CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guna Cincin Lambang Sultan Johor, Wak Doyok Mengaku Tak Salah

6-5-2020 10:50 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 13432| Komen: 62|Original author: Oleh: LilRose

Description: Ikon fesyen Wak Doyok mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan lambang kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar tanpa kebenaran baginda, Khamis lalu.
Ikon fesyen Wak Doyok mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan lambang kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar tanpa kebenaran baginda, Khamis lalu.

Menurut Berita Harian, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob di di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini.



Kredit foto: IG

Mengikut pertuduhan tersebut, Wak Doyok didakwa menggunakan cincin yang mempamerkan lambang kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim tanpa mendapatkan kebenaran bertulis.

Pelakon itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Pejabat Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri kira-kira jam 2.15 petang pada 30 April lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 3(1)(a) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.


Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang daripada RM250,000 atau tidak lebih RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad yang mengendalikan kes berkenaan sebelum itu menawarkan jaminan RM50,000 terhadap Wak Doyok.

Namun, peguam MN Halim Md Amin dan Syaffie Naim yang mewakili tertuduh merayu denda dikurangkan memandangkan Wak Doyok menjaga ibunya berusia 78 tahun selain perniagaannya terjejas akibat COVID-19.

Hakim kemudian memutuskan jaminan RM35,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Jun untuk sebutan kedua kes bagi penyerahan dokumen.


Kredit foto: IG

Wak Doyok sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas ditegur Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim menerusi Instagram baginda kerana menempah dan membeli cincin dengan ukiran lambang peribadi Sultan Johor.

Difahamkan, tempahan itu dibuat di sebuah syarikat di Indonesia secara dalam talian pada 2018.

Berikutan itu, Wak Doyok menerusi IGnya tampil membuat permohonan maaf, sekali gus memberi penjelasan berhubung kejadian. - CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 6-5-2020 11:01 AM
Lama betul tempah 2018 baru ni nk hntr ke..Aku X baca thread sblm ni
Quote shark_eow7 6-5-2020 12:20 PM
bukan dah settle ke mintak maaf ape sume.. igtkan dah tutup buku..
Quote munchkin 6-5-2020 12:25 PM
Tukang buat hanya buat. Yg tukang tempah tu dah kenapa nak tempah design khas lambang diraja.

Pastu kata tak bersalah? What the.
Quote keypochino 6-5-2020 12:29 PM
kalau mengaku bersalah terus kena denda ke
Quote irvene 6-5-2020 12:43 PM
shark_eow7 replied at 6-5-2020 12:20 PM
bukan dah settle ke mintak maaf ape sume.. igtkan dah tutup buku..

betul tu. aku baru nak persoalkan bende ni
Quote belilies 6-5-2020 01:14 PM
Jangan lawan dolat raja. Jangan mimpi nak jadi kerabat. The only kerabat hanya yg berdarah diraja sahja. Gitoh. Dua2 iols tak sokom. Sama2 sangap batak title. Maksum.
Quote azimodin 6-5-2020 02:00 PM
meouls bukan pro-selatan tapi in this case padan muka. kalau dah level rakyat jelata tu xpayah la acah2 darah biru kuning hijau bagai. bergaya sakan tapi mintak discount...
Quote sleepandream 6-5-2020 02:06 PM
laju je polis johor buat keje...
bukannya menghina pun pakai kat jari tu...
kereta2 yg tetiba letak plat lambang ntah pape tu bersepah jah
Quote Tinot7 6-5-2020 02:06 PM
keypochino replied at 6-5-2020 12:29 PM
kalau mengaku bersalah terus kena denda ke

rasa mcm ye.
tu yg sume org beriya tanak ngaku... kalau tak ngaku, kena buktikan yg depa buat benda tu.
Quote Tinot7 6-5-2020 02:09 PM
iols tak sokong dua2... kalau benda ni tak tular, iols pun taktau itu lambang diraja.. ada ke org amik kessah apa rupa lambang diraja?

yg wokdoyok tu pun satu.. reka la lambang sendiri.. kreatip la skit.. ni amik cilok tah mana2.. skang rasakan bila suke bebenor nak menunjuk.
Quote top5complete 6-5-2020 02:20 PM
gara2 lambang terbang duit ratus2 ribu.. turun naik mahkamah.. coba letak lambang monyet ke.. gambar rimau ke.. gambar gajah ke.. selamat juga hidup
Quote uori 6-5-2020 02:20 PM
ingatkan dah settle pas minta maaf. panjang lagi nampaknya nih. banyak juga nak bayar kalau kena tuh
Quote Nahnukutu 6-5-2020 03:32 PM
benda ni boleh dimanipulasi to make a fortune down the road

selayaknya didenda kaw kaw kaw...

Quote Lailerthee 6-5-2020 03:47 PM
So klu ngaku xsalah lepas tu apa jadi?
Quote Madel 6-5-2020 04:03 PM
Mcm mana si Azrinas leh TERjatuh cinta dgn mamat ni eh
Alahai kurus kering, ketot mcm ikan bilis jah
Quote LadyCarefree 6-5-2020 04:56 PM
azimodin: meouls bukan pro-selatan tapi in this case padan muka. kalau dah level rakyat jelata tu xpayah la acah2 darah biru kuning hijau bagai. bergaya sakan t ...



Setujoooooooo 50k pon tadok ke wak?
Quote LadyCarefree 6-5-2020 04:57 PM
Tinot7 replied at 6-5-2020 01:06 PM
rasa mcm ye.
tu yg sume org beriya tanak ngaku... kalau tak ngaku, kena buktikan yg depa buat ben ...

Kalau ngaku terus hakim jatuhkan hukuman as bersalah.

Kalau x, perbicaraan akan berjalan. Lawyer defendent bolehlah argue2. Kot2 terlepas based on technicality sbab pertuduhan tu mcam... Hmmm....
Quote LadyCarefree 6-5-2020 04:59 PM
Nahnukutu replied at 6-5-2020 02:32 PM
benda ni boleh dimanipulasi to make a fortune down the road

selayaknya didenda kaw kaw kaw...

Dari masa dia mula muncul kat MySpace dia guna title tengku berlarutan sampai reporter pun tulis nama dia tengku. So dia popular pon ada juga base on dia tengku masuk terus level socialite
Quote LadyCarefree 6-5-2020 04:59 PM
Lailerthee replied at 6-5-2020 02:47 PM
So klu ngaku xsalah lepas tu apa jadi?

Masuk court untuk perbicaraan.

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.057633 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top