CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Balik Kampung, Siapa Nak Periksa Suhu Badan Masa Sakan Beraya?

8-5-2020 02:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11867| Komen: 156

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dalam program 'Ruang Bicara' Bernama TV seperti dipetik MalaysiaKini memberi penjelasan kepada rakyat mengapa tidak boleh balik kampung untuk sambutan Aidilfitri.


Katanya, larangan itu dibuat kerana sukar bagi memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan berkaitan pencegahan Covid-19.


Kredit foto: The Star

Ia berbeza dengan pasar raya yang lebih mudah untuk memantau pematuhan SOP ditetapkan.

"Sebagai contoh, siapa yang nak masuk mesti beratur pada jarak satu meter. Penjarakan sosial mesti dijaga, sebelum masuk juga kena saring dan untuk masuk juga kena ada jumlah tertentu yang kita perlu tetapkan, jadi semua SOP itu kita jelas.

“Tetapi, balik kampung siapa yang nak pantau. Dalam satu rumah tiba-tiba berpeluk-peluk dengan saudara-mara, macam mana kita nak pastikan jarakan sosial berlaku? Bagaimana nak pastikan ada yang periksa suhu setiap orang yang masuk ke rumah,” katanya.


Tambahnya, walaupun ada jawatankuasa khas untuk memantau pematuhan SOP berkenaan, pemantauan setiap rumah di seluruh negara sukar dilaksanakan berikutan kekurangan anggota.

"Jadi (pemantauan) pematuhan itu kita jangka tak dapat kita laksanakan. Apa yang kita buat ini adalah untuk menjaga kepentingan semua, kita tidak mahu hari raya ini menjadi satu kluster baru, akibat raya balik ke tempat kerja bawa penularan baharu,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata ia tertakluk kepada Menteri Kesihatan Dr Adham Baba yang diberi kuasa mengeluarkan sebarang arahan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk kebenaran pulang ke kampung. - CARI
3

Bagus

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 8-5-2020 03:04 PM
Rakyat telah lama redho Aidilfitri di sambut di kediaman masing2.
Quote LostStar 8-5-2020 03:33 PM
Ntahnya.. tak ada sapa kesahkan raya dah.. yang dikesahkan sekarang moga virus ini dapat dinyah secepat mungkin ja..
Quote iraizz 8-5-2020 03:39 PM
Ramai je lagi kat benang2 sebelah merempan nak balik kampung.. Come on la rakyat malaysia, tak matinya kalau tak berhari raya di kampung, tapi maybe mak pak korang berisiko kalau korang balik kampung.... Ada paham..
Quote lilacomot 8-5-2020 03:49 PM
tp bln puasa ni ramai je yg dh kunjung mengunjung berbuka puasa
Quote Abot 8-5-2020 03:55 PM
pk positif jela.. raya thun ni aku dapat rehat  !! yahooo
Quote nazzse 8-5-2020 03:58 PM
iraizz: Ramai je lagi kat benang2 sebelah merempan nak balik kampung.. Come on la rakyat malaysia, tak matinya kalau tak berhari raya di kampung, tapi maybe m ...


Semalam baru cousin iols mesej ajak balik kampung, padahal confirm2 tak boleh rentas negeri..dgn yakinnya heols cakap heols ada cara.. Banyak la caro ko, byee..jangan bawa mai penyakit nanti sudah
Quote iraizz 8-5-2020 04:02 PM
nazzse replied at 8-5-2020 03:58 PM
Semalam baru cousin iols mesej ajak balik kampung, padahal confirm2 tak boleh rentas negeri..dgn ...

Ape lah cara si cousin  tu yer... Nak balik cara illegal la tu... Jgn cari pasai, kang kantoi kat umah sendiri pun tak leh duduk, duduk la berhari raya di jail.. Roadblock kat sempadan negeri merata dah woi..
Quote slyfynx 8-5-2020 04:07 PM
iraizz replied at 8-5-2020 03:39 PM
Ramai je lagi kat benang2 sebelah merempan nak balik kampung.. Come on la rakyat malaysia, tak matin ...

Dengan yang bangang gi rumah orang berbuka same2 sbb boleh gerak2 dah sekarang.
Bodo, dah la makan kongsi sudu garpu.
Mampos beramai2
Quote nuno 8-5-2020 04:12 PM
Ke pak menteri ni yang nak balik beraya semua ni..saja cakap kat rakyat hahaha
Quote darkness 8-5-2020 04:15 PM
Xdak kampong nak balik pun. Raya di rumah ja
Quote nazzse 8-5-2020 04:19 PM
iraizz replied at 8-5-2020 08:02 AM
Ape lah cara si cousin  tu yer... Nak balik cara illegal la tu... Jgn cari pasai, kang kantoi kat  ...

I tunggu & lihat jugak ni. Ajak meols sbb meols yg drive, dengan lesen mati takleh renew memang taklah iols nak drive jauh2. Boleh beraya dgn aman tahun ni
Quote Tinot7 8-5-2020 04:26 PM
nazzse replied at 8-5-2020 03:58 PM
Semalam baru cousin iols mesej ajak balik kampung, padahal confirm2 tak boleh rentas negeri..dgn ...

Beraninya cousin chuols.. tingat iols kat famili yg rentas negeri, pastu post kat medsos cara nak rentas negeri masa pkp. Kena tangkap pastu taktau apa kabor.
Quote kucingitam 8-5-2020 04:51 PM
kat fb nu ramai ja lagi dok sibuk nk balik raya, nak balik raya.. kalau blh lempang, aku lempang sesekor. tang mananya yg tak paham sgt tu tah
Quote GigaMom 8-5-2020 05:30 PM
Ai mmg x kan balik
Biar bpatah arang sekalipun
My mil dh hr2 hint tny pasal balik raya
Anakny ni pun sibuk nak hint. Koser aku nak layan.
Demi nyawa anak ku, lantak lah anak beranak degil itu. Boleh x.
Selangor-kelantan bukan dekat
Quote cik_chili 8-5-2020 05:31 PM
aku janji x peluk semua org ....pls nak blik raya...
Quote isseliparjepun 8-5-2020 06:42 PM
slyfynx replied at 8-5-2020 04:07 PM
Dengan yang bangang gi rumah orang berbuka same2 sbb boleh gerak2 dah sekarang.
Bodo, dah la maka ...

Jangan tak tau..ada yang dah buek majlis berbuko poso lagi kek opis dongan kek umah pun ado. Bukan kawan kawan yo tapi dongan bos bos join skali. Bos punyo akal nak buek. Makanan siap bertempah laei. Hebat kan.
Quote Eric.n9 8-5-2020 06:44 PM
isseliparjepun replied at 8-5-2020 06:42 PM
Jangan tak tau..ada yang dah buek majlis berbuko poso lagi kek opis dongan kek umah pun ado. Bukan ...

Cukup sorang jo yo ado, habih sumo eh kono.
Bega bona...
Quote munchkin 8-5-2020 07:02 PM
Gila kau.  Now tetiba ada kluster pak guard. Cluster pasar. Cluster pembinaan. Kluster kilang ayam pedas.

Di akhir pkp timbul kluster2 ni.
Quote munchkin 8-5-2020 07:03 PM
kucingitam replied at 8-5-2020 04:51 PM
kat fb nu ramai ja lagi dok sibuk nk balik raya, nak balik raya.. kalau blh lempang, aku lempang ses ...

Yelah siap perli orang yg nak patuh. Aku nak balik aku punya pasal lah.

Lihat semua komen(156)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-12-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.049581 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top