CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

'Kentut' Sujud Syukur Dapat Nama Baru

24-4-2018 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5792| Komen: 42

Description: Selama 31 tahun menyembunyikan identiti sebenarnya kerana malu diejek memiliki nama yang 'unik', Kentut akhirnya bersyukur kerana mahkamah membenarkan dia menukar namanya kepada Ihsan Hadi.
Selama 31 tahun menyembunyikan identiti sebenarnya kerana malu diejek memiliki nama yang 'unik', Kentut akhirnya bersyukur kerana mahkamah membenarkan dia menukar namanya kepada Ihsan Hadi.


Memetik BBC Indonesia, lelaki berkenaan melakukan sujud syukur sebaik hakim Pengadilan Negeri Tangerang membenarkan namanya ditukar.

"Saya berasa lega, bertambah semangat dan percaya diri selepas 'mendapat' nama baru," katanya.



Difahamkan, Ihsan nekad menukar namanya kerana enggan anaknya diejek hanya kerana bapanya bernama 'Kentut'.

"Saya mempunyai tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan. Saya tidak mahu mereka berasa rendah diri dan malu lagi dengan nama saya," jelasnya.


Sejak berusia enam tahun lagi dia sudah mahu menukar namanya kerana sering diejek.

Nama Kentut merupakan pemberian daripada kedua orang tuanya, namun dia tidak tahu mengapa mereka memberi nama itu kepadanya.


Foto: Detik.com

Manakala, nama Ihsan Hadi adalah pemberian guru mengajinya ketika berusia enam tahun yang bermaksud 'Petunjuk yang Bagus'.

Selama ini, Ihsan berjaya menyembunyikan nama aslinya daripada orang lain selain keluarga kecuali jika ada urusan rasmi.

Rupanya, Kentut tidak bersendirian kerana di Palembang ada individu bernama 'Saiton', manakala 'Tuhan' tinggal di Banyuwangi.


Andy Go To School
Foto: BBC Indonesia

Sementara itu, seorang pegawai polis di Magelang, Jawa Tengah, bernama Andi Go To School, manakala abangnya bernama Happy New Year dan adiknya bernama Rudy Good Boy. - CARI
17

Bagus
10

Marah
18

Terkejut
14

Sedih
13

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fushimi 20-4-2018 04:41 PM
ko bahlol pergi kasi nama kentut tu kenapa

totok

Quote watatakut 20-4-2018 04:48 PM

eloklah muka pun dah serupa kentut

Quote watatakut 20-4-2018 04:50 PM
fushimi replied at 20-4-2018 04:41 PM
ko bahlol pergi kasi nama kentut tu kenapa

totok



bukan dia bagi nama anak dia kentut. nama dia yang kentut. ko pun sama kentut ngan dia dia... malas membaca


Quote grizz 20-4-2018 04:51 PM
mujur la dpt tuka name..
Quote tanakkampung1x 20-4-2018 04:55 PM
Mungkin ibubapa dia tak faham bahasa indonesia @ melayu cuma faham bahasa daerah sahaja.

Berlaku di Sabah Sarawak zaman 50an juga
Quote renko 20-4-2018 04:57 PM
watatakut replied at 20-4-2018 04:50 PM
bukan dia bagi nama anak dia kentut. nama dia yang kentut. ko pun sama kentut ngan dia dia...  ...

banyak simpan kentut tu
sebab tu akal bangang malas baca
takat baca tajuk je
Quote Artemesiaa 20-4-2018 05:00 PM
Kalau belah2 Bali selalunya ramai je nama Kentut ni macam gelaran utk along, angah, acik etc disana
Quote Modngengade 20-4-2018 05:06 PM
adakah wajah kentut ini dambaan sis @Changa ?
Quote fushimi 20-4-2018 05:08 PM
Modngengade replied at 20-4-2018 05:06 PM
adakah wajah kentut ini dambaan sis @Changa ?

gini rupa pun sis changa taste ewwwwwwwwwww
Quote Modngengade 20-4-2018 05:13 PM
fushimi replied at 20-4-2018 09:08 AM
gini rupa pun sis changa taste ewwwwwwwwwww

"kalau sedap akak tadah jer dekkk"  katernyer

Quote fushimi 20-4-2018 05:16 PM
Modngengade replied at 20-4-2018 05:13 PM
"kalau sedap akak tadah jer dekkk"  katernyer

eeeeewwwwwwwwwwwwwwww
Quote zameyla 20-4-2018 05:29 PM
la...kesian anak dia..
masa dia kecik2 dulu tak kena ejek pulak...
Quote bottombikini 20-4-2018 06:33 PM
watatakut replied at 20-4-2018 04:50 PM
bukan dia bagi nama anak dia kentut. nama dia yang kentut. ko pun sama kentut ngan dia dia...  ...

adohaiii...petang2 hujan begini apsal la banyak sangat cite kelaka kuar


Quote HannahMontana 20-4-2018 06:38 PM
kalau dia hensem sangat mcm  pemain bola sepak , muka semenggah gah gah tp nama Kentut ,aku syak ko  akan sengaja vbuat nama baru dia Kent ....Kennedy ..tidak sesekali ko seru Kentut as your befren muahahahahah
Quote dani-rox 20-4-2018 06:51 PM
Bertabahlah Encik Kentut dan anaknya. Makpak dulu2 mana la terfikir dari segala angle efek mempunyai nama unik.

Lepas ni berhati-hati la pilih nama untuk anak. Tapi kalau di Malaysia, nama moden habis dah macam selebriti


Nama anak bulus pun takmo kalah k. Mcm kucen ai, Alex Kapranos namanya padahal kucen kampung jah.
Quote iloveselangor 20-4-2018 07:11 PM
Asal buat anak je kekdahnye.

Ngeseks pon eksiden termengandung.
Quote LautBiru52 20-4-2018 07:36 PM
Kesian ade kelakar pun ade. Kalau ye pun nk cepat2 kasi nama dekat anak tu pilih la nama lain. Nama buah ke nama kereta ke. Ade ke kentut peginya
Quote cmf_almondpecan 20-4-2018 07:41 PM
Edited by cmf_almondpecan at 20-4-2018 07:42 PM
Artemesiaa replied at 20-4-2018 05:00 PM
Kalau belah2 Bali selalunya ramai je nama Kentut ni macam gelaran utk along, angah, acik etc disana


Yg itu Ketut. Misalnya I Ketut Ariana. Ketut ni anak keempat. Urutannya wayan, made, nyoman, ketut.
Quote merrissa 20-4-2018 10:28 PM
er sapa pernah tengok cter julia robert eat pray love, ada pawang nama dia ketut jugak...

Lihat semua komen(42)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-5-2022 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.074931 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top