CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Awas, Makanan Ini Boleh Membunuh Anda Dalam Diam!

24-4-2018 10:43 AM| Diterbitkan: Cari-Has| Dilihat: 3495| Komen: 14|Original author: Oleh: Has

Jangan tipu! Hampir semua penduduk di atas muka bumi ini menggemari makanan segera. Tidak dinafikan, makanan segera memang sedap, ditambah pula dengan aneka pilihan yang ada di pasaran. 


Tapi, tanpa anda sedar banyak penyakit yang wujud hari ini adalah disebabkan makanan segera! 

Makanan yang dipetik dari HealthYandPretty ini mungkin sudahpun sebati dalam hidup anda tanpa disedari. Nak tahu apakah makanan tersebut? Jom tambah ilmu dengan membaca artikel ini.


1) Makanan dalam tin

Foto: Bm.cari.com.my

Makanan seperti sos tomato di dalam tin sebenarnya ada kandungan gula tersembunyi dan ketahuilah bahawa ia boleh membawa kepada peningkatan risiko terhadap obesiti, penyakit jantung serta memberi kesan kepada gigi anda.



2) Soda 

Foto: Pmneus.blogspot.com

Air soda juga mungkin menjadi musuh utama anda. Ia boleh membuatkan hormon, tahap gula dalam darah dan juga mood anda berubah. Lupakan tentang iklan pemasaran yang mengatakan soda itu baik untuk kesihatan anda.


3) Minyak sayuran

\
Foto: Tiempodesanjuan.com

Minyak sayuran mempunyai lemak yang berbahaya dan boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular, obesiti, kanser dan juga Alzheimer. Bukan itu sahaja, ia boleh menyebabkan sel-sel kanser merebak, mempercepatkan penuan dan pelbagai lain masalah.


4) Marjerin

Foto: Hangat.com

Marjerin amatlah berbahaya terhadap tubuh anda. Mana tidaknya, ia boleh merosakkan hati, saluran darah dan membuatkan masalah kolestrol. Jadi bertukarlah ke mentega.


5) Sosej

Foto: Chefgunawanmalaysia.blogspot.my

Ada kajian mengatakan, kesan makan sosej sama dengan kesan merokok. Ini kerana sosej mengandungi toksik dan sodium yang akan meningkatkan risiko terhadap kanser. Jadi, kurangkanlah mengambil sosej ya!


6) Roti 

Foto: Dapur.ibucergas.com

Ramai yang makan roti untuk tujuan diet, tetapi tahukah anda roti ini telah bercampur dengan bahan kimia untuk menjadikan ia berwarna putih susu. Ia bukan sahaja boleh merosakan organ dalaman, malah akan mendatangkan pelbagai jenis penyakit juga.

Banyak lagi makanan berkhasiat dan berfaedah untuk anda makan. Jadi, jauhilah makan makanan yang boleh memudaratkan anda. -CARI
15

Bagus
16

Marah
18

Terkejut
9

Sedih
10

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote indenial 24-4-2018 11:11 AM
Eat in moderate {:run
Quote grizz 24-4-2018 11:12 AM
roti pon xelok nk makan..
klu wt sndiri pon mmg kale cmtu kn..
xde lak letak pape yg pelik bile wt roti..
Quote salmon-suki 24-4-2018 11:13 AM
Roti pn tgolong dlm golongan makanan segera mehh??

Dah ler suka jgk beli roti ni..mkn time bekpes,xpun time nak cpt,mkn roti je..
Quote myakayina 24-4-2018 11:15 AM
what? roti pun? kena menguli dan buat roti sendiri la nampaknya.. marjerin tu mmg dah lama tak mkn pun..
Quote whadda 24-4-2018 11:39 AM
bahan kimia ape yg ade dalam roti tu.. klo buat sendiri pon bukan ke memang itu colornye.. dah le suka roti.. huhuu
Quote saviour_09 24-4-2018 12:00 PM
errmmm tak breakfast gardenia 90sen la dah lepas ni
Quote BedahBedul 24-4-2018 12:16 PM
tu roti yg pakai tepung gandum dh bleach chuols, gardenia punya roti pakai unbleached so selamatlah insya-Allah
Quote Themilo 24-4-2018 04:45 PM
jahat kau wartawan cari.. sesungguhnya sardin pertima yang gambarnya kau tepek tu adalah keluaran bumiputera dari Terengganu & dijamin tiada cacing tahu tak..
Quote mziskandar 24-4-2018 08:33 PM
Minyak sayur? Margerin?.. dah lama ada propaganda bertujuan utk boikot minyak kelapa sawit asia.
adakah artikel ini drpd pakar nutrien, pakar pemakanan, scientist.. atau company yg jual produk kesihatan?
Quote RatuDunia94 25-4-2018 12:18 AM
Ala bukannya ko makan benda tu esoknya terus mati.. Berpada2 la nk makan.. Senaman kena juga buat..
Quote Artemesiaa 25-4-2018 12:56 PM
Apa2 saja yang berlebihan pasti memudaratkan.  Ada eloknya elak makan terlalu banyak makanan process dalam tin macam tu.
Quote noor2 25-4-2018 01:02 PM
Asalkan tak gemok lemak banyak bonjol sana sini oklah. .....petanda sihat. ..
Quote admimemo 30-4-2018 01:23 AM
Aku tak boleh terima , kalau org makan roti celup dkt air . Ewww kembang roti tu jd .
Quote hanakikan 30-4-2018 04:45 AM
erkk. favorit iols roti. mcm. mengarut je artikel ni

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.058410 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top