CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mantap Anak Sharifah Shahira Boleh Melukis Atas Karpet!

11-10-2021 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8969| Komen: 23

Description: Pelakon dan juga penyampai radio Sharifah Shahira berkongsi bakat salah seorang anaknya, Airra apabila berjaya menghasilkan ‘lukisan’ yang dilakar pada hamparan permaidani dalam biliknya menggunakan ...
Pelakon dan juga penyampai radio Sharifah Shahira berkongsi bakat salah seorang anaknya, Airra apabila berjaya menghasilkan ‘lukisan’ yang dilakar pada hamparan permaidani dalam biliknya menggunakan jari.




Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Sharifah Shahira atau mesra disapa Shiera terkejut dan teruja sewaktu masuk ke bilik anaknya itu dan terlihat lukisan berupa potret salah seorang pelakon drama Netflix popular, Jung Ho-yeon yang dilakar di atas permaidani.



Bagaimanapun, ujar kakak kepada pelakon, Sharifah Sakinah itu, lakaran potret pelakon asal Korea Selatan itu dipadam Airra atau nama lengkapnya Airra Zulkifly tidak lama kemudian.

Menerusi hantaran berbeza, Shiera turut berkongsi satu lagi bakat dimiliki Airra iaitu bermain gitar walaupun hanya menerusi tontonan dalam YouTube.



Ujar Shiera, Airra mula belajar untuk bermain gitar sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada tahun lalu.

Ujarnya, Airra hanya belajar untuk bermain gitar atau melukis menerusi tontonan dalam YouTube semata-mata dan tidak mengikuti sebarang kelas secara formal.

Menjengah ruangan komen, bakat yang dimiliki Airra turut mendapat perhatian dalam kalangan rakan-rakan selebriti apabila memberi pujian kepadanya.

Malah ada juga netizen menyifatkan Airra seperti penyanyi dan juga komposer terkenal, Datuk M. Nasir apabila memiliki bakat luar biasa walaupun bersikap pendiam.


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 11-10-2021 12:47 PM
gosip retis kah ni walaupun anak dia berbakat???
Quote kiah_mai_pulak 11-10-2021 12:52 PM
bakalan jadi kaktom/kakpeng je bdk ni nnti.. ujung jgn follow life mcm adik berouqq dah lah
Quote cruz2 11-10-2021 01:38 PM
Mata org seni akan faham nilai sesuatu seni..actually not bad lukisan anak shiera tu.dari dok buat tik tok gelek goyang sana sini bagus lg budak ni spend masa dgn art & music
Quote KarinaKapur 11-10-2021 01:42 PM
cruz2 replied at 11-10-2021 01:38 PM
Mata org seni akan faham nilai sesuatu seni..actually not bad lukisan anak shiera tu.dari dok buat t ...

Betul2.. setuju.. suka tgk aira ni dgn anak laki lg sorg tu, hensem sgguh.. kalau bbnu muka hensem mcm tu,mesti dah jadi instafemes,posing sana sini..tp anak dia dua orang ni x de busy nak jadi instafemes mcm anak2 artis yg lain..
Quote ell2026 11-10-2021 01:51 PM
i suke tgk kak rara post pasal anak dia Airra ni..unik dan berbakat...hari tu kak rara tunjuk aktiviti anak2 dia kat rumah waktu pagi or tghari camtu..tak mandi lagi pakai kaftan berjalan kehulu kehilir dalam rumah..katanya ikut neneknya dlm rumah tak reti diam..berjalan kehulu kehilir sambil dgr lagu..dia tak peduli pon maknya buat video..pernah sekali tu dia tunjuk airra ni main gitar and nyanyi lagu rock mat saleh lama2...not bad....tgk anak2 dia mmg takde yg gile glemer menempel kat mak bila maknya buat video...masing2 buat hal sendiri...bilik2 dorang pon menarik dgn lampu warna2..kak rara bg anak dia deko sendiri blk dorang..bilik airra ni mmg bilik ahli muzik
Quote romeor 11-10-2021 05:35 PM
Serious la dia lukis tu. Hebat. Taniah anak anda hebat berbakat.
Quote naina 11-10-2021 07:11 PM
Anak yang sorang ni memang berbakat. Pandai petik gitar. Macam laki2 kadang2. Sekarang pandai melukis plak. Memang berbakat. Itulah kadang2 kita kena biar anak explore macam2. Mungkin ada something yang Dorang betol2 minat dan berkemahiran. Takdelah asik2 Suh ngadap buku je.
Aahkn. Anak2 sheols takda pun yang gigih gelek2 depan TikTok.
Quote samshik 11-10-2021 08:12 PM
Deme ni laki bini jenis lek2 ja..
Quote nakkomenjugak 11-10-2021 08:56 PM
Baru betul mengalir darah seni dalam darah daging

Jeles dengan orang boleh melukis
Iol still lukis orang lidi jahhh
Quote dudaberhias 11-10-2021 09:24 PM
Ok menarik, tapi biasa2 je lukisan dia tu dikkk sebabtu tak viral, yang viral sebab mak dia retis jah pun.
Quote faraway1 14-10-2021 01:22 AM
Honestly cemburu dengan orang reti melukis..

Sebab bestnya pandai melukis, atas karpet pun cantik jadinya
Quote sleepandream 14-10-2021 02:01 AM
family dorg ni mmg jenis sporting khen...
Quote rosevelvet 14-10-2021 02:08 AM
KarinaKapur replied at 11-10-2021 01:42 PM
Betul2.. setuju.. suka tgk aira ni dgn anak laki lg sorg tu, hensem sgguh.. kalau bbnu muka hensem ...

Ziela bakarin selalu tayang anak dia tp xde wow pun
Quote nurkasih74 14-10-2021 07:48 AM
dudaberhias replied at 11-10-2021 09:24 PM
Ok menarik, tapi biasa2 je lukisan dia tu dikkk sebabtu tak viral, yang viral sebab mak dia retis ja ...

Biasa awak ckp? Ini antara bakat yg hebat pd usia yg mcm tu. Sbb saya cikgu lukisan… susah nak jumpa yg tere lukis human figure..
Quote dudaberhias 14-10-2021 07:57 AM
nurkasih74 replied at 14-10-2021 07:48 AM
Biasa awak ckp? Ini antara bakat yg hebat pd usia yg mcm tu. Sbb saya cikgu lukisan… susah nak ju ...

Mungkin sebab iolss pandai dalam graphic design & cgi kot. Tu yang nampak biasa jah. Agittew. Kena tanya retis suka gigit2 berus tu punya pendapat heshe pun pandai melukis.
Quote supermum 14-10-2021 03:21 PM
Tere dia lukis atas karpet. Nak lukis atas kertas pun ramai tak pass, inikan pulak lukis secara kasual atas karpet. Ni mesti sejenis dengar or tengok, terus boleh copy. Macam orang yang rasa makanan, terus boleh dapat tangkap resepi.
Quote TabletSusu 14-10-2021 03:42 PM
nakkomenjugak replied at 11-10-2021 12:56 PM
Baru betul mengalir darah seni dalam darah daging

Jeles dengan orang boleh melukis

iol lukis org lidi pun x cantik hokayyy..
mmg jeles sgt dgn org yg boleh melukis mewarna ni
Quote MistrezHermanaz 14-10-2021 03:47 PM
naina replied at 11-10-2021 07:11 PM
Anak yang sorang ni memang berbakat. Pandai petik gitar. Macam laki2 kadang2. Sekarang pandai meluki ...

ada sorg, cik oddah, anak angkat tokti (dulu2 la kn waktu tokti belum ada anak)..yg aira dgn anak laki dia xtau apa nama mmg low profile
Quote Orix 14-10-2021 04:36 PM
antara artis yg iols suka tgok ig story dia sbb lawak......

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.178616 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top