Jangan tipu! Hampir semua penduduk di atas muka bumi ini menggemari makanan segera. Tidak dinafikan, makanan segera memang sedap, ditambah pula dengan aneka pilihan yang ada di pasaran.
Tapi, tanpa anda sedar banyak penyakit yang wujud hari ini adalah disebabkan makanan segera!
Makanan yang dipetik dari HealthYandPretty ini mungkin sudahpun sebati dalam hidup anda tanpa disedari. Nak tahu apakah makanan tersebut? Jom tambah ilmu dengan membaca artikel ini.
1) Makanan dalam tin
Foto: Bm.cari.com.my
Makanan seperti sos tomato di dalam tin sebenarnya ada kandungan gula tersembunyi dan ketahuilah bahawa ia boleh membawa kepada peningkatan risiko terhadap obesiti, penyakit jantung serta memberi kesan kepada gigi anda.
2) Soda
Foto: Pmneus.blogspot.com
Air soda juga mungkin menjadi musuh utama anda. Ia boleh membuatkan hormon, tahap gula dalam darah dan juga mood anda berubah. Lupakan tentang iklan pemasaran yang mengatakan soda itu baik untuk kesihatan anda.
3) Minyak sayuran
\
Foto: Tiempodesanjuan.com
Minyak sayuran mempunyai lemak yang berbahaya dan boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular, obesiti, kanser dan juga Alzheimer. Bukan itu sahaja, ia boleh menyebabkan sel-sel kanser merebak, mempercepatkan penuan dan pelbagai lain masalah.
4) Marjerin
Foto: Hangat.com
Marjerin amatlah berbahaya terhadap tubuh anda. Mana tidaknya, ia boleh merosakkan hati, saluran darah dan membuatkan masalah kolestrol. Jadi bertukarlah ke mentega.
5) Sosej
Foto: Chefgunawanmalaysia.blogspot.my
Ada kajian mengatakan, kesan makan sosej sama dengan kesan merokok. Ini kerana sosej mengandungi toksik dan sodium yang akan meningkatkan risiko terhadap kanser. Jadi, kurangkanlah mengambil sosej ya!
6) Roti
Foto: Dapur.ibucergas.com
Ramai yang makan roti untuk tujuan diet, tetapi tahukah anda roti ini telah bercampur dengan bahan kimia untuk menjadikan ia berwarna putih susu. Ia bukan sahaja boleh merosakan organ dalaman, malah akan mendatangkan pelbagai jenis penyakit juga.
Banyak lagi makanan berkhasiat dan berfaedah untuk anda makan. Jadi, jauhilah makan makanan yang boleh memudaratkan anda. -CARI |