Bekas ahli DAP yang juga aktivis politik, Rahmad Isahak menyarankan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar untuk menyertai UMNO sekiranya tidak mahu bersekongkol dengan 'bekas diktator' di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Memetik Utusan, Rahmad mendakwa Nurul Izzah kini dilihat sebagai liabiliti kepada PH. Malah, kenyataan dikeluarkannya dalam wawancara bersama media di Singapura, Straits Times membuat dirinya diserang pemimpin dan penyokong PH “Umum menghormati sikap beliau yang tidak mementingkan soal politik kekeluargaan sebagai keutamaan tetapi sebaliknya meletakkan soal tanggungjawab seorang wakil rakyat sebagai perkara pokok. “Tetapi itu tidak membawa sebarang makna jika masih terus ‘bersikap selamat’ bersama kerajaan PH yang kononnya dipimpin oleh seorang bekas diktator yang banyak merosakkan negara dan keluargannya,” katanya kepada pemberita seperti dipetik dari Utusan.
Jadi, adalah lebih baik Nurul Izzah bersama parti terbesar orang melayu seperti UMNO yang mana tindakan itu disifatkan Rahmad lebih berprinsip memandangkan Nurul Izzah masih lagi seorang wakil rakyat. Terdahulu, ketika ditemu bual Straits Times, Nurul Izzah menggambarkan perkembangan politik negara 'sangat mencabar dan huru-hara'. Beliau juga menyifatkan bekerjasama dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah sesuatu yang mudah. "Bekerjasama dengan bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan bukan saja kepada hidup kami, tapi juga sistem (pentadbiran negara). Ia bukan sesuatu yang mudah," kata Nurul Izzah seperti dipetik daripada MalaysiaKini. - CARI
|
3
Bagus |
4
Marah |
6
Terkejut |
6
Sedih |
6
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lkick2113 replied at 26-3-2019 11:51 AM
Bang non ke yg suruh anak dia buat macam ni @dess402 ?
zjen replied at 26-3-2019 03:33 PM
iols masih tak minat dgn UMNO, selain budaya samseng masih ada ... kang plak nak bersekongkol dgn P ...
botol_tritan replied at 26-3-2019 03:58 PM
Yes, i agree sgt dgn u. I pun dah menyampah tgk budaya samseng dlm UMNO tu. lepas diorg kalah, i h ...
zjen replied at 26-3-2019 03:20 PM
heharap tubuh parti baru, parti anak muda, pemuda dari semua parti juga turut join
anak muda ...
dess402 replied at 26-3-2019 09:00 PM
Salam ..
tapi tolong jangan .. jangan tubuh lagi parti baru org2 melayu sekarang pun m ...
zjen replied at 27-3-2019 04:29 PM
berbeza pandangan tak bermaksud 'berpecah' ... contoh nye kalu uols minat pancing tapi iols tak ...
ADVERTISEMENT