CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penunjuk Perasaan Mati Dilanggar, Anak Menteri India Ditahan

11-10-2021 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4216| Komen: 4

Description: Seorang anak lelaki menteri India ditahan selepas didakwa terlibat dalam kes pembunuhan, seminggu selepas lapan penunjuk perasaan maut sehingga mencetuskan kemarahan rakyat di seluruh negara.
Seorang anak lelaki menteri India ditahan selepas didakwa terlibat dalam kes pembunuhan, seminggu selepas lapan penunjuk perasaan maut sehingga mencetuskan kemarahan rakyat di seluruh negara.

Ashish Mishra diberkas di Uttar Pradesh semalam berhubung insiden penunjuk perasaan merusuh di daerah Lakhimpur Kheri yang membantah undang-undang berkaitan industri pertanian, lapor AFP.



Timbalan Ketua Polis India, Upendra Kumar Agrawal berkata, penahanan Mishra dibuat selepas pihaknya enggan memberi kerjasama kepada polis, selain mengelak maklum balas ketika disoal siasat.

Sehubungan itu, tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah esok dan pertuduhan difailkan dalam tempoh 90 hari.

Mishra dan bapanya sehingga kini menafikan penglibatan mereka dalam insiden terbabit.

Mahkamah Tinggi India pada Jumaat lalu dilaporkan tidak berpuas hati dengan siasatan polis mengenai kes terbabit dan mempersoalkan kenapa Mishra tidak ditahan.


Sekumpulan petani terdahulu mendakwa Mishra berada di dalam kereta yang mengikuti konvoi menteri ketika kenderaannya melanggar empat penunjuk perasaaan, sekali gus menyebabkan mereka maut.

Kejadian itu mengundang kemarahan penunjuk perasaan yang lain sehingga mereka bertindak ganas dengan membakar kereta dinaiki Mishra, menyebabkan empat lagi terbunuh. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 11-10-2021 12:30 PM
Dapat rasakan kes ini bakal lenyap.
Libatkan anak menteri ni apatah lagi orang india
Quote AyaqMeloSuam 11-10-2021 12:30 PM
Dah mcm pilem tamil.. dey...dey...
Quote nakkomenjugak 11-10-2021 08:57 PM
Don wori ane
Lepas ni mesti sapu bawah karpet punya
Ala2 pilem tamil gitu
Quote CikYaYaYa 11-10-2021 10:42 PM
iolss spekuu kes niee takkan kemana. Bakalan disapuu masukk bawah katil.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.323750 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top