CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Abu Bakar Dekat Di Hati Penduduk Chini, Sentiasa Jaga Kebajikan

7-5-2020 11:08 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 5239| Komen: 29|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun disifatkan sebagai kehilangan besar kepada penduduk di kawasan yang diwakilinya selama tiga penggal itu.
Kredit foto: Facebook


Pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun disifatkan sebagai kehilangan besar kepada penduduk di kawasan yang diwakilinya selama tiga penggal itu.

Memetik status Facebook seorang penduduk bernama Zazrina Zainuddin, Allahyarham sentiasa menjaga kebajikan masyarakat di Chini.

"Perginya wakil rakyat yang dekat di hati dan sentiasa menjaga kebajikan penduduk Chini.. kehilangan yang pasti dirasai. 

"Pergi dalam bulan mulia, bulan Ramadan, semoga roh arwah dicucuri rahmat," katanya.


Kredit foto: Facebook


Sementara itu, memetik laporan Edisi9, Abu Bakar meninggal dunia pada awal pagi 7 Mei di Hospital Kuala Lumpur dipercayai akibat serangan jantung.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham melalui laman Facebook beliau.

"Mendapat perkhabaran berita sedih pemergian seorang sahabat dan rakan seperjuangan, Datuk Seri Abu Bakar Harun yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini.

"Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman," katanya.

Takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga Allah SWT mengampunkan segala dosanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zamzam 7-5-2020 06:44 AM
Wah prk di waktu covid?
Quote supernaturalee 7-5-2020 06:52 AM
zamzam replied at 7-5-2020 06:44 AM
Wah prk di waktu covid?

Innalillahiwainna ilaihirojiun


Ah sudah
But I'm pretty sure spr ada sop utk this kind of situation
Tgl lg rakyat nk follow ke x

Plus...this is new
Kita tgk mcmn nnt
Quote Aai2 7-5-2020 06:57 AM
Innalillahiwainnalillahirajiun...akan ada pelihanraya kecil nanti... pilihanraya pertama bagi gabungan PN ..
Quote zamzam 7-5-2020 07:00 AM
Insya Allah PN menang. UMNO + PAS 15 K vs PH 1K...srmoga hilang deposit.
Quote AbukRokok 7-5-2020 08:52 AM
bersatu vs umno?
Quote Eric.n9 7-5-2020 08:58 AM
Salam Takziah buat keluarga Arwah...

Maka selepas ni, gigih la segala parti berkampung dekat kawasan ni.
Quote Artemesiaa 7-5-2020 09:00 AM
Takziah buat keluarga beliau.  Lepas ni nanti nak berkempen pun kenalah ikut norma baru dah tak boleh guna cara kebiasaan dulu
Quote sarah82 7-5-2020 10:05 AM
Innalillahi wainna ilaihi raji'un
Quote Idelgo 7-5-2020 10:08 AM
Alfatihah.takziah diucapkan kepada keluarga arwah.
Quote mbhcsf 7-5-2020 10:13 AM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

bless him

hmm....macam mane SPR nak handle PRK dalam keadaan negara berhadapan dengan  covid-19 ?
apa apa punlepas PKP.

boleh tanya Datuk Seri Baju Batik - Ismail Sabri today
Quote Tinot7 7-5-2020 10:19 AM
Takziah kpd keluarga.
Nak tgk gak camne depa buat prk.
Quote Anne.W 7-5-2020 10:58 AM
Artemesiaa replied at 7-5-2020 09:00 AM
Takziah buat keluarga beliau.  Lepas ni nanti nak berkempen pun kenalah ikut norma baru dah tak bole ...

Guna zoom ok dak? Huhu
Quote hussaini4675 7-5-2020 11:08 AM
Kredit foto: Facebook




Pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun disifatkan sebagai kehilangan besar kepada penduduk di kawasan yang diwakilinya selama tiga penggal itu.


Memetik status Facebook seorang penduduk bernama Zazrina Zainuddin, Allahyarham sentiasa menjaga kebajikan masyarakat di Chini.


"erginya wakil rakyat yang dekat di hati dan sentiasa menjaga kebajikan penduduk Chini.. kehilangan yang pasti dirasai.

"ergi dalam bulan mulia, bulan Ramadan, semoga roh arwah dicucuri rahmat," katanya.




Kredit foto: Facebook




Sementara itu, memetik laporan Edisi9, Abu Bakar meninggal dunia pada awal pagi 7 Mei di Hospital Kuala Lumpur dipercayai akibat serangan jantung.


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham melalui laman Facebook beliau.


"Mendapat perkhabaran berita sedih pemergian seorang sahabat dan rakan seperjuangan, Datuk Seri Abu Bakar Harun yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini.

"Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman," katanya.


Takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga Allah SWT mengampunkan segala dosanya. - CARI
Quote RatuDunia94 7-5-2020 11:37 AM
Undi guna poll online je lah.  
Berkempen semua boleh guna LIVE streaming, youtube etc..

Heheheee..
Quote dubuk 7-5-2020 11:38 AM
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Quote Ina8895 7-5-2020 12:47 PM
Al Fatihah.
Quote minah_selekeh 7-5-2020 01:09 PM
Al-Fatihah..

Semoga Allahyarham diampunkan dosa2nya, diringankan azab kubur dan ditempatkan bersama para solehin.. Aameen..
Quote Sham143 7-5-2020 02:11 PM
Innalillah wainnailaihirojiun.. Semuga rohnya dicucuri rahmat..
Quote Kurex 7-5-2020 02:17 PM
Innalillahi wainna ilaihi raji'un

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.061522 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top