CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Al-Fatihah, Ustaz Ismail Kamus Meninggal Dunia

8-5-2020 10:09 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 11270| Komen: 123|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Allahyarham Datuk Ismail Kamus. 

Kredit foto: Facebook

Tokoh dakwah terkemuka di negara ini, Datuk Ismail Kamus meninggal dunia di rumahnya di Ampang, Selangor pada pukul 12.30 tengah malam, 8 Mei.

Khabar sedih tentang pemergian Allahyarham yang berusia 72 tahun itu dikongsi oleh Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia melalui Facebook.

"Tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Tuan Guru Datuk Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang.

"Semoga Allah SWT menempatkan beliau di tempat yang mulia di sisi Allah SWT," katanya.

Kredit foto: Facebook


Sementara itu, Edisi9 melaporkan, Ismail sebelum ini difahamkan menjalani rawatan di Unit Jagaan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur sejak 26 April lalu.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut berkongsi kesedihan atas pemergian Allahyarham melalui Twitter.

"Rasa sedih menyelubungi suasana tengah malam ini di bulan Ramadan al-Mubarak tatkala mendapat perkhabaran pemergian Ustaz Datuk Ismail Kamus ke rahmatullah," katanya.


Anak Allahyarham, Mohd Firdaus memaklumkan, solat jenazah bapanya dijadualkan berlangsung di Masjid As-Sobirin, AU5 Keramat pada jam 9 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU5, Keramat.

Pemergian Ustaz Ismail yang banyak berjasa dalam usaha mengembangkan syiar Islam pasti amat dirasai oleh umat Islam di negara ini. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rainbowrainz 8-5-2020 01:15 AM
Innalillahi al fatihah
Quote Pixie902 8-5-2020 01:15 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun...Al-Fatihah
Semuga dicucuri rahmat ke atas roh allahyarham dan ditempatkan di kalangan para solihin.
Salam takziah kepada keluarga beliau.
Satu kehilangan besar kepada umat Islam di Msia.
Quote hiswife 8-5-2020 01:17 AM
Salam takziah..
Quote syamzana 8-5-2020 01:24 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun...takziah buat ahli keluarga allahyarham
semoga arwah ditempatkan dikalangan para solihin
Quote nefnefnef 8-5-2020 01:24 AM
Inna lillahi wainna ilaihi rojiun
Quote supernaturalee 8-5-2020 01:32 AM
Innalillahiwainna ilaihirojiun

Alfatihah

Zaman bdk2 dulu die selalu je keluar tv
Wayyyy b4 uke, uai
Pu pu, jgn ckp lh kn

Quote Lailerthee 8-5-2020 01:35 AM
supernaturalee replied at 8-5-2020 01:32 AM
Innalillahiwainna ilaihirojiun

Alfatihah

Betul. Zaman2 kaset n vcd dulu bnyk ceramah2 n zikir2 dia
Quote Jitu 8-5-2020 01:36 AM
Innalillah

bila dengar ceramah ustaz Harryanto mst ingat kat arwah sama sgt stail diorg bercakap
dulu2 arwah selalu muncul dlm racangan Forum Perdana tv1
Quote eyansss 8-5-2020 01:38 AM
jadinya yang ni memang info betul la ye sebab semalam tak betul..:
Quote ashilalat 8-5-2020 01:42 AM
Salam takziah
Quote gigahertz 8-5-2020 01:45 AM
Allahyarham pernah datang ke masjid i sini. tahun lepas. tapi mmg uzur yang amat.
berkerusi roda. masjid i pula jenis bertingkat. berpusing gitu.
Quote Aai2 8-5-2020 01:46 AM
Innalillahiwainnalillahirajiun... semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman.. takziah utk ahli keluarganya..dah lama beliau x muncul di TV....
Quote jazaa100 8-5-2020 01:57 AM

semoga arwah ditempatkan dikalangan para solihin
Quote awenda507 8-5-2020 02:28 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat keluarga
Quote gummiebear 8-5-2020 02:48 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun

Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman dan diredhaiNya
Quote DARSITA 8-5-2020 02:55 AM

Banyak pahala yg sentiasa mengalir buat arwah kerana kerana ilmu ugama yang dia berikan secara percuma diamalkan oleh ramai orang termasuk aii.

Semoga ruh Allahyarham  Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan dicucuri rahmat dari Allah S.W.T. Al Fatihah.


Mulia.png


Semoga Tun M juga meninggal di hari Jumaat. Amin.


Quote minah_selekeh 8-5-2020 03:09 AM
Pergi seorang lagi alim ulama' yang dihormati orang ramai.. Semoga Allahyarham diberi syurga oleh Allah SWT atas semua ilmu agama yang diajar pada kita semua.. Aameen..
Quote sarah82 8-5-2020 03:11 AM
Innalillahi wainna ilaihi raji'un.. Hari ni 15 posa kan?
Quote Lavender85 8-5-2020 03:17 AM
innalillahwainnailaihirojiun .. sedih sangat.. x sangka last hari tu dia dtg masjid kat rumah kali terakhir jmpa dia..  lagi sekali sepatut dtg x dpt dtg sebab uzur. cara ckp dia semua mmg nmpk uzur sgt.. tapi nmpk Almarhum Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus ni sungguh2 nk sampaikan ilmu pada org2 yg hadir.. sungguh2 nk manfaatkan masa yg dia ada utk share ilmu sebanyak mgkin.. x tau kenapa rasa sebak sgt.. semoga segala ilmu yg dikongsi menjadi bekalan beliau di akhirat nanti.. x tau kenapa air mata tiba2 x boleh henti.. setiap kali ada org2 yg beriman ni pergi hati ni mcm disentap2

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-12-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.158313 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top