CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Simen Perubatan Bocor Tusuk Jantung

11-10-2021 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4380| Komen: 2

Description: Seorang lelaki berusia 56 tahun dikejarkan ke dewan pembedahan selepas sekeping simen empat inci atau kira-kira 10 sentimeter (sm) ditemukan di dalam jantungnya.
Seorang lelaki berusia 56 tahun dikejarkan ke dewan pembedahan selepas sekeping simen empat inci atau kira-kira 10 sentimeter (sm) ditemukan di dalam jantungnya.

Daily Star melaporkan pesakit yang tidak dinamakan itu pada mulanya menjalani satu pembedahan lain, lima hari sebelumnya.



Gambar hiasan

Menurut laporan diterbitkan dalam New England Journal of Medicine, lelaki itu menderita intracardiac cement embolism iaitu kesan langsung daripada prosedur sebelumnya.

Dia menjalani rawatan awal untuk patah tulang belakang dan prosedur yang dikenali sebagai kyphoplasty.

Menerusi kyphoplasty, simen khas perubatan disuntik ke dalam vertebrata seseorang bagi merawat kecederaan tulang belakang dan sakit belakang teruk.

Walaupun lebih 98 peratus pesakit pulih dalam beberapa jam selepas pembedahan, pesakit itu mengalami komplikasi kronik.


Simen yang disuntik itu rupa-rupanya bocor sebelum sebahagiannya yang sepanjang 10 sm menjadi keras dan menuju ke jantungnya.

Walaupun kebocoran adalah komplikasi kyphoplasty yang diketahui dan didokumentasikan pada masa lalu, ia jarang berlaku.

Menurut laporan jurnal berkenaan, semasa pemulihan prosedur pertama, pesakit secara tiba-tiba mengalami gejala membimbangkan.

Dia mengadu sakit dada, bahu dan rahang, serta mengalami sesak nafas.

Lelaki itu segera dikejarkan ke wad kecemasan apabila doktor mengenal pasti punca kesakitannya.



Sekeping simen ditemukan menusuk jantungnya, dan mengenai paru-paru kanan pada masa sama. Pesakit dikejarkan kembali ke dewan pembedahan supaya doktor mengeluarkan objek asing itu dan memperbaiki kerosakan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 11-10-2021 02:40 PM
x leh bayang kesakitan dia........
Quote musangbodoh 12-10-2021 12:14 AM
mesti halus simen mcm rambut

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.050189 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top