CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Empat Beradik Maut Akibat Dendam Tanah Pusaka

6-5-2020 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12662| Komen: 81

Mayat empat beradik ditemui dalam keadaan mengerikan di sebuah kebun di Maluku, Indonesia, petang semalam.

Memetik portal satumalukuID, kesemua mangsa dibunuh ahli keluarga mereka sendiri menggunakan parang dan tombak.



Kredit foto: TribunNews

Menurut jurucakap polis, M Roem Ohoirat, tiga daripada mangsa merupakan petani dan seorang daripadanya berusia 69 tahun, manakala seorang lagi mangsa bekerja sebagai peguam.

Katanya, pembunuhan itu bermotifkan dendam akibat perebutan tanah pusaka datuk mereka yang mempunyai dua isteri.

Berikutan kejadian, polis menahan enam suspek dipercayai terbabit pembunuhan itu untuk membantu siasatan. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nenekglamer 6-5-2020 12:09 PM
Now semua dpt tanah - masuk dlm tanah.
Quote Kurex 6-5-2020 12:18 PM
Sebab tanah adik neradik gadub sampai terlupa dekat tanah yg jadi kediaman kelak.. teringat la satu cerita ni..
Quote shark_eow7 6-5-2020 12:18 PM
sebab harta. berbaloi ke tak la dengan nilai harta tu sampai berbunuh..
Quote iminidin 6-5-2020 12:20 PM
Kerana rebut harta ni...
Nyawa tergadai.
Adik beradik berbunuhan..
Hat 6 lagi pun merana. Tak kena hukum.. Sesalan sampai hujung nyawa laaah...
Quote Artemesiaa 6-5-2020 12:21 PM
Sebab harta pusaka keluarga yang bersatu pun akhirnya boleh berpecah belah sebab masing2 tamak berebut bahagian.
Quote duri_durians 6-5-2020 12:44 PM
kenapa kita perlu ada rasa entitled kepada harta orang tua kita?
Quote xtahumenahu 6-5-2020 12:46 PM
Ahaaa..x menghairankan..byk kali hadap...org baik2 pon boleh jadi samseng pasal harta pusaka.
Quote Eric.n9 6-5-2020 12:49 PM
Smpi berbunuh sebab tanah..
Ketamakan manusia tiada batasannya.
Quote Acikgomen 6-5-2020 12:50 PM
duri_durians replied at 6-5-2020 12:44 PM
kenapa kita perlu ada rasa entitled kepada harta orang tua kita?

Khennnnz acik pernah dengar ada org marah makbapak yg nak juai tanah2 deyols sendiri demi kelangsungan hidup
Heshe kata kenapa nak juai tanah sedangkan boleh je pi keja guard ke apa kalo takde duit nak makan. Esok mati langsung takde reta apa katanye
Konsep babi tul pemikiran anak pakcik makcik tuh
Quote duri_durians 6-5-2020 12:55 PM
Acikgomen replied at 6-5-2020 12:50 PM
Khennnnz acik pernah dengar ada org marah makbapak yg nak juai tanah2 deyols sendiri demi kelangsu ...

biadap nya la anak2.
nak tanah kau beli le sendiri. lapar tanah mak bapak kenapa.

apa kesinambungan kisah tu acik?
Quote Pink_Purple 6-5-2020 12:58 PM
la rebut tanah pusaka datuk..
dendam keturunan la ni, dah tok pun ada dua bini..
Quote sarah82 6-5-2020 12:58 PM
Ermmm.  No komen.. Harta.. Ermmm.. Baik aku gila perabih duit aku sendiri
Quote Acikgomen 6-5-2020 12:58 PM
duri_durians replied at 6-5-2020 12:55 PM
biadap nya la anak2.
nak tanah kau beli le sendiri. lapar tanah mak bapak kenapa.


Acik sajes kat minah tu supaya dia je yg beli tanah apaknye kalo takut sangat tanah tu jatuh kat tgn org luar, abis citer
Minah tu skang ni dah malas nak bertenggek dlm bilik acik
Quote duri_durians 6-5-2020 01:03 PM
Acikgomen replied at 6-5-2020 12:58 PM
Acik sajes kat minah tu supaya dia je yg beli tanah apaknye kalo takut sangat tanah tu jatuh kat t ...

hahahahha in your face gitu
dasar anak taktau malu
Quote bintangct 6-5-2020 01:04 PM
kisah benar... 2 orang adik beradik pun bole bergaduh pasal tanah Dua2 degil Lantak ampa la
Quote sekngucing 6-5-2020 01:13 PM
bab tanah ni jangan.. semua akan jd fail
.ustaz ke.. pendakwah ke... rider food panda ke

jd gila babi kalau bab tanah tambah2 org melayu
Quote ellejo 6-5-2020 01:16 PM
entahla.
arwah kawan laki aku beli tanah dari bapak dia la konon2 taknak ada perebutan harta pusaka kelak. tanah lot tak silap aku.
hujungnya dia meninggal adik bradik dia berebut tanah yg dibeli tu atas dasar faraid (heols tak sempat ada anak). sampai la ni tak setel.
sia-sia beli dulu.
Quote djzara81 6-5-2020 01:22 PM
Pasal tanah pon ade adik beradik santau menyantau, sihir menyihir. Kdg dah ada wasiat, hibah & bukti bertulis pon masih ada yg dengki sbb rasa more entitled.
Quote Boomibulat 6-5-2020 01:24 PM
Kurex replied at 6-5-2020 12:18 PM
Sebab tanah adik neradik gadub sampai terlupa dekat tanah yg jadi kediaman kelak.. teringat la satu  ...

Citer la kurex..semoga dpt mjadi pengajaran utk kita semua..

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.048629 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top