5-2020 11:44 AM
haruslah replied at 4-5-2020 11:26 AM
hahahah jantan camtu biasa hipokrit jer
depan kemain halim
belakang......................cer cek H ...

Halim Othman ke halim jantan uollsss?
Quote haruslah 4-5-2020 11:49 AM
kiah_mai_pulak replied at 4-5-2020 11:44 AM
Halim Othman ke halim jantan uollsss?

alaaaa halim yg doplohpat jam cakap pasal aurat sana sini sana sini tu



Quote KIM.K 4-5-2020 12:08 PM
Biadapnye dibulan puasa ni
Quote ashilalat 4-5-2020 12:15 PM
RatuDunia94 replied at 4-5-2020 11:13 AM
Wany Hasrita Award Winning Singer celah mana????

Aku baru nak taip benda yang sama.

Actually AH pon leh tahan hansuang gak mulut die, secara x langsung die nak sindir wany barista la tu. Setepek kat muka wany barista. Hahaha.

Aku senyum sinis je dia mengaward winningkan wany barista untuk menyindir wany. Hahaha..

Lihat semua komen(126)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.060470 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top