CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Parah Ditikam Kerana Buat Bising

30-4-2018 02:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2781| Komen: 7

Gara-gara membuat bising, lelaki berusia 43 tahun parah ditikam penyewa rumahnya di Kampung Kolopis, Penampang, lapor BH Online.

Menurut laporan, kejadian jam 11 malam itu menyebabkan mangsa yang juga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), parah di bahagian perut.



Gambar Hiasan

Rakan mangsa yang menyedari kejadian kemudian menghubungi kenalannya untuk menghantar mangsa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) sebelum melaporkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian.

Hasil siasatan mendapati suspek tidak berpuas hati dan menegur mangsa yang membuat bising hingga berlaku pergaduhan.


"Suspek yang tidak puas hati disyaki menikam mangsa di bahagian perut sebelah kiri menggunakan sebilah pisau pemotong bawang diambil di tempat kejadian.

"Akibat tikaman itu, mangsa parah dan berada dalam keadaan kritikal," katanya.

Polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang kemudian menahan suspek berusia 47 tahun pada jam 3 pagi semalam.

"Siasatan lanjut juga mendapati sebelum kejadian, mangsa dan suspek dikatakan bersama-sama meminum arak buatan sendiri atau tuak.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata," katanya. - CARI
12

Bagus
39

Marah
40

Terkejut
32

Sedih
14

Lawak
37

Bosan

Friends Rank (174 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 30-4-2018 02:51 PM
Jap,

Penyewa tikam tuan rumah ka apa? Berapa galas singgarung ko antam ni bosku?
Quote shernazz 30-4-2018 02:57 PM
chazey replied at 30-4-2018 02:51 PM
Jap,

Penyewa tikam tuan rumah ka apa? Berapa galas singgarung ko antam ni bosku?

Apa kau.cakap ni.sis...
Kasi translate sket..haha
Tp.kalau dh mabuk..terjun parit pon.blh tido
Quote Artemesiaa 30-4-2018 03:07 PM
Bahaya gak kalau tegur orang tengah mabuk ni apa2 pun sanggup dibuatnya siap haribulan ada yang hilang nyawa.  Lebih baik mintak bantuan polis dari bertindak sendiri kalau nak deal dengan kaki mabuk ni.
Quote minguk 30-4-2018 03:28 PM
chazey replied at 30-4-2018 02:51 PM
Jap,

Penyewa tikam tuan rumah ka apa? Berapa galas singgarung ko antam ni bosku?

1 baldi jak bosku..
Quote moonbug 30-4-2018 04:50 PM
Mabuk ke masing-masing
Quote LautBiru52 1-5-2018 08:16 AM
Dah nama pun mabuk. Silap2 nama sendiri pun dia lupa
Quote fff_cat 1-5-2018 08:52 AM
Ni bising masa mabuk memang tak sedar. Tapi ada jugak bangang yg memekak aje asyik buat konsert karaoke sampai pukul 12 mlm.. jiran bodoh!! Yang ni patut dijahit mulutnya

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.111947 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top