CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Sendiri Belajar Dari Kosong, Hargailah Bakat" - Fauziah Latiff

11-10-2021 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9220| Komen: 46

Description: Penyanyi popular Fauziah Latiff mengutamakan bakat berbanding jumlah pengikut di media sosial.
Penyanyi popular Fauziah Latiff mengutamakan bakat berbanding jumlah pengikut di media sosial.

Kata Fauziah, 50, biarpun tidak menafikan ledakan populariti berdasarkan jumlah pengikut di media sosial misalnya Instagram, pelantun lagu Teratai Layu Di Tasik Madu itu masih percaya daripada bakat boleh menarik lebih ramai pengikut untuk mempercayai seseorang artis.



Kredit foto: BeautifulNara

"Bakat! Dariapda situ minat kita dan sayang kita. Jadi kita akan berusaha untuk memperbaiki persembahan untuk memuaskan hati peminat semua.

"Sebagai seorang artis, perlulah memberikan peluang untuk memperbaiki keupayaan diri dan mencari input untuk menjadi lebih baik.

"Apabila kualiti ada di situ peminat pun akan datang. Orang sekarang terbuka dan punyai pengetahuan untuk menilai sejauh mana seseorang artis itu. Mereka memerhati dan menyokong," ulasnya ketika ditemui pada sidang media maya ABPBH34 pada Ahad.


Belajar daripada pengalamannya bergelar artis selama lebih tiga dekad, Fauziah yakin, tiada kesenangan datang bergolek.

"Energy daripada peminat itu kita ambil untuk diri kita menjadi lebih baik sebenarnya. Untuk berjaya perlu ada bakat dan peminat.

"Saya sendiri belajar daripada kosong. Tiada yang mudah dalam hidup ini. Hargailah bakat," tegasnya.


Kredit foto: BH ONLINE

Sebelum ini tular kenyataan produser dan stesen televisyen yang menyasarkan jumlah 1 juta pengikut di media sosial untuk dipilih muncul di arus perdana.

Hal itu menimbulkan pelbagai reaksi terutama dalam kalangan pelakon di Malaysia.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 11-10-2021 01:55 PM
Gee ni bole kenyanyi lagi? Mcm semput jah nyanyi lately
Quote mat_arof 11-10-2021 01:59 PM
hai fauziah latiff

terbaik..


rindu nak tgok persembahan fauziah latiff..
Quote mat_arof 11-10-2021 02:01 PM
KamikuP replied at 11-10-2021 01:55 PM
Gee ni bole kenyanyi lagi? Mcm semput jah nyanyi lately

boleh nyanyi ke tidak...yang penting Fauziah latiff adalah penyanyi hebat di zaman 90an..zaman kegemilangan gee suatu ketika dahulu

zaman sekrang...fauziah latiff tak perlu nak nyanyi sangat...dia duduk di kerusi juri untuk mencari bakat bakat baru.
Quote sleepandream 11-10-2021 02:09 PM
kalau bakat semata pun tak cukup dalam showbiz..
kene pakej... bakat+peminat ramai+haters ramai... baru meletop
Quote ezacbee 11-10-2021 02:10 PM
Suara dia lembut je cam nasha aziz
Quote AshkieLa 11-10-2021 02:57 PM
gee berlakon best...
nyanyi dulu2 pun power...
rilek je nyanyi sambil menari tak semput...

sekarang je dah takleh mungkin faktor usia...
Quote pekanwoohoo 11-10-2021 03:15 PM
Suka dengan Fauziah Latiff , tenang je kalau tengok muka.

Sekarang jadi chef pulak dekat Awesome TV, masak guna periuk nasi.
Quote haznor 11-10-2021 03:18 PM
Kagum dgn Gee. Suara dia jadi signature untuk era akhir 80-an / awal 90-an dulu. Gemersik, lembut & merdu. Sangat lincah menari. Paling diingati persembahan Gee waktu program Kingsway.
Quote scrocth 11-10-2021 03:34 PM
Gee masih boleh menyanyi ya? Definisi menyanyi ni xperlu pn key tinggi mcm zaman kegemilangan. Cukup dgn stamina masih power, feel dan penghayatan masih ada (gee antara yg cukup bagus feel bila perform), key lagu yang sederhana yang xbuatkan penyanyi tu mcm termengah2 nk sampaikan lagu. Paling penting gee ada lebih 40 single hits yang melayakkan dia utk buat konsert solo sambil peminat boleh sing along. Itu plg mustahak berbanding power bawak lagu nada tinggi pitch perfect tp single satu apa pn xmemorable..
Quote akuMNdia 11-10-2021 03:39 PM
aku ingat lagi ada sekali persembahan live gee hauk & teruk kena kecam tapi
lepas tu dia perbaiki mutu suara & persembahan  sampai dia jadi juara Pesta Pujaan Kingsway 1989
Quote fadz84 11-10-2021 03:55 PM
Gee ni seiring bakat ngan rupa paras. memorable sgt persembahan masa pertandingan akhir Pesta Pujaan Kingsway tu.. suka gile lagu Terima Kasih Teman.
Quote supermum 11-10-2021 04:18 PM
Dia pun songwriter kan? Dia banyak tulis lagu sendiri
Quote sharlenetexas 11-10-2021 05:16 PM
Tapi sheols juga yg rosakkan suara sendiri.

Quote ladybugz 11-10-2021 05:34 PM
penyanyi generasi muda yg i rasa sgt berkualiti suaranya adalah aina abdul ajela. tu pun tertengok di tv buat cover lagu mariah. yang lain hanyala mengejar followers semata2. habis byk duit  kat video editing, studio youtube/socmed, pakaian, makeup bagai.  sayangnya aina abdul tu, takde komposer yg hebat yg betul2 nk bg lagu yg berkualiti tinggi. apepun, kalau bab acting, stesen tv kenala ambik org yg ade charisma, ade bakat lakonan dan x overacting. stakat followers tinggi tu buat watak tempelan i ok je. yang pentimg teraju utama dan jalan cerita mesti berkualiti
Quote imanjannah 11-10-2021 05:37 PM
sharlenetexas replied at 11-10-2021 05:16 PM
Tapi sheols juga yg rosakkan suara sendiri.

apa punca suara sheols jadi gitu ye
Quote pencintaABC 11-10-2021 05:43 PM
scrocth replied at 11-10-2021 03:34 PM
Gee masih boleh menyanyi ya? Definisi menyanyi ni xperlu pn key tinggi mcm zaman kegemilangan. Cukup ...

Kesian kan retis cm salma asis menyanyi nada tinggi smpai klcc perginya tp lagu2 tetaplah sendu di aidilfitri
Quote Lagubestbest 11-10-2021 06:23 PM
awat stail mcm wife Tun M?
Quote scrocth 11-10-2021 07:08 PM
pencintaABC replied at 11-10-2021 05:43 PM
Kesian kan retis cm salma asis menyanyi nada tinggi smpai klcc perginya tp lagu2 tetaplah sendu di ...

Sorg lagi, noryn aziz
Quote fadz84 11-10-2021 07:10 PM
Edited by fadz84 at 11-10-2021 07:12 PM
Lagubestbest replied at 11-10-2021 06:23 PM
awat stail mcm wife Tun M?


Katanya ada filem pasal Tun M & Tun Ct Hasmah.. Gee terpilih pegang watak Tun Ct. Tp cite tu plan masa zmn PH menang PRU dulu, xtau la apa progress filem tu

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.064141 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top