CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tak Boleh Duduk Dengan Orang Dah Vaksin Kalau 5G Aktif, Allah Je Tahu Sakitnya

11-10-2021 01:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14867| Komen: 123

Description: Kecoh di media sosial apabila ada golongan mendakwa terkesan dengan frekuensi rangkaian 5G selepas ia dikatakan telah aktif dalam badan mereka yang menerima vaksin.
Kecoh di media sosial apabila ada golongan mendakwa terkesan dengan frekuensi rangkaian 5G selepas ia dikatakan telah aktif dalam badan mereka yang menerima vaksin.

Difahamkan, isu tercetus apabila beberapa keping gambar tangkap layar atau ‘screenshot’ daripada sebuah laman Telegram telah ditularkan.



Gambar hiasan

Menerusi perbualan di platform tersebut, ada pihak menyatakan dia mengalami sakit pada bahagian pinggang dan pinggul apabila berdekatan individu yang sudah divaksin.

Malah, ada juga mendakwa sakit kepala apabila satu rumah penuh dengan ahli keluarga yang divaksin.

"Malam duduk rasa sakit pinggul pinggang.

"Last week family dari Kuala Lumpur balik. Satu rumah penuh dengan orang vaksin, sakit kepala Nauzubillah,” tulis beberapa individu dalam kumpulan ‘chat’ berkenaan.




Susulan daripada masalah itu, muncul pula satu pihak yang mengeluarkan teori baru yang mencadangkan penggunaan ‘aluminium foil’.

Menurutnya, bahan berkenaan dapat mengurangkan kesan frekuensi 5G yang diaktifkan dalam kebanyakan masyarakat sekarang.

“Terpaksa pakai. Kalau 5G aktif kita memang tak boleh duduk dengan depa(mereka),” tulisnya.

Situasi berkenaan kemudian menjadi perbincangan ‘hangat’ netizen apabila kebanyakan mereka menganggap golongan anti vaksin ini sudah terlebih paranoid.

Kebanyakan mereka juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan segala teori tidak berasas itu.

Sekadar info, teknologi 5G sebelum ini didakwa mendedahkan masyarakat pada risiko penyakit iaitu barah manakala cip nano dalam vaksin pula untuk mengesan kedudukan manusia.


Kredit foto: Twitter

Dakwaan ini menyebabkan sebilangan masyarakat mula meragui keupayaan vaksin sedangkan keperluannya penting bagi mencegah daripada dijangkiti virus Covid-19.

Pun begitu, konspirasi tersebut ternyata hanyalah sekadar mitos dan tidak benar selepas kebanyakan pakar menafikan teknologi sebegitu.

Bahkan Malaysia sendiri pun masih belum lagi mencapai tahap 5G dan masih di peringkat pembangunan.


Sumber: Gempak
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
4

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 11-10-2021 01:23 PM
Meolls punya phone dah ada utk 5g. kalau berdekatan dgn yg antivaksin phone meolss mencarut nok
Quote edayildiz 11-10-2021 01:35 PM
titew pulak kan kalau titew  letak hp kt tmpt cucuk tu kan jantung berdegup
Quote Qwertyuiop2019 11-10-2021 01:40 PM
Bukan main lagi ada carta bagai. Masalahnya paham ke tidak. Main forward ja. Yg lain dlm group tu pun jd tunggul mngiyekan semua tu. Terlebih pandai puak mcm ni
Quote helle 11-10-2021 01:46 PM
Salah bod ni....patut masuk bod lawak
Quote cikdot 11-10-2021 01:49 PM
nape aku rasa yg dalam group antivaks ni ramai tukang troll dari antivaks tu sendiri lol..
Quote nellyberry 11-10-2021 02:01 PM
Mesti laku keras aluminium foil kat Kedah dan Kelantan lepas nih.
Quote Simunggu 11-10-2021 02:06 PM
bodoh tiada diskaun langsung...
Quote Kitty_catz 11-10-2021 02:09 PM
pekat nya.. tak campo air
Quote monreyes 11-10-2021 02:12 PM
teori cam harammmmm
Quote becir 11-10-2021 02:21 PM
Saimi Rahim Tu la kot blastoff

Quote lipans 11-10-2021 02:24 PM
bagus la. takleh duduk dengan yang vaksin. pergi duduk hutan.
Quote mijot 11-10-2021 02:28 PM
bagus...dok rumah dendiam...
Quote aechae 11-10-2021 02:34 PM
becir replied at 11-10-2021 02:21 PM
Saimi Rahim Tu la kot blastoff

Mcm2 lh speku pulak...
Haritu kata afendi yg xnk duk icu tu
Quote aechae 11-10-2021 02:36 PM
Hbs lh aluminum foil org nk buat bakar2 ayam sosej weeknd nnt blk kg kna berebut plak dgn antivaksin ni....
Quote c===8 11-10-2021 02:41 PM
sakit pinggul tu tanda2 org positip kobid, ntah2 mamat tu tak sedar dah kena kobid tapi salahkan org dah vaksin
Quote tintin22 11-10-2021 02:44 PM
oooo mcm tu kisah dia
Quote dino 11-10-2021 02:49 PM
sejak bila msia dah ade 5g haha
paling awal pun next year..
Quote shernazz 11-10-2021 02:52 PM
Iols syak depa spm.5g kot
Tunyang trauma tak.boleh dekat dgn signal 5g
Quote fiekah 11-10-2021 03:28 PM
hahahahahahahahha....mcm3 la

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.066375 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top