CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JHEAT Tampil Jelaskan Kes Khalwat Siti Rohayu

9-5-2020 10:24 AM| Diterbitkan: ctcheery| Dilihat: 95993| Komen: 594|Original author: Oleh: Ct Cheery

Tular sejak beberapa hari lepas mengenai perkongsian Siti Rohayu di Facebook yang mendakwa dianiaya dan difitnah keluarga mentua sehingga ditahan atas tuduhan berkhalwat dengan saudara angkat.


Sejak itu juga Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menjadi perhatian warganet dan turut diselar kerana didakwa melakukan penganiayaan terhadap seorang wanita dengan tuduhan berkhalwat.


Siti Rohayu sebelum ini mendakwa dia dituduh berkhalwat dengan saudara angkat sedangkan ketika kejadian terdapat suami dan kakaknya serta empat kanak-kanak termasuk dua anaknya.


Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah JHEAT Mohd Adnan Abdullah, pihaknya mengesahkan melakukan serbuan jam 11.20 malam dan sedia maklum mengenai status dibuat Rohayu di Facebook pada pagi kejadian. Pihak JHEAT kesal dakwaan Jabatan tersebut telah menganiaya seorang wanita yang berstatus isteri kepada OKU.



Kredit foto: Facebook Siti Rohayu


Katanya, JHEAT membuat serbuan berdasarkan aduan diterima dan telah membuat risikan sebelum mengambil tindakan. Pihaknya melakukan serbuan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) JHEAT dan penahanan itu dilakukan dengan mengambil kira pelbagai faktor.


"Dalam kes ini, JHEAT sudah membuat risikan sebelum mengambil tindakan dan bukannya sewenang-wenangnya mengambil tindakan sedemikian.


"Wanita dan Adik angkat itu ditahan atas kesalahan Khalwat manakala kakak kepada wanita terbabit pula ditahan kerana bersubahat.


"Kita tidak nafikan suaminya ada di rumah berkenaan. Mereka mendakwa lelaki terbabit anak angkat kepada keluarga mereka namun ia tetap menjadi kesalahan kerana mereka bukan mahram apatah lagi suami wanita terbabit mengalami masalah kesihatan," katanya ketika dihubungi media yang dipetik dari BH Online.


Mohd Adnan menambah, apabila terdapat lelaki bukan mahram di dalam rumah, ia juga menimbulkan syak yang menjadi kesalahan walaupun di dalam rumah berkenaan terdapat ahli keluarga yang ramai.


" Kes ini masih dalam siasatan dan Kita harap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi. Kes disiasat mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2001 iaitu khalwat dan Seksyen 55 enakmen sama kerana penyubahatan," katanya. - CARI

3

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 9-5-2020 10:48 AM
Urnmmm. Selepas tgk pic dia ngan so called adik angkat dia tu... Terus hati ku berasa sesuatu yg x enak... Urnmmm
Mcm Ada alasan kukuh utk pej agama tangkap depa


Quote sarah82 9-5-2020 10:51 AM
manehnya replied at 9-5-2020 10:48 AM
Urnmmm. Selepas tgk pic dia ngan so called adik angkat dia tu... Terus hati ku berasa sesuatu yg x e ...

Ada gambar?
Quote rainbowrainz 9-5-2020 10:54 AM
X bani nak komen
Quote annehuda 9-5-2020 10:55 AM
kawan aku pun ade pengalaman ambush laki die bersekedudukan ngan babi sondol.  ingat senang2 ke pjbt agama nk gi ambush. makan masa gak, nk kumpul bukti ape bagai. tu lg la laki die bersondol2an kat perumahan majoriti cina yg takde ketua kg. dh mcm PI dah member aku tu
Quote makita 9-5-2020 11:06 AM
Adik angkat tu cari yg jantina perempuan boleh je kan.
Quote QueenIsolde 9-5-2020 11:10 AM
Mcm nak speku kakak dia subahat, dan bini dia guna kesempatan kt laki dia. Bwk laki lain masuk dgn alasan laki dan kakak ada. Sdgkn laki dia kt umah tu mmg dah tak bdaya nak buat apa, cerdik pompuan ni. Nasib baik tak hencap family mertua dia kt benang sebelah
Quote bluebutter 9-5-2020 11:11 AM
manehnya: Urnmmm. Selepas tgk pic dia ngan so called adik angkat dia tu... Terus hati ku berasa sesuatu yg x enak... UrnmmmMcm Ada alasan kukuh utk pej agama ta ...

Gambar mn.
Quote bakingsoda 9-5-2020 11:14 AM
manehnya replied at 9-5-2020 10:48 AM
Urnmmm. Selepas tgk pic dia ngan so called adik angkat dia tu... Terus hati ku berasa sesuatu yg x e ...

tepek gambar pls. aku takde fb kalau gambar tu dr fb
Quote TalibanRock 9-5-2020 11:19 AM
manehnya replied at 9-5-2020 10:48 AM
Urnmmm. Selepas tgk pic dia ngan so called adik angkat dia tu... Terus hati ku berasa sesuatu yg x e ...

tepek gambar sini...bagi kitorang plak judge...ahahaha
Quote cik_Sally 9-5-2020 11:39 AM
FB_IMG_1588995145449.jpg
Quote cik_Sally 9-5-2020 11:40 AM
FB_IMG_1588995596687.jpg

Kongsi hobi
Quote cik_Sally 9-5-2020 11:44 AM
FB_IMG_1588995716177.jpg
Quote Catpaw 9-5-2020 11:46 AM
cik_Sally replied at 9-5-2020 11:44 AM


Ni sedondon meroh jambu ni suami dia ke abg angkat dia?
Quote cik_Sally 9-5-2020 11:47 AM
Catpaw replied at 9-5-2020 11:46 AM
Ni sedondon meroh jambu ni laki dia ke suami dia?

Hadek hangkat...somi dah jadi sayur kat rumah
Quote noor2 9-5-2020 11:48 AM
Simpati suami dia......
Quote Catpaw 9-5-2020 11:48 AM
cik_Sally replied at 9-5-2020 11:47 AM
Hadek hangkat...somi dah jadi sayur kat rumah

Oh hadek angkat... kemain lagi huhu
Quote otai_g 9-5-2020 11:49 AM
nk adik angkat laki? Ha ambik masuk black maria, x payah bnyk cerita.

malas nk memaki bln puasa ni.
Quote MissVixen 9-5-2020 11:50 AM
Baju pun dah sedondon. Sweet home alabama sangat nak bersaudara angkat. memang patut kena serbu. Dah buat maksiat ni, entah2 anak dua orang tu pun bukan hasil benih suami.
Quote felinecat 9-5-2020 11:50 AM
garit je yg ade adik angkat kakak angkat bagai bile dh berstatus bini org.laki mana yg bg bini ade adik angkat lainan jantina dh tetua ni...

Lihat semua komen(594)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.065621 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top