View: 1700|Reply: 7
|
Parah Ditikam Kerana Buat Bising
[Copy link]
|
|
Gara-gara membuat bising, lelaki berusia 43 tahun parah ditikam penyewa rumahnya di Kampung Kolopis, Penampang, lapor BH Online.
Menurut laporan, kejadian jam 11 malam itu menyebabkan mangsa yang juga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), parah di bahagian perut.
Gambar Hiasan
Rakan mangsa yang menyedari kejadian kemudian menghubungi kenalannya untuk menghantar mangsa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) sebelum melaporkannya kepada polis.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian.
Hasil siasatan mendapati suspek tidak berpuas hati dan menegur mangsa yang membuat bising hingga berlaku pergaduhan.
"Suspek yang tidak puas hati disyaki menikam mangsa di bahagian perut sebelah kiri menggunakan sebilah pisau pemotong bawang diambil di tempat kejadian.
"Akibat tikaman itu, mangsa parah dan berada dalam keadaan kritikal," katanya.
Polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang kemudian menahan suspek berusia 47 tahun pada jam 3 pagi semalam.
"Siasatan lanjut juga mendapati sebelum kejadian, mangsa dan suspek dikatakan bersama-sama meminum arak buatan sendiri atau tuak.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata," katanya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Jap,
Penyewa tikam tuan rumah ka apa? Berapa galas singgarung ko antam ni bosku? |
|
|
|
|
|
|
|
chazey replied at 30-4-2018 02:51 PM
Jap,
Penyewa tikam tuan rumah ka apa? Berapa galas singgarung ko antam ni bosku?
Apa kau.cakap ni.sis...
Kasi translate sket..haha
Tp.kalau dh mabuk..terjun parit pon.blh tido |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya gak kalau tegur orang tengah mabuk ni apa2 pun sanggup dibuatnya siap haribulan ada yang hilang nyawa. Lebih baik mintak bantuan polis dari bertindak sendiri kalau nak deal dengan kaki mabuk ni. |
|
|
|
|
|
|
|
1 baldi jak bosku..
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah nama pun mabuk. Silap2 nama sendiri pun dia lupa |
|
|
|
|
|
|
|
Ni bising masa mabuk memang tak sedar. Tapi ada jugak bangang yg memekak aje asyik buat konsert karaoke sampai pukul 12 mlm.. jiran bodoh!! Yang ni patut dijahit mulutnya |
|
|
|
|
|
|
| |
|