CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Budak 9 Tahun Nekad Panjat Gaung, Selamatkan Ayah Dan Adik

30-4-2018 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6643| Komen: 50

Description: Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun nekad memanjat gaung setinggi 200 meter bagi meminta pertolongan selepas kereta yang dinaiki bersama bapa dan adiknya terjunam ke dalam gaung.
Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun nekad memanjat gaung setinggi 200 meter bagi meminta pertolongan selepas kereta yang dinaiki bersama bapa dan adiknya terjunam ke dalam gaung.


Insiden yang berlaku jam 7.30 malam di KM27 Jalan Gerik - Kupang itu menyebabkan , Md Zahar Md Ali, 38, dan anaknya berusia tujuh tahun Muhammad Faris, maut di tempat kejadian.

Sinar Online melaporkan, isteri mangsa , Norfaizah Abdullah berkata, arwah suaminya tidak banyak berborak sebelum kejadian berlaku.

Foto: Sinar Online
“Arwah kurang bercakap sejak akhir-akhir ini. Kalau berbual bersama anak-anak dia banyak berpesan supaya belajar bersungguh-sungguh bagi berjaya.

“Dia pun ada kata kalau keputusan tidak bagus tahun ini, dia tak mahu beli baju raya untuk anak-anak. Itu kata-kata arwah yang saya perasan kerana selalunya dia tidak pernah bercakap macam itu."


Arwah juga sempat menyatakan hasratnya untuk melangsaikan semua hutang.

“Mengikut percangan, arwah suami pulang ke Kampung Charok Siput di Baling untuk melawat ibu bapanya, Md Ali Teh, 85 dan Sofiah Hashim, 70, yang kurang sihat.

“Arwah ada ajak tapi saya dan anak perempuan tak boleh ikut, jadi dia bercadang pergi bersama dua lagi anak kami. Saya sempat bersalam dan meminta izin arwah untuk keluar beli barang dapur. Jam 11.30 malam, ada jiran bertanya khabar suami, saya tak syak apa-apa sampailah dihubungi polis."

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, mangsa ketika itu dalam perjalanan ke ke Baling, Kedah untuk menziarahi bapa Md Zahar yang kurang sihat.

Kereta Exora yang dipandu mangsa hilang kawalan dan terjunam ke dalam gaung.

“Berdasarkan maklumat, pada jam 7.45 malam, seorang pengguna jalan tersebut dari arah Kupang ke Gerik ternampak seorang lagi mangsa, Muhammad Firdaus berada di tepi jalan.

“Keadaan kanak-kanak itu berlumuran darah. Saksi tersebut berpatah balik ke arah kanak-kanak itu. Kanak-kanak malang itu beritahu bapa dan adiknya terjatuh ke dalam gaung.

“Lelaki itu kemudiannya terus menghubungi talian kecemasan bagi melaporkan kes tersebut." 

Operasi mencari dan menyelamatkan mangsa segera dijalankan diketuai anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik.

Mayat Muhammad Faris ditemukan pada jam 10.25 malam dan mayat Md Zahar pula pada jam 11.40 malam. -CARI

16

Bagus
24

Marah
24

Terkejut
9

Sedih
19

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orked44 30-4-2018 12:23 PM
hebat bdk ni..walau dlm keadaan sakit masih sempat berfikir utk keluar cari bantuan.. semoga keluarga tabah menghadapi dugaan kehilang org tersyg.
Quote Artemesiaa 30-4-2018 12:30 PM
Bagus tak tunggu je tapi tetap berusaha nak dapatkan pertolongan
Quote BoongaKertas 30-4-2018 12:32 PM
sedihnya baca berita ni smlm. kuat betul adik ni.
Quote insulin 30-4-2018 12:33 PM
Takziah kepada keluarga ini.
Quote noor2 30-4-2018 12:45 PM
Sebaknya baca. ...Innalillah. ..
Quote kaz2y5 30-4-2018 12:45 PM
takziah...... semoga keluarga ini tabah, terutama adik tu (
Quote shernazz 30-4-2018 12:49 PM
Adik ni kuat la
Harap adik dpt jaga mama dan saudara pompuan dgn baik
Amin
Quote myakayina 30-4-2018 12:52 PM
sebak baca..anak yg baik dan berani..
Quote Pixie902 30-4-2018 12:57 PM
Innalillahiwainnailaihiroji'un...salam takziah kepada keluarga...harap adik Firdaus cepat pulih dari kecederaan fizikal dan trauma. Al Fatihah.
Quote Pixie902 30-4-2018 01:02 PM
Edited by Pixie902 at 30-4-2018 01:06 PM

Dalamnya gaung tempat kereta jatuh...hebat adik Firdaus dapat panjat 200 meter ke atas dalam keadaan cedera...sebak bila membayangkan beliau dalam keadaan keseorangan cuba mencari pertolongan...satu keajaiban juga Allah panjangkan usia beliau...
Quote ms.mango 30-4-2018 01:06 PM
Inalillah.. takziah kepada keluarga..
Quote wirazam 30-4-2018 01:25 PM
Pixie902 replied at 30-4-2018 01:02 PM
Dalamnya gaung tempat kereta jatuh...hebat adik Firdaus dapat panjat 200 meter ke atas dalam keadaan ...

dan dalam keadaan yg dah gelap tu...hebat budak ni,
salam takziah utk famili dia
Quote mejaputih 30-4-2018 02:01 PM
sedihnya baca berita ni...mmg budak ni hebat..tp hati dia mesti sedih sgt2 & trauma...semoga cepat sembuh, dik.
Quote akumak 30-4-2018 02:05 PM
takziah. kagum dengan semangat adik ni. semoga dia tabah menghadapi kehidupan sbb mesti dia ingat peristiwa ni
Quote sofiazara 30-4-2018 02:09 PM
takziah adik yg hebat dan matang.

bagus juga pengguna jln raya tu patah balik jumpa adik tu yg berlumuran darah waktu maghrib. bukan calang2 juga tu. kalo ponen biasa mesti memecut lari sambil tangan update twitter ckp jumpa hantu budak.
Quote jiji85 30-4-2018 02:11 PM
sedihnya...semoga menjadi anak yg berhuba dik..kecik2 dah dpt berfikir cara meneruskan hidup..200m tu naik dlm keadaan gelap dan cedera.kuasa tuhan juga permudahkan urusan adik ni..semoga adik cepat sembuh dr segi mental dan fizikal..
Quote leylapple 30-4-2018 02:55 PM
sedih baca berita mcm nie...

dgn gelapnya, sakitnya... budak nie mampu panjat tebing 200m sebab nak selamatkan bapak dgn adiknya...

semangat budak nie

mudahan jadi orang yang berjaya nanti...
Quote ninja boy 30-4-2018 03:37 PM
Ngeri 200m
Quote chiquititamichi 30-4-2018 03:46 PM
nasib bek yg lalu lalang tu x terkejut tgok adik tu sesorang tepi jln berlumuran darah...dah lah time magrib.....
mesti adik tu trauma lagi ni.... takziah utk keluarga adik..

Lihat semua komen(50)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

31-1-2023 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.095959 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top