CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dituduh Tunggang Quran, Dagangkan Anak - Che Ta Mohon Wanita Ini Diberi Hidayah

7-5-2020 10:50 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 11381| Komen: 38|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Rozita Che Wan memang selebriti yang suka melaram. Tidak kiralah apa jua aktiviti, wajahnya tidak pernah dibiarkan polos dan dilengkapkan lagi dengan busana yang glamor.



Rozita Che Wan memang selebriti yang suka melaram. Tidak kiralah apa jua aktiviti, wajahnya tidak pernah dibiarkan polos dan dilengkapkan lagi dengan busana yang glamor. 

Ramai memahami habit isteri kepada Zain Saidin ini, namun lumrah manusia mesti ada sahaja yang tidak berpuas hati dengan Che Ta.

Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Che Ta seperti perasan cantik, perempuan tua, memperdagang anak, malah ada yang mendakwa Che Ta membaca Al-Quran tunggang langgang sangat menyentuh hati wanitanya. 

Di ruangan Insta Story, Che Ta hanya menulis semoga Allah memberi hidayah kepada wanita itu.


Kredit foto: IG


Lumrah sebagai artis, pasti ada yang menyukai dan membenci. Namun, apabila sanggup menyeranah sebegitu sekali, terfikir jua mengapa begitu berhasad?

Terdahulu, hantaran di Instagramnya juga menjadi sasaran warganet yang mempertikaikan kapsyen Che Ta. 

Dengan gambarnya bersama-sama Ziana Zain dan Fauziah Latif, kapsyennya yang berbunyi "Ni ja satu-satunya cover kami yang menutup aurat. Yang lain semua macam tak ingat dunia punya pose" mengundang salah faham warganet.


Kredit foto: IG

Dengan tidak semena-mena, seorang pengguna Instagram menuduh pelakon yang popular dengan nama Kiah Pekasam ini 'mengata orang' hingga hatinya menjadi 'hitam'.


Kredit foto: IG

Berikutan itu, Che Ta turut memberikan maklum balas tidak faham dengan kenyataan tersebut.


Kredit foto: IG

Ia membuatkan pengikut Rozita Che Wan ini 'menyekolahkan' wanita tersebut hingga dia tampil untuk menyatakan ianya adalah salah faham. Malah, Che Ta sendiri turut bersetuju bahawa ada yang salah faham dengan kapsyen tersebut. Siapa makan cili, dia terasa pedasnya.


Kredit foto: IG

Kredit foto: IG

Apapun, setiap orang bebas menyuarakan pendapat dan ketidakpuashatian mereka, namun janganlah sampai mencaci dan menghina. 

Mujurlah bulan puasa ini Che Ta lebih bersabar dan tidak membebel seperti biasa. Netizen pun bawa-bawalah menjaga mulut terutamanya di bulan Ramadan yang mulia ini ya. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 7-5-2020 10:54 AM
tang mananya tah che ta mengata org...dia kata diri dia sendiri kan pose tak ingat dunia...

patutlah muzaffar jakel marah melayu tak reti bahasa melayu..
Quote sarahmirza 7-5-2020 11:17 AM
Biasa orang kata tunggang agama, first time baca tunggang Quran... Haish tak baik la, kitab suci tau.

Quote RatuDunia94 7-5-2020 11:44 AM
Alah.. che ta ni post camtu ignore je lahh
Quote febreze 7-5-2020 12:04 PM
maksud 'kami' tu che ta sorang je..acik kepam tu igt kan 'kami' tu termasuk kak gee latif yg free hair tu...apo la acik kepam tu..
Quote azie5zoe 7-5-2020 12:05 PM
sarahmirza replied at 7-5-2020 11:17 AM
Biasa orang kata tunggang agama, first time baca tunggang Quran... Haish tak baik la, kitab suci tau ...

tengok dari komen orang tu pun macam boleh agak macam mana orangnya..iols baca dua tiga kali juga nak faham..ni umpama macam orang baca dgn sekali lafaz...ayat tunggang langgang..tu yg boleh jd tunggang al quran...

Quote kivio 7-5-2020 12:16 PM
Tapi memang betul pun muka mekap je tebal.
Hm kurang 25% pahala ai harini.
Quote uori 7-5-2020 12:28 PM
retis ni kan, nampak low class kalau layan komen picisan macam ni.
lagi justify, lagi nampak tak bijak.
stay classsy k, RSO
Quote biozipstar 7-5-2020 12:30 PM
hahahaha tah pape netijen.. ada aje nak cari gaduh
Quote DARSITA 7-5-2020 12:32 PM

Aisyah tu makin besar makin chomel/lawa! lembut jer cara bercakap mendengar kata etc.

Quote dua_chzy 7-5-2020 12:45 PM
Akak tak suka Che Ta. Tapi akak sokong ja jika sheol retaliate. Akak yaqin, netizens yang kuat mengutuk retis di IG retis tu sundri, kehidupannya jauh lagik teruk. At least retis yang dikutuk tu lawa, banyak duit, etc. Korang ingat tak keling pengabdi Lopah yang suka ngutuk Fazura dulu tu yang irl hanyalah penerima BRIM?
Quote salamon 7-5-2020 01:17 PM
dua-dua xleh bawak bincang baik cheta mahu pon acik tu...haha...tu la bahayanya lau wanita berusia main ig, emo je
Quote Lailerthee 7-5-2020 01:31 PM
Yg komen tu pon dah knp tbe2 kne komen gitu
Quote slyfynx 7-5-2020 01:34 PM
Mende ni pun gosip ke?
Bosan la bodgos sekarang.
Artikel semua macam orang yang sama tulis,
And semua sama ada ig story, post ig, atau komen ig.

Hint, Sepul
Quote Esel768 7-5-2020 01:42 PM
Sbb nekta guna word "kami" ni ke? Kami tu kan maksudnya saya utk org2 kedah. Ke aku yg salah faham ni?
Quote shahreen 7-5-2020 02:41 PM
Dasarrr netizen low classs
Quote Manjahati 7-5-2020 04:41 PM
Apa2 pun i nk komen aisya ni comey
Quote anilanil 7-5-2020 04:49 PM
Makcik bawang tu tak paham loghat Kedah. Cheta maksudkan kami=saya bukannya kami bertiga. Moral of the story, cheta tulis la caption pakai Bahasa Melayu standard..tak semua Malaysian bercampur gaul dgn Malaysian negeri lain...
Quote reddots 7-5-2020 04:54 PM
Esel768 replied at 7-5-2020 01:42 PM
Sbb nekta guna word "kami" ni ke? Kami tu kan maksudnya saya utk org2 kedah. Ke aku yg salah faham n ...

Menurut keterangan kat atas..kami tu bermaksud saya


Tp ..dah dua dua bangang.. X reti guna tata bahasa ngan betul.. Mmg lah buat org slh faham.

Aku sendiri kena hadam 2- 3 kali, baru paham apa isunya kat sini.

1. Cheta ckp, pose kami yg tutup aurat.. Merujuk pose dia tutup aurat. Tp klu ayat betul kami tu merujuk  mereka bertiga.

2. Ayat last tu " yg lain semua mcm x ingat dunia punya pose"  - seolah merujuk netijen pose tak ingat dunia.. Walhal cheta maksudkan pose dia yg  lain  tu lah yg x ingat dunia selain pose tutup aurat tu ha..


So conclusion. Dua dua bangang.. Sekian.
Quote aderaderker 7-5-2020 04:57 PM
Moralnya,  guna bahasa yg orang mudah paham.

Tapi nanti dia kata,  ig kami sukati kami lah.

Lantak hang la noh...

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.496968 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top