CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Fizo Omar Dan Azar Azmi Ada Apa-Apa Ke Tu? Ini Jawapan Fizo

6-5-2020 03:25 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 19753| Komen: 64

Fizo Omar Dan Azar Azmi Ada Apa-Apa Ke Tu? Ini Jawapan Fizo



Kini terdapat spekulasi hangat diperkatakan mengenai Fizo Omar yang dikaitkan ada hubungan istimewa dengan pelakon Azar Azmi apabila mereka kerap dilihat bersama.

Spekulasi hubungan mereka mula timbul apabila dipertemukan menerusi sebuah drama Maaf Tak Terindah dan kerap bersama menghasilkan video yang turut dimuat naik dalam Youtube sejak kebelakangan ini.



Menurut BH Online, Fizo mendakwa tidak pernah bertentang mata dan dia mula mengenali Azar ketika menjalani penggambaran drama tersebut.

"Jujurnya, saya tak tahu Azar bertunang mahupun putus tunang.


"Kalau nak tuduh saya menjadi punca ikatan pertunangan Azar dan bekas tunang terlerai, tidak adil. Setahu saya, Azar putus tunang sebelum kami digandingkan dalam drama Maaf Tak Indah.

"Jadi, tidak mungkin saya menjadi orang ketiga dalam perpisahan mereka. Kali pertama saya bertemu Azar ketika penggambaran drama, kami rapat pun ketika berlakon bersama," katanya kepada BH Online.

Tambah Fizo lagi, dia dan Azar langsung tidak berhubung selepas selesai penggambaran drama Maaf Tak Indah.

"Kami tak sempat pun bertukar nombor telefon. Bagaimanapun, kami bertemu semula selepas diperlukan membuat ulasan makanan untuk laman sosial. Dari situ, kami mula dilihat rapat.

"Saya juga mengundang Azar muncul dalam saluran YouTube saya. Secara kebetulan, Azar baru hendak melancarkan salurannya sendiri. Jadi, tidak salah rasanya kami buat penggambaran bersama," katanya.

Pelakon drama Bukan Cinta Aku dan Adellea Sofea itu berkata, dia selesa berkawan dengan Azar.

"Azar berperangai gila-gila. Sesiapapun selesa berkawan dengannya. Bagaimanapun, setakat ini, masih jauh untuk mentafsirkan hubungan kami.

"Apa yang boleh dikatakan, kami bukan bercinta, tetapi hanya berkawan. Lagipun, saya belum terfikir melangkah ke alam perkahwinan lagi kerana banyak kerja yang perlu diberikan keutamaan.

"Pada usia sekarang, perasaan mahu bercinta tidak sama seperti zaman muda dahulu," katanya.

Jejaka kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu berkata, dia tak pernah serik mahu berkahwin lagi.

Apa pun, tak salah mereka berkawan rapat kan dan kalau bercinta pun lagi lah tak salah. Kita doa aje yang baik-baik untuk mereka - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 7-5-2020 01:14 AM
Ok... next
Quote kucingitam 7-5-2020 09:34 AM
good luck, Azar
Quote bedahmenjuyah 7-5-2020 09:37 AM
Lantaklah korang
Quote slyfynx 7-5-2020 09:39 AM
Whatever.... next....
Quote Lailerthee 7-5-2020 09:42 AM
Hurm fikir masak2 kalau nak kat dak pizo ni
Quote starcity 7-5-2020 10:06 AM
Kena bersedia berkahwin dgn mak fizo, adik beradik & suku sakat dia sekali. Mawar dah merasa
Quote Anne15 7-5-2020 10:42 AM
Ambik teladan kata orang, pandai2 la nak hidup azar
Quote miss_strangers 7-5-2020 11:51 AM
Shemoger berjodohan...aser sesuai Azar dgn pijo ni ..sbb Azar nampak garang n bekeng..jenis wanita dominan.
Quote caramel_cloud9 7-5-2020 11:53 AM
starcity replied at 7-5-2020 10:06 AM
Kena bersedia berkahwin dgn mak fizo, adik beradik & suku sakat dia sekali. Mawar dah merasa

Rasa kalau azar ok kot sbb dia jenis selamba je... apa yg dia tak puas hati nnt dia sound je... ok lah tu. Compare to mawar yg lemah lembut jenis pendam je kot.. azar boleh kot survive.. hahaha
Quote LuvAurora 7-5-2020 11:53 AM
Sesuai jaa..
Quote biozipstar 7-5-2020 12:01 PM
okay noted
Quote Melur1 7-5-2020 12:26 PM
Tak tau nak beli pakej menggelebah yg mana satu.. teks ke menggelupur

paging kak kiah
Quote i_is_kennot 7-5-2020 12:50 PM
Sepadan..  
Quote cmf_premierleag 7-5-2020 12:54 PM
azar ni kaya ke????
kalo x kaya, mmg sah la pijo taknak kawen dgn ko
pijo nak yg kaya je
Quote Esel768 7-5-2020 02:00 PM
Azar ni bnyk reta x? Get ready azar
Quote hady_vit 7-5-2020 02:04 PM
sblm nk kenan kan azar dgn fizo, sila check dulu Azar ni kayo tak? kalau tak mak n adik bradik dia tak akan approve
Quote Joysparta 8-5-2020 02:12 AM
Geli aku mat budu ni..jaga2 azar melingkup hidup ko ngan sikikis acah2 usahawan air liur ni.
Quote SR4tahun 8-5-2020 04:52 AM
pijo ni mcm mengunakan azar je utk utube canel dia jeeee. sbb si azar ni kan mcm bengong2 lawak tu. haruslah dijadikan content. takpayah la azar ni dgn jantan xguna ni, byk lg laki senonoh kt muka bumi Allah ni sis
Quote dudaberhias 8-5-2020 05:32 AM
Kena sedia duit banyak2 supaya dapat topap bisnes pizo yang melingkup tu. Dan kena bersedia ikut pizo pungpang2 macam mana bisnes dia berjaya walaupun semuanya lingkup.

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.134679 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top